Latest Malay Review translations

Reka bentuk persekitaran fizikal dalam penjagaan kediaman untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas

3 years 1 month ago
Reka bentuk persekitaran fizikal dalam penjagaan kediaman untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas Apakah matlamat ulasan? Terdapat peningkatan populasi yang lebih tua di seluruh dunia dan peningkatan dalam bilangan orang yang hidup dengan demensia. Adalah dicadangan bahawa penambahbaikan reka bentuk kawasan kediaman boleh meningkatkan kualiti hidup, mood, dan keupayaan untuk melakukan aktiviti kehidupan harian penduduk warga emas. Matlamat ulasan Cochrane ini adalah untuk mengkaji kesan perubahan reka bentuk persekitaran fizikal yang berbeza dalam kediaman penjagaan warga emas untuk...

Bolehkah pencair darah mencegah orang yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-19 daripada mengalami pembekuan darah?

3 years 1 month ago
Bolehkah pencair darah mencegah orang yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-19 daripada mengalami pembekuan darah? Mesej utama - Pencair darah dos tinggi mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan dalam kadar kematian dan meningkatkan pendarahan kecil berbanding pencair darah dos rendah untuk orang yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-19. Memberi pencair darah berbanding dengan tidak memberi pencair darah mungkin mengurangkan kadar kematian. - Besar kemungkinan kajian baru tidak akan mengubah bukti tentang kesan dos berbeza pencair darah terhadap kadar kematian dan pendarahan kecil....

Pembedahan arthroskopik untuk penyakit lutut degeneratif

3 years 1 month ago
Pembedahan arthroskopik untuk penyakit lutut degeneratif Latar belakang Penyakit lutut degeneratif (osteoartritis pada lutut yang menjejaskan lapisan sendi dan meniskus) adalah penyebab paling biasa bagi kesakitan lutut, bengkak dan kekakuan kepada sendi lutut yang membawa kepada kesukaran untuk berjalan. Tulang rawan pada sendi lutut rosak, dan mengakibatkan geseran pada permukaan sendi dan pembentukan tulang baru dalam kes yang teruk. Pembedahan lutut arthroskopik membuang tulang rrawan yang rosak dan tisu longgar serta melicinkan permukaan sendi lutut. Ciri-ciri kajian Kami menyertakan 16...

Apakah faedah dan risiko ubat topikal untuk merawat keratokonjungtivitis wabak?

3 years 1 month ago
Apakah faedah dan risiko ubat topikal untuk merawat keratokonjungtivitis wabak? Apakah keratokonjungtivitis wabak? Keratoconjunctivitis wabak ialah keradangan konjunktiva, membran yang menutupi sklera (salutan luar putih mata) dan bahagian dalam kelopak mata, biasanya disebabkan oleh strain khusus sekumpulan virus biasa yang dikenali sebagai adenovirus. Jangkitan boleh merebak dengan mudah dalam isi rumah, tetapan penjagaan kesihatan, dan komuniti. Dalam sesetengah individu, keradangan membawa kepada parut kornea ('infiltrat') dan konjunktiva, yang menyebabkan ketidakselesaan yang berterusan...

Membandingkan kaedah yang berbeza dalam menentukan sama ada glioma kehilangan lengan 1p dan 19q kromosom

3 years 1 month ago
Membandingkan kaedah yang berbeza dalam menentukan sama ada glioma kehilangan lengan 1p dan 19q kromosom Mengapakah penambahbaikan pengesanan codeletion 1p/19q dalam glioma adalah penting? Glioma adalah sejenis tumor otak (kanser). Terdapat pelbagai jenis glioma, dengan perubahan yang berbeza dalam bahan genetiknya. Salah satu perubahan genetik yang mungkin berlaku adalah kehilangan bahagian dua daripada 23 kromosom kita. Apabila kehilangan kedua-dua bahagian tertentu kromosom 1 dan bahagian tertentu kromosom 19, ia dikenali sebagai '1p/19q codeletion'. 1p/19q codeletion digunakan untuk...

Ubat untuk gangguan tekanan pasca trauma

3 years 1 month ago
Ubat untuk gangguan tekanan pasca trauma Mengapakah ulasan ini penting? Gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) berlaku selepas terdedah kepada trauma yang ketara dan mengakibatkan kos peribadi dan masyarakat yang besar. Walaupun secara tradisionalnya dirawat dengan psikoterapi, rawatan ubat telah terbukti berkesan dalam rawatan PTSD. Siapakah yang akan berminat dengan ulasan ini? - Orang dengan PTSD. - Keluarga dan kawan-kawan orang yang mengalami PSTD. - Pengamal perubatan umum, pakar psikiatri, ahli psikologi, dan ahli farmasi. Apakah soalan yang ingin dijawab oleh ulasan ini? - Adakah...

Perubahan berkala kedudukan badan di bawah fototerapi pada bayi yang cukup bulan dan pramatang dengan hiperbilirubinaemia

3 years 1 month ago
Perubahan berkala kedudukan badan di bawah fototerapi pada bayi yang cukup bulan dan pramatang dengan hiperbilirubinaemia Soalan ulasan Adakah menukar kedudukan bayi meningkatkan hasil terapi cahaya untuk bayi cukup bulan dan pramatang dengan jaundis? Mesej utama Dalam ulasan sistematik ini, kami menilai kajian yang membandingkan kedudukan semula yang berjadual dan kedudukan semula yang tidak berjadual bagi bayi yang cukup bulan dan pramatang yang menjalani terapi cahaya untuk jaundis. Kedua-dua strategi kedudukan ini menghasilkan sedikit atau tiada perbezaan dalam tempoh masa terapi cahaya...

Adakah sinbiotik dapat mencegah enterokolitis nekrotik dalam bayi yang sangat pramatang atau dengan berat badan yang sangat rendah ketika lahir?

3 years 2 months ago
Adakah sinbiotik dapat mencegah enterokolitis nekrotik dalam bayi yang sangat pramatang atau dengan berat badan yang sangat rendah ketika lahir? Latar belakang Bayi yang sangat pramatang (lahir lapan minggu lebih awal) dan berat yang sangat rendah semasa lahir (kurang daripada 1.5kg) adalah berisiko mendapat enterokolitis nekrotik, keadaan yang teruk di mana sebahagian lapisan usus bayi menjadi meradang, dan sel-sel tisu mati. Keadaan ini dikaitkan dengan kematian, jangkitan serius, serta kehilangan upaya jangka panjang, dan masalah perkembangan. Apakah yang kami ingin ketahui? Satu cara...

Intervensi untuk pesakit sindrom nefrotik dewasa dengan diagnosis ‘minimal change disease’

3 years 2 months ago
Intervensi untuk pesakit sindrom nefrotik dewasa dengan diagnosis ‘minimal change disease’ Apakah isunya? Sindrom nefrotik ialah satu keadaan di mana buah pinggang mengalami kebocoran dan protein dari darah mengalir ke dalam air kencing. ‘Minimal change disease’ (MCD) yang ditakrifkan pada biopsi buah pinggang adalah penyebab primer penyakit buah pinggang yang ketiga paling kerap pada orang dewasa dengan sindrom nefrotik yang tidak dapat dijelaskan (10% hingga 15%). Regimen rawatan yang paling berkesan belum dapat ditentukan lagi. Apakah yang telah kami lakukan? Kami mengenalpasti semua...

Rawatan imunosupresif untuk glomerulosklerosis segmental fokal pada orang dewasa

3 years 2 months ago
Rawatan imunosupresif untuk glomerulosklerosis segmental fokal pada orang dewasa Apakah isunya? Sindrom nefrotik ialah satu keadaan di mana buah pinggang membocorkan protein dari darah ke dalam air kencing. Glomerulosclerosis segmental fokal (FSGS) yang ditakrifkan pada biopsi buah pinggang adalah punca yang jaranag untuk penyakit sindrom nefrotik tetapi ia berkembang kepada kegagalan buah pinggang dalam kira-kira separuh daripada semua kes. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan - FSGS primer (dianggap disebabkan oleh faktor yang beredar dalam darah yang merosakkan buah pinggang),...

Methylphenidate pelepasan lanjutan untuk gangguan hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD) dalam orang dewasa

3 years 2 months ago
Methylphenidate pelepasan lanjutan untuk gangguan hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD) dalam orang dewasa Soalan ulasan Ulasan ini menyiasat kesan positif dan negatif methylphenidate dan membandingkannya dengan plasebo atau ubat lain dalam orang dewasa yang didiagnosis dengan gangguan hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD). Kami memberi tumpuan terutamanya pada kesan terhadap fungsi harian, seperti bilangan hari seseorang tidak hadir bekerja, dan kesan pada simptom ADHD dan kualiti hidup dinilai oleh pesakit sendiri, dan juga oleh doktor atau penyelidik. Latar belakang ADHD ialah diagnosis...

Kesan diet kurang gluten atau bebas gluten untuk pencegahan utama penyakit kardiovaskular

3 years 2 months ago
Kesan diet kurang gluten atau bebas gluten untuk pencegahan utama penyakit kardiovaskular Latar belakang Penyakit kardiovaskular ialah gangguan jantung dan saluran darah, termasuk kejadian koronari dan serebrovaskular akut (seperti infarksi miokardia dan strok). Kira-kira 50% daripada ketidakupayaan akibat penyakit kardiovaskular dikaitkan dengan diet suboptimum. Khususnya, gluten pemakanan (protein yang terdapat dalam bijirin tertentu) telah dikaitkan dengan pelbagai hasil kesihatan yang buruk. Sebagai contoh, gejala gastrousus yang berbeza (seperti malabsorpsi atau cirit-birit) sering...

Pelan discaj dari hospital

3 years 2 months ago
Pelan discaj dari hospital Apakah matlamat ulasan ini Matlamat ulasan ini adalah untuk mengetahui sama ada pelan discaj yang disesuaikan berdasarkan individu meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan yang diberikan dengan mengurangkan kelewatan discaj dari hospital, mengurangkan pemindahan kembali ke hospital dan meningkatkan status kesihatan pesakit. Kami juga ingin mengetahui berapakah kos intervensi. Kami telah mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab persoalan ini. Ini adalah kemas kini kelima bagi ulasan asal. Mesej utama Apabila individu meninggalkan...

Rawatan untuk menguruskan pernafasan cepat dalam kalangan bayi (tachypnoea sementara bayi yang baru lahir)

3 years 2 months ago
Rawatan untuk menguruskan pernafasan cepat dalam kalangan bayi (tachypnoea sementara bayi yang baru lahir) Soalan ulasan Adakah ubat-ubatan dan rawatan lain dalam bayi dengan pernafasan yang tidak normal (dikenali sebagai tachypnoea sementara bayi baru lahir) meningkatkan fungsi paru-paru dan mengurangkan keperluan untuk sokongan pernafasan (iaitu pengudaraan mekanikal) dan/atau tempoh gejala? Latar belakang Tachypnoea sementara bayi yang baru lahir dicirikan dengan pernafasan cepat (lebih daripada 60 nafas per minit) serta tanda-tanda gangguan pernafasan (kesukaran bernafas). Ia biasanya...

Angioplasti sahaja atau dengan stenting untuk stenosis arteri subclavian

3 years 2 months ago
Angioplasti sahaja atau dengan stenting untuk stenosis arteri subclavian Mesej utama Kami tidak menemui sebarang kajian rawak terkawal dalam penulisan perubatan yang membandingkan keberkesanan dan keselamatan implan stent (tiub kecil yang bertindak seperti alat untuk membantu mengekalkan saluran darah dalam keadaan terbuka) dengan angioplasti (prosedur pembedahan untuk membuka sekatan saluran darah) sahaja untuk rawatan stenosis arteri subclavian (penyempitan atau penyumbatan saluran darah). Pada masa ini tiada bukti yang mencukupi untuk menentukan sama ada stenting lebih berkesan daripada...

Adakah dos mingguan paclitaxel meningkatkan kelangsungan hidup, berbanding dengan dos tiga kali seminggu paclitaxel dalam rawatan awal kanser ovari?

3 years 2 months ago
Adakah dos mingguan paclitaxel meningkatkan kelangsungan hidup, berbanding dengan dos tiga kali seminggu paclitaxel dalam rawatan awal kanser ovari? Latar belakang Kanser ovari adalah kanser keenam yang paling biasa di seluruh dunia. Rawatan terdiri daripada gabungan pembedahan dan kemoterapi (kebiasaannya termasuk paclitaxel dan carboplatin), dengan tujuan untuk mengurangkan atau melambatkan kanser berulang (dikenali sebagai kelangsungan hidup tanpa perkembangan (progression-free survival, PFS)), serta meningkatkan peluang untuk melangsungkan hidup selepas mendapat kanser (dikenali sebagai...

Clonazepam digunakan sebagai ubat antiepileptik tunggal untuk merawat pesakit dengan epilepsi yang baru didiagnosis

3 years 2 months ago
Clonazepam digunakan sebagai ubat antiepileptik tunggal untuk merawat pesakit dengan epilepsi yang baru didiagnosis Latar Belakang Monoterapi (rawatan dengan ubatan tunggal) adalah pilihan terbaik untuk merawat pesakit dengan epilepsi yang baru didiagnosis. Clonazepam adalah sejenis ubatan yang dapat mengurangkan jumlah epilepsi sawan; ia adalah dari kumpulan ubat-ubatan yang dikenali sebagai benzodiazepin. Kami mencari pangkalan data elektronik, dengan tujuan untuk menggabungkan hasil dari semua kajian yang dijalankan dengan baik mengenai topik tersebut untuk menentukan keberkesanan...

Pandangan komuniti tentang pemberian ubat besar-besaran untuk filariasis: sintesis bukti kualitatif

3 years 2 months ago
Pandangan komuniti tentang pemberian ubat besar-besaran untuk filariasis: sintesis bukti kualitatif Apakah yang dikaji dalam sintesis ini? Pemberian ubat besar-besaran (MDA) melibatkan penghantaran ubat-ubatan rawatan secara berkala kepada seluruh populasi, tidak mengira sama ada seseorang individu menghidap penyakit itu atau tidak, dan bertujuan untuk mencegah penularan seterusnya (berlalu dari satu orang kepada orang lain). Perkara ini kini disyorkan untuk beberapa program kawalan penyakit di negara berpendapatan rendah dan sederhana, termasuk penyakit parasit filariasis limfatik, yang...

Adakah pengagihan semula tekanan kerusi statik membantu mencegah ulser tekanan?

3 years 2 months ago
Adakah pengagihan semula tekanan kerusi statik membantu mencegah ulser tekanan? Mesej utama Walaupun carian menyeluruh, kami tidak menemui sebarang kajian yang melihat sama ada pengagihan semula tekanan kerusi statik membantu mencegah atau mengurus ulser tekanan. Ini adalah bidang topik yang penting dan penyelidikan berkualiti tinggi diperlukan untuk menentukan sama ada kerusi tersebut memberi manfaat kepada orang yang berisiko mendapat ulser tekanan atau tidak. Apakah ulser tekanan? Ulser tekanan ialah luka pada kulit dan tisu di bawahnya yang disebabkan oleh tekanan yang berpanjangan....

Pembedahan penggantian pinggul pada orang dewasa

3 years 2 months ago
Pembedahan penggantian pinggul pada orang dewasa Ulasan ini menilai bukti dari kajian rawak terkawal (RCT) dan kuasi-RCT, mengenai perbezaan antara faedah dan kemudaratan penggantian pinggul untuk merawat patah tulang pinggul pada orang dewasa. Latar belakang Patah tulang pinggul adalah patah di bahagian atas tulang paha. Jenis patah tulang pinggul ini biasa berlaku pada orang tua yang tulangnya mungkin rapuh kerana keadaan yang dikenali sebagai osteoporosis. Salah satu kaedah rawatan adalah menggantikan pinggul yang patah dengan tiruan. Ini boleh dilakukan menggunakan penggantian pinggul...
Checked
35 minutes 18 seconds ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed