Latest Malay Review translations

Intervensi mana yang berkesan dan selamat untuk mencegah sindrom sumbatan usus distal (DIOS) pada cystic fibrosis?

3 years 4 months ago
Intervensi mana yang berkesan dan selamat untuk mencegah sindrom sumbatan usus distal (DIOS) pada cystic fibrosis? Latar belakang Cystic fibrosis (CF) adalah keadaan sepanjang hayat yang diwarisi yang menyebabkan sistem organ dalam badan menghasilkan sejumlah besar lendir yang tebal dan melekit. Kawasan yang paling kerap dijangkiti adalah paru-paru, di mana lendir yang tebal menyebabkan jangkitan di dada berulang dan kesukaran bernafas. Kawasan lain yang sering terkena adalah sistem pencernaan. Ramai orang dengan CF mengalami kembung dan sakit perut yang mungkin disebabkan oleh sembelit atau...

Bolehkah latihan realiti maya untuk pembedahan katarak menambah atau menggantikan kaedah latihan lain untuk pelatih oftalmologi?

3 years 4 months ago
Bolehkah latihan realiti maya untuk pembedahan katarak menambah atau menggantikan kaedah latihan lain untuk pelatih oftalmologi? Mesej utama Pengulas tidak menemui bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa latihan realiti maya (VR) meningkatkan prestasi pembedahan katarak dalam kalangan pelatih oftalmologi berbanding dengan makmal basah atau latihan konvensional. Apakah latihan realiti maya? Latihan VR menggunakan teknologi komputer untuk mensimulasikan persekitaran interaktif tiga dimensi. Bagaimanakah latihan pembedahan katarak berlaku dalam pelatih oftalmologi? Kebanyakan pelatih...

Nasihat diet untuk orang dewasa yang mengalami kekurangan zat makanan akibat penyakit

3 years 4 months ago
Nasihat diet untuk orang dewasa yang mengalami kekurangan zat makanan akibat penyakit Soalan ulasan Bolehkah nasihat pemakanan dengan atau tanpa pemakanan tambahan oral (ONS) memperbaiki kekurangan zat makanan yang berkaitan dengan penyakit pada orang dewasa? Latar belakang Orang yang sakit selalunya kurang selera makan atau berasa sakit kerana ubat-ubatan atau rawatan lain dan makan kurang daripada biasa. Kurang makan dalam jangka masa yang lebih lama boleh menyebabkan penurunan berat badan, kekurangan zat makanan, lebih banyak masalah kesihatan dan kematian. Pakar penjagaan kesihatan...

Alat untuk memantau secara berterusan kadar gula (glukosa) dalam darah pada bayi baru lahir yang pramatang

3 years 4 months ago
Alat untuk memantau secara berterusan kadar gula (glukosa) dalam darah pada bayi baru lahir yang pramatang Soalan ulasan Apakah faedah dan kemudaratan penggunaan pengesan subkutan (di bawah kulit) untuk pemantauan berterusan glukosa (CGM) dengan atau tanpa algoritma (satu set peraturan matematik) untuk membetulkan terlalu tinggi atau terlalu rendah ​​​​​ ​ tahap glukosa darah berbanding kaedah berkala untuk mengukur glukosa darah dengan atau tanpa algoritma untuk membimbing pembetulan glukosa darah yang terlalu tinggi atau terlalu rendah pada bayi pramatang 1. berisiko terlalu tinggi atau...

Adakah ianya selamat untuk menggunakan kiraan darah yang lebih rendah (paras hemoglobin) sebagai pencetus untuk transfusi darah demi mengurangkan transfusi darah?

3 years 4 months ago
Adakah ianya selamat untuk menggunakan kiraan darah yang lebih rendah (paras hemoglobin) sebagai pencetus untuk transfusi darah demi mengurangkan transfusi darah? Mesej utama • Tiada bukti bahawa pemberian transfusi darah kepada pesakit dengan kiraan darah rendah (paras hemoglobin 7.0 g/dL sehingga 8.0 g/dL) berbanding kiraan darah tinggi (paras hemoglobin 9.0 g/dL sehingga 10.0 g/dL) mempengaruhi risiko kematian, serangan jantung, infarksi miokardium, strok, pneumonia, pembekuan darah atau jangkitan. • Pemindahan darah hanya kepada pesakit dengan kiraan darah rendah (paras hemoglobin 7.0...

Intervensi sokongan rakan sebaya untuk ibu bapa dan penjaga kanak-kanak dengan keperluan yang kompleks

3 years 4 months ago
Intervensi sokongan rakan sebaya untuk ibu bapa dan penjaga kanak-kanak dengan keperluan yang kompleks Soalan ulasan Ulasan ini menilai sama ada intervensi sokongan rakan sebaya meningkatkan hasil untuk ibu bapa dan orang lain yang menjaga kanak-kanak dengan pelbagai keperluan yang kompleks (seperti penyakit akut yang kronik atau teruk, hilang upaya, atau perkembangan yang lewat). Latar belakang Ibu bapa dan penjaga keluarga lain yang menjaga kanak-kanak dengan keperluan yang kompleks mungkin mengalami peningkatan kesusahan dan pengurangan kesejahteraan. Intervensi sokongan rakan sebaya...

Pengurusan pembedahan untuk sakit pelvis kronik pada wanita

3 years 4 months ago
Pengurusan pembedahan untuk sakit pelvis kronik pada wanita Mengapa kami lakukan Ulasan Cochrane ini Kami ingin mengetahui sama ada terdapat sebarang rawatan pembedahan yang berkesan dan selamat untuk wanita dengan sakit pelvis kronik Kami ingin memahami sejauh mana keberkesanan rawatan pembedahan membanding dengan rawatan alternatif atau tanpa rawatan langsung. Latar belakang Sakit pelvis kronik pada wanita adalah keadaan biasa dan melemahkan. Takrifan berbeza-beza, tetapi secara umumnya ia ditakrifkan sebagai sakit pelvis untuk tempoh enam bulan atau lebih. Terdapat banyak punca sakit...

Penggunaan peranti intrauterus pelepasan levonorgestrel (LNG-IUD) untuk mengurangkan kesakitan pada wanita yang telah menjalani pembedahan untuk endometriosis

3 years 4 months ago
Penggunaan peranti intrauterus pelepasan levonorgestrel (LNG-IUD) untuk mengurangkan kesakitan pada wanita yang telah menjalani pembedahan untuk endometriosis Apakah endometriosis? Endometriosis ialah sindrom kesakitan kronik yang dikaitkan dengan kehadiran tisu endometrium (seperti rahim) di luar rahim, biasanya di pelvis, yang boleh menyebabkan ketidaksuburan dan sakit pelvis (sakit di bawah pusat). Bagaimana endometriosis dirawat? Endometriosis biasanya dirawat dengan ubat hormon, pembedahan, atau gabungan kedua-duanya. Levonorgestrel progestogen adalah salah satu ubat hormon yang...

Kemoterapi untuk kanser mulut dan tekak

3 years 4 months ago
Kemoterapi untuk kanser mulut dan tekak Apakah masalahnya? Kanser kaviti oral (mulut) dan oropharynx (tekak) yang dikesan awal dirawat terutamanya dengan pembedahan atau radioterapi. Rawatan ini berkesan menyembuhkan kanser dan memperbaik survival. Walau bagaimanapun, dengan pembedahan dan radioterapi sahaja, masih ada peluang kanser akan berulang, yang boleh memendekkan survival pesakit. Penambahan kemoterapi kepada pembedahan atau radioterapi boleh membantu memperbaik survival. Mengapa topik ini penting? Rawatan kemoterapi adalah ubat-ubatan yang berfungsi membunuh sel-sel yang membahagi...

Nifedipine untuk dismenorea primer (sakit haid)

3 years 4 months ago
Nifedipine untuk dismenorea primer (sakit haid) Soalan ulasan Adakah nifedipine selamat dan berkesan untuk melegakan kesakitan yang berkaitan dengan dismenorea primer (juga dikenali sebagai sakit haid atau senggugut)? Latar belakang Dismenorea primer ialah sakit yang berkaitan dengan menstruasi (haid) akibat kekejangan rahim. Ia adalah keadaan biasa pada wanita dalam usia reproduktif, dan boleh memberi kesan yang ketara kepada aktiviti biasa. Nifedipine adalah ubat yang berkesan untuk memperlahankan pengecutan rahim pada wanita hamil dengan kelahiran pramatang. Ulasan ini membincangkan sama...

Penggunaan saliran selepas pembedahan pankreas

3 years 4 months ago
Penggunaan saliran selepas pembedahan pankreas Soalan ulasan Bolehkah penggunaan saliran mengurangkan komplikasi pasca pembedahan selepas pembedahan pankreas? Latar belakang Penggunaan saliran pembedahan adalah amalan yang sangat biasa selepas pembedahan pankreas. Walau bagaimanapun, peranan saliran dalam mengurangkan komplikasi selepas pembedahan pankreas (disebut komplikasi pasca pembedahan) adalah kontroversi. Tarikh carian Bukti adalah terkini sehingga Februari 2021. Ciri-ciri kajian Kami telah mencari semua kajian yang relevan, kajian-kajian yang dijalankan dengan baik, sehingga...

Rawatan kemurungan dalam kalangan individu dengan penyakit arteri koronari

3 years 4 months ago
Rawatan kemurungan dalam kalangan individu dengan penyakit arteri koronari Ulasan ini mengkaji kajian klinikal rawatan psikologi dan ubat antidepresan dalam kalangan pesakit jantung koronari yang mengalami kemurungan. Objektif adalah untuk menentukan kesan rawatan-rawatan ini terhadap kemurungan, kematian, kejadian jantung seperti serangan jantung yang lain, atau pembedahan jantung. Kami mengenal pasti 37 kajian yang berkaitan untuk semakan. Lima belas kajian menyiasat rawatan psikologi, dan 21 kajian menyiasat intervensi farmakologi termasuk ubat antidepresan. Secara amnya, rawatan...

Teknik pernafasan saliran autogenik untuk membantu orang dengan fibrosis sista membersihkan lendir dari saluran udara mereka

3 years 4 months ago
Teknik pernafasan saliran autogenik untuk membantu orang dengan fibrosis sista membersihkan lendir dari saluran udara mereka Latar belakang Fibrosis sista mempengaruhi paru-paru dengan menghasilkan lendir tebal pada lapisan saluran udara. Ini boleh mengakibatkn jangkitan dan keradangan yang menyebabkan kerosakan paru-paru. Fisioterapi boleh membantu menjaga kebersihan saluran pernafasan daripada lendir dan terdapat banyak kaedah yang diguna untuk tujuan ini, termasuk teknik pernafasan, teknik manual dan peranti mekanikal. Saliran autogenik adalah teknik pernafasan yang sangat terkawal yang...

Adakah pembedahan membuang bahagian bawah kaki (amputasi) pada lutut menawarkan pemulihan pembedahan yang lebih baik dan rehabilisasi yang lebih baik daripada amputasi di atas lutut?

3 years 4 months ago
Adakah pembedahan membuang bahagian bawah kaki (amputasi) pada lutut menawarkan pemulihan pembedahan yang lebih baik dan rehabilisasi yang lebih baik daripada amputasi di atas lutut? Latar belakang Setiap tahun, beribu-ribu orang di seluruh dunia perlu membuang kaki bawah mereka melalui pembedahan (amputasi anggota bawah) kerana masalah seperti penyumbatan dalam saluran darah (penyakit vaskular), diabetes dan kecederaan. Apabila amputasi dirancang, pakar bedah perlu memutuskan berapa tinggi kaki yang perlu diamputasi, dan oleh itu berapa banyak kaki yang perlu ditinggalkan. Keputusan ini...

Pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk diagnosis apendisitis akut

3 years 4 months ago
Pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk diagnosis apendisitis akut Soalan ulasan Untuk memeriksa ketepatan pengimejan resonans magnetik (MRI), alat pengimejan perubatan yang digunakan untuk mengambil gambar terperinci bahagian dalam badan, untuk menguji apendisitis. Mengapakah mendiagnosis apendisitis penting? Apendisitis adalah keadaan yang sangat biasa dirawat dengan pembedahan kecemasan, tetapi sukar untuk didiagnosis. Sehingga satu daripada empat pesakit mungkin salah didiagnosis dengan apendisitis. Alatan seperti MRI boleh membantu mendiagnosis apendisitis dengan cepat dan awal. Apakah...

Rawatan periodontal untuk kawalan tekanan darah

3 years 4 months ago
Rawatan periodontal untuk kawalan tekanan darah Soalan ulasan Bolehkah rawatan periodontal mencegah hipertensi atau menurunkan tekanan darah orang dengan hipertensi? Latar belakang Periodontitis ialah sejenis gingivitis (penyakit gusi) teruk yang disebabkan oleh beberapa bakteria spesifik yang juga didapati dalam plak aterosklerotik (pengumpulan lemak, kolesterol, kalsium, dan bahan lain dalam saluran darah), di mana kolesterol memberikan kesan signifikan terhadap hipertensi (tekanan darah tinggi). Banyak kajian telah menunjukkan hubungan antara periodontitis dan hipertensi. Adalah penting...

Keprihatinan untuk meningkatkan kesejahteraan mental dalam kalangan pelajar perubatan dan doktor muda

3 years 4 months ago
Keprihatinan untuk meningkatkan kesejahteraan mental dalam kalangan pelajar perubatan dan doktor muda Mengapakah ulasan ini penting? Profesion perubatan diiktiraf kerana sifatnya yang mencabar dan mendesak. Pelajar perubatan dan doktor muda telah dikenal pasti mengalami tekanan peribadi dan profesional yang meningkat sepanjang tahun latihan mereka. Akibatnya, mereka menghadapi peningkatan tekanan pada kesejahteraan mental mereka. Adalah penting bahawa kumpulan ini disokong dalam kesejahteraan mental mereka untuk memastikan keseimbangan keseluruhan dalam kesihatan, serta bagi membantu...

Skleroterapi suntikan untuk vena varikos

3 years 4 months ago
Skleroterapi suntikan untuk vena varikos Latar belakang Vena varikos adalah vena bersimpul yang membesar, kelihatan berketul-ketul, biasanya terdapat di bahagian kaki. Ia boleh menyebabkan kesakitan, ketidakselesaan seperti terbakar, sakit, dan gatal-gatal serta kesakitan, berat atau bengkak secara menyeluruh di kaki. Walau bagaimanapun, sesetengah orang tidak mengaitkan semua gejala dengan vena varikos, kerana terdapat sedikit korelasi antara gejala ini dan tahap atau saiz vena varikos. Penyakit vena varikos boleh menjejaskan kualiti hidup kerana ianya secara kosmetik tidak menarik, boleh...

Intervensi untuk mencegah atau mengurangkan gejala kekeringan atau jangkitan pernafasan dalam persekitaran pendidikan dan di tempat kerja

3 years 4 months ago
Intervensi untuk mencegah atau mengurangkan gejala kekeringan atau jangkitan pernafasan dalam persekitaran pendidikan dan di tempat kerja Matlamat kami adalah untuk mengetahui sama ada pelembapan udara dalaman boleh mencegah atau mengurangkan gejala kekeringan atau jangkitan pernafasan dalam persekitaran pendidikan dan di tempat kerja. Dalam tempoh pemanasan, kelembapan udara dalaman adalah rendah, di mana ia boleh menyebabkan aduan seperti kekeringan mata, hidung, tekak dan kulit. Tambahan pula, mukosa yang kering dan teriritasi seterusnya boleh menyebabkan mudah terdedah pada jangkitan...

Apakah ujian paling tepat untuk mengesan kanser mulut atau bibir (kanser oral) dan keadaan yang menjurus kepada kanser oral?

3 years 4 months ago
Apakah ujian paling tepat untuk mengesan kanser mulut atau bibir (kanser oral) dan keadaan yang menjurus kepada kanser oral? Mesej utama - Masih kurang bukti kepastian tinggi untuk menyokong penggunaan ujian saringan kanser mulut dan keadaan yang menyebabkan kanser mulut dalam populasi umum. - Pengamal pergigian am dan profesional penjagaan kesihatan harus berwaspada tanda-tanda gangguan mulut yang berpotensi malignan (OPMD) dan malignansi semasa membuat pemeriksaan oral rutin dalam amalan untuk lesi/keadaan oral lain. Pengesanan kanser oral Kanser mulut (kanser oral) adalah satu keadaan...
Checked
4 hours 48 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed