2 years 11 months ago
Risedronate untuk mencegah keretakan yang disebabkan osteoporosis di kalangan wanita selepas putus haid (menopos) Ringkasan ulasan Cochrane ini memaparkan apa yang diketahui dari bukti kajian mengenai kesan risedronate untuk mencegah keretakan (tulang patah) yang disebabkan oleh osteoporosis. Apakah itu osteoporosis dan apakah itu risedronate? Tulang ialah bahagian badan anda yang hidup dan membesar. Sepanjang hayat anda, sel-sel tulang baharu tumbuh dan sel-sel tulang lama reput untuk memberi ruang bagi tulang baru dan lebih kuat. Apabila anda menghidapi osteoporosis, tulang lama reput...
3 years ago
Penyampaian penjagaan dan strategi pengurusan diri untuk kanak-kanak yang mengalami epilepsi Latar belakang Epilepsi adalah gangguan yang menjejaskan sistem saraf kanak-kanak dan orang dewasa. Sawan epilepsi adalah akibat daripada aktiviti berlebihan dan tidak normal di dalam otak, yang tidak dapat diramalkan kekerapannya. Sebilangan besar sawan dapat dikawal dengan baik dengan ubat-ubatan dan jenis rawatan lain, walaupun epilepsi boleh menyebabkan masalah dalam situasi sosial, sekolah dan kerja, menjadikan hidup bebas sukar. Orang yang mengalami penyakit sawan cenderung mengalami masalah...
3 years ago
Penggunaan probiotik untuk mencegah enterokolitis berkaitan dengan Hirschsprung Soalan ulasan Apakah manfaat and risiko menggunakan probiotik untuk mencegah enterokolitis berkaitan dengan Hirschsprung (HAEC)? Mesej utama Kami telah membandingkan kajian terkawal rawak (RCTS) probiotik berbanding plasebo, atau mana-mana intervensi lain yang tidak melibatkan probiotik, untuk mencegah enterokolitis berkaitan dengan Hirschsprung (HAEC). Pada masa ini tiada bukti yang mencukupi untuk menilai keberkesanan atau keselamatan probiotik untuk pencegahan HAEC. Apakah itu HAEC? HAEC ialah keadaan yang...
3 years ago
Balutan yang menggunakan tekanan negatif untuk luka pembedahan tertutup Mesej utama Terapi luka tekanan negatif (NPWT) mungkin mengakibatkan kurang jangkitan pembedahan (SSI) daripada balutan standard kepada orang yang mempunyai luka tertutup selepas pembedahan. NPWT mungkin tidak berbeza kepada orang yang mengalami rekahan luka (dehiscence) selepas pembedahan dan mungkin memberi sedikit atau tiada perbezaan kepada bilangan orang yang mati. NPWT boleh meningkatkan bilangan orang dengan kulit melepuh selepas pembedahan tetapi mungkin memberi sedikit atau tiada perbezaan kepada dapatan lain....
3 years ago
Ujian molekul pantas untuk tuberkulosis dan rintangan ubat tuberkulosis: pandangan dan pengalaman orang yang diuji dan petugas kesihatan Apakah matlamat utama ulasan ini? Kami bermatlamat untuk memahami pengalaman dan pendapat orang yang menggunakan ujian automatik pantas yang mengenalpasti tuberkulosis dan rintangan terhadap ubat tuberkulosis (ujian diagnostik molekul). Pengguna adalah termasuk orang yang mungkin menghidapi tuberkulosis dan keluarga atau penjaga mereka, doktor, jururawat, kakitangan makmal dan pengurus perkhidmatan atau program. Apakah yang telah dikaji dalam ulasan ini?...
3 years ago
Pembedahan pada kedua-dua mata pada hari yang sama atau pada hari yang berbeza: yang manakah lebih berkesan untuk merawat katarak pada kedua-dua mata? Mesej utama - Bukti semasa menyokong yang mungkin tiada perbezaan penting antara pembedahan pada kedua-dua mata pada hari yang sama (ISBCS) dan pembedahan pada hari berbeza (DSBCS) untuk hasil klinikal berikut: jangkitan mata (okular) (endophthalmitis, satu komplikasi yang teruk, mengancam penglihatan tetapi jarang berlaku), pembetulan cermin mata selepas pembedahan (pembiasan), komplikasi, penglihatan dengan pembetulan cermin mata (jika...
3 years ago
Rawatan psikologi untuk kemurungan dan kebimbangan terhadap demensia dan gangguan kognitif ringan Perkara utama - Rawatan psikologi berdasarkan terapi tingkah laku kognitif (yang memfokuskan kepada perubahan pemikiran dan tingkah laku) mungkin mempunyai kesan positif yang kecil terhadap kemurungan, kualiti hidup dan aktiviti harian pada penghidap demensia atau gangguan kognitif ringan (MCI). - Tiada bukti yang cukup untuk mengetahui sama ada sebarang rawatan psikologi membantu mengurangkan keresahan/kerungsingan pada penghidap demensia atau MCI. - Lebih banyak bukti diperlukan tentang...
3 years ago
Pengayaan garam dengan zat besi dan iodin berbanding dengan garam yang diperkaya dengan iodin hanya untuk menambahbaik status zat besi dan iodin Mesej utama Berbanding garam beriodin, garam yang diperkaya dua kali ganda (garam yang diperkaya dengan zat besi dan iodin) boleh meningkatkan beberapa hasil pemakanan zat besi dan iodin, seperti kepekatan hemoglobin (iaitu bahan yang memberikan warna kepada sel darah merah) dan simpanan zat besi badan. Walau bagaimanapun, ia boleh mengurangkan kepekatan iodin dalam air kencing dan mungkin memberi sedikit atau tiada perbezaan kepada kepekatan...
3 years ago
Adakah terapi kesedaran dapat membantu orang ramai untuk berhenti merokok? Mesej utama - Pada masa ini tiada bukti jelas bahawa rawatan berasaskan terapi kesedaran dapat membantu orang ramai berhenti merokok atau meningkatkan kesihatan mental dan kesejahteraan mereka. - Walau bagaimanapun, keyakinan kami terhadap bukti adalah rendah atau sangat rendah, dan bukti lanjut berkemungkinan mengubah kesimpulan kami. Apakah terapi kesedaran? Terapi kesedaran adalah satu kaedah tumpuan dan perhatian pada fikiran dan perasaan anda dan memerhatikannya tanpa menilai apabila ia timbul dan berlalu pergi....
3 years ago
Adakah rawatan penyakit gusi membantu pesakit diabetes mengawal paras gula dalam darah? Soalan ulasan Soalan utama yang diaju dalam ulasan ini: Berapa berkesan rawatan penyakit gusi (periodontitis) untuk mengawal paras gula dalam darah (kawalan glisemik) dalam kalangan orang dengan diabetes berbanding tiada rawatan aktif atau rawatan biasa? Latar belakang Matlamat merawat periodontitis adalah untuk mengurangkan bengkak dan jangkitan dan menstabilkan keadaan gusi dan tulang penyokong. Paras gula dalam darah terlalu tinggi dalam kalangan pesakit diabetes, oleh itu mengekalkan paras gula dalam...
3 years ago
Sejauh mana ketepatan penilaian maya jarak jauh dalam mendiagnosis demensia? Mengapakah persoalan ini penting? Demensia adalah keadaan kronik dan progresif yang menjejaskan ingatan dan keupayaan manusia untuk menjalankan fungsi harian. Diagnosis klinikal demensia biasanya melibatkan imbasan otak, pemeriksaan fizikal dan pengambilan sejarah. Sebagai langkah pertama, kami sering menggunakan ujian ingatan dan pemikiran untuk mengenalpasti orang yang memerlukan penilaian lanjut. Secara tradisinya, ujian ini dilakukan secara bersemuka, tetapi pengubahsuaian ujian membenarkan penggunaan melalui...
3 years ago
Perbandingan pengimejan jalur sempit terhadap cystoscopy biasa untuk rawatan kanser pundi kencing Soalan ulasan Bagaimanakah reseksi tisu pundi kencing yang digunakan dengan kaedah visualisasi khas yang dipanggil pengimejan jalur sempit berbanding dengan reseksi tisu pundi kencing yang dipandu oleh kaedah visualisasi standard (menggunakan cahaya putih) pada orang yang mempunyai tumor di dinding pundi kencing dalam mereka? Latar belakang Apabila orang disyaki menghidap kanser pundi kencing atau telah didiagnosis dengan kanser pundi kencing, doktor mereka perlu memeriksa pundi kencing dengan...
3 years ago
Ulasan tentang ubat yang dikenali sebagai tacrolimus untuk rawatan kolitis ulseratif yang sukar dirawat Apakah matlamat ulasan ini? Kami berhasrat untuk mengetahui sama ada tacrolimus merupakan rawatan yang berkesan dan selamat untuk penghidap kolitis ulseratif yang sukar dirawat menggunakan cara lain. Latar belakang Kolitis ulseratif adalah penyakit radang usus kronik dengan ciri episod penyakit aktif yang berulang, yang biasanya menjejaskan rektum atau kolon atau kedua-duanya. Orang yang menghidapi penyakit aktif mungkin mengalami kekejangan perut, terdesak untuk membuang najis, dan...
3 years ago
Intervensi perubatan untuk keradangan hidung kronik dan sinus dalam fibrosis sistik Soalan ulasan Apakah kesan intervensi perubatan untuk rhinosinusitis kronik pada pesakit fibrosis sistik? Latar belakang Rhinosinusitis kronik adalah jangkitan jangka panjang dan keradangan rongga hidung serta ruang udara di sekitar mata dan hidung. Fibrosis sistik adalah keadaan genetik yang membuat rembesan dalam badan menjadi tebal, dan juga stagnan. Apabila ini berlaku di dalam dan sekitar hidung, ia menyebabkan rhinosinusitis kronik. Penjagaan yang lebih baik untuk pesakit fibrosis sistik telah...
3 years ago
Adakah instrumen bantuan video untuk memasukkan tiub pernafasan dalam kalangan dewasa berfungsi lebih baik daripada instrumen pandangan langsung dan adakah ia menyebabkan kesan yang tidak diingini? Mesej utama Peranti yang dinamakan laringoskop diguna untuk membantu staf perubatan memasukkan tiub pernafasan plastik ke dalam salur udara seseorang kerana mereka memerlukan bantuan dengan pernafasan mereka. Kamera video boleh dipasang pada peranti. Kami mendapati ‘Videolaryngoscopy’ secara amnya memperbaik kejayaan memasukkan tiub pernafasan berbanding laringoskop konvensional. Apakah itu...
3 years ago
Tekanan salur udara positif berterusan (CPAP) untuk bronkiolitis akut dalam kalangan kanak-kanak Soalan ulasan Adakah tekanan salur udara positif berterusan (CPAP) lebih baik atau lebih teruk berbanding rawatan sokongan untuk kanak-kanak dengan bronkiolitis akut? Latar belakang Bronkiolitis adalah keradangan saluran pernafasan kecil di dalam paru-paru, dan penyebab lazim untuk rawatan di jabatan kecemasan dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak sering menerima rawatan sokongan termasuk memastikan penghidratan yang cukup dan menyediakan oksigen tambahan yang diperlukan. Rawatan dengan CPAP...
3 years ago
Ulangan dos kortikosteroid pranatal untuk wanita yang berisiko untuk kelahiran pramatang bagi meningkatkan hasil kesihatan bayi mereka Apakah isunya? Bayi yang dilahirkan pramatang (sebelum 37 minggu kehamilan) berisiko mengalami kesukaran bernafas dan penyakit paru-paru kerana paru-paru mereka belum berkembang sepenuhnya. Satu kali pengambilan kortikosteroid pranatal (diberikan semasa mengandung), diberikan kepada wanita yang mungkin bersalin awal, membantu memperkembangkan paru-paru bayi dan meningkatkan kemandirian. Faedah ini tidak bertahan lebih daripada tujuh hari, oleh itu bayi yang...
3 years ago
Adakah hasil pesakit lebih baik selepas pembaikan endovaskular atau pembedahan terbuka aneurisma aorta torakoabdominal? Latar belakang Aneurisma aorta torakoabdominal (TAAA) ialah pelebaran atau pembengkakan saluran darah 50% lebih besar daripada diameter saluran asal, yang menjejaskan aorta toraks dan perut secara serentak. TAAA yang melebihi 6.0 cm hingga 6.5cm dalam diameter (bergantung pada jantina pesakit, atau kehadiran kelemahan dalam dinding aorta yang diwarisi), atau TAAA yang mengembang lebih cepat daripada 1cm setahun, dianggap sebagai keadaan yang mengancam nyawa jika tidak...
3 years ago
Ubat perencat cyclo-oxygenase profilaksis untuk mencegah morbiditi dan kematian pada bayi pramatang Soalan ulasan Antara ubat perencat cyclo-oxygenase (COX-I) yang tersedia (indomethacin, ibuprofen, acetaminophen), yang mana satu adalah paling selamat dan paling berkesan dalam mencegah kematian dan kesan buruk pada bayi pramatang apabila diberikan secara profilaksis tanpa pengetahuan awal tentang kehadiran patent ductus arteriosus (PDA) dalam tempoh 72 jam pertama selepas kelahiran? Latar belakang PDA adalah komplikasi yang biasa berlaku dalam kalangan bayi pramatang atau bayi yang lahir...
3 years ago
Masa rawatan untuk patah tulang di kaki dan lengan yang juga mempunyai luka terbuka Mesej utama Kami tidak pasti sama ada masa rawatan yang berbeza (antibiotik, pembersihan luka, dan sama ada untuk melakukan semua pembedahan dalam satu operasi atau lebih) mungkin menjejaskan tahap pemulihan pesakit daripada patah tulang panjang terbuka. Kami menemui sangat sedikit kajian, dan mereka tidak mengemukakan bukti yang boleh dipercayai. Apa itu patah tulang terbuka? Beberapa tulang patah termasuk kawasan kulit dengan luka terbuka di sekitar patah tulang terbuka. Ini dipanggil patah tulang terbuka...
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed