3 years 5 months ago
Adakah pasukan kepakaran campuran (pelbagai disiplin) cara terbaik untuk membantu orang tua pulih daripada patah tulang pinggul? Mesej utama - Berbanding dengan penjagaan biasa, penjagaan yang disediakan oleh pasukan profesional penjagaan kesihatan dengan kepakaran berbeza (pasukan pemulihan pelbagai disiplin) yang diketuai oleh pakar geriatrik atau pakar perubatan lain mungkin membantu lebih ramai orang tua di hospital untuk pulih selepas patah pinggul. - Kami tidak tahu sama ada pemulihan pelbagai disiplin adalah lebih baik daripada penjagaan biasa selepas keluar hospital kerana tiada...
3 years 5 months ago
Intervensi pembedahan untuk penanggalan rhegmatogenus retina: alternatif kepada vitrektomi Soalan ulasan Kami mengemas kini ulasan ini dengan tujuan yang sama untuk memahami yang mana antara dua jenis teknik pembedahan, lengkokan sklera (SB) atau pneumatik retinopeksi (PR), adalah lebih sesuai untuk rawatan jenis penanggalan rhegmatogenus retina (RRD) yang tertentu. Latar belakang Penanggalan retina merupakan pemisahan retina, tisu di bahagian belakang mata yang sensitif terhadap cahaya, daripada lapisan asasnya yang melekat pada permukaan bahagian belakang mata. RRD berlaku apabila...
3 years 5 months ago
Kortikosteroid postnatal sistemik lewat (dari umur tujuh hari) untuk mencegah displasia bronkopulmonari dalam kalangan bayi pramasa Soalan ulasan: untuk menentukan manfaat dan mudarat berkaitan rawatan ubat-ubatan yang menyekat keradangan, yang disebut kortikosteroid, diberi selepas umur tujuh hari atau kemudian untuk mencegah atau merawat kecederaan paru-paru, yang dikenali sebagai displasia bronkopulmonari (kadangkala juga disebut penyakit paru-paru kronik), dalam kalangan bayi yang dilahirkan terlalu awal (pramasa). Latar belakang: kortikosteroid dapat mengurangkan keradangan paru-paru...
3 years 5 months ago
Ubat penahan sakit (NSAIDs: ubat anti-radang bukan steroid) sekitar masa pembedahan di kalangan wanita yang menjalani pembedahan payu dara Apakah matlamat utama ulasan ini? Matlamat ulasan ini adalah untuk mengetahui sama ada ubat penahan sakit NSAID mengurangkan kesakitan semasa sebarang pembedahan payu dara berbanding denagan tanpa ubat (plasebo) atau ubat tahan sakit yang lain (contoh opioid). Kesan-kesan sampingan yang mungkin daripada NSAIDS telah dikaji dan dibandingkan dengan kesan sampingan pesakit yang tidak diberi ubat atau kaedah melegakan kesakitan yang lain. Ubat penahan sakit...
3 years 5 months ago
Pencegahan demensia dan kemerosotan kognitif dengan menggunakan intervensi berbilang domain Soalan ulasan Bolehkah kemerosotan kognitif dan demensia dicegah dengan intervensi yang menyasarkan dua atau lebih faktor risiko untuk demensia? Latar belakang Demensia ialah keadaan di mana ingatan dan lain kemahiran berfikir (dikenali sebagai kognisi, atau fungsi kognitif) merosot sehingga menjejaskan keupayaan seseorang berdikari sepenuhnya dalam aktiviti harian mereka. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai masalah otak yang berbeza, kebanyakannya menjadi semakin biasa selepas berusia. Walaupun risiko...
3 years 5 months ago
Bimbingan keputusan untuk orang yang membuat keputusan penjagaan kesihatan Latar belakang Terdapat keperluan untuk lebih melibatkan orang yang membuat keputusan penjagaan kesihatan tentang rawatan (cth pembedahan) atau saringan (cth ujian untuk mengetahui sama ada terdapat masalah kesihatan). Keputusan berkualiti dibuat apabila orang ramai mengetahui bukti terbaik yang tersedia tentang pilihan dan boleh berkongsi perkara yang penting dengan penyedia penjagaan kesihatan mereka. Bimbingan keputusan menyokong orang ramai untuk bersedia bagi membuat keputusan kesihatan. Ia disediakan oleh...
3 years 5 months ago
Rituximab untuk orang yang mempunyai multiple sclerosis Mesej utama – Rituximab mungkin menawarkan faedah yang sederhana hingga besar berbanding pelbagai ubat lain untuk pencegahan pengulangan dalam multiple sclerosis (MS) berulang. Berbanding dengan tanpa ubatan, kesan yang diingini adalah lebih besar. – Terdapat maklumat yang terhad untuk menentukan kesan rituximab dalam pencegahan ketidakupayaan yang semakin teruk untuk semua bentuk MS. – Kesan berbahaya yang serius agak jarang berlaku pada orang yang mempunyai MS yang menjadikan mereka sukar untuk dikaji, dan mereka juga tidak dilaporkan...
3 years 5 months ago
Keberkesanan pembedahan untuk merawat lubang makula lamellar Mengapakah persoalan ini penting? Lubang makula lamellar adalah kecacatan kecil ketebalan separa yang menjejaskan pusat retina, dipanggil makula. Retina adalah lapisan di bahagian belakang mata yang mengesan cahaya, dan makula adalah penting untuk penglihatan yang terperinci. Adalah dicadangkan bahawa pembedahan boleh mencegah kehilangan penglihatan (atau memperbaiki penglihatan) pada orang yang mempunyai lubang makula lamellar, tetapi tiada muafakat semasa. Kami mengulas penyelidikan yang diterbitkan untuk menentukan sama ada...
3 years 5 months ago
Rehabilitasi berasaskan senaman untuk penyakit jantung koronari Latar belakang Penyakit jantung koronari (CHD) ialah satu punca kematian global yang paling lazim. Walau bagaimanapun, dengan penurunan kadar kematian CHD, peningkatan bilangan orang yang hidup dengan CHD dan berkemungkinan memerlukan sokongan untuk menguruskan gejala (seperti angina, sesak nafas semasa aktiviti fizikal, serta keletihan) dan mengurangkan kemungkinan masalah akan datang, seperti serangan jantung. Rehabilitasi jantung berasaskan senaman (latihan senaman sahaja atau digabungkan dengan intervensi psikologi atau...
3 years 5 months ago
Faedah dan kemudaratan beta-blockers berbanding plasebo atau tiada intervensi dalam fasa bukan akut infarksi miokardium Latar belakang Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 7.4 juta orang meninggal dunia akibat penyakit jantung iskemik pada tahun 2012. Ini mewakili 15% daripada semua kematian di seluruh dunia. Pesakit dengan serangan jantung tetapi tanpa kegagalan jantung mungkin menerima beta-blockers sebagai rawatan bukan akut. Beta blockers menghalang reseptor beta. Ini boleh mengakibatkan pengurangan oksigen yang diperlukan oleh jantung dan mungkin mengurangkan komplikasi yang berkaitan...
3 years 5 months ago
Antibiotik untuk radang paru-paru yang diperolehi di hospital dalam kalangan bayi baru lahir dan kanak-kanak Soalan ulasan Rejimen antibiotik manakah yang lebih selamat dan berkesan untuk merawat neonat (bayi baru lahir) dan kanak-kanak dengan radang paru-paru yang diperolehi di hospital? Latar belakang Pneumonia yang diperoleh di hospital ialah radang tisu satu atau kedua-dua paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan yang berlaku semasa berada di hospital (iaitu 48 jam atau lebih selepas kemasukan ke hospital). Ia adalah salah satu jangkitan yang paling biasa diperolehi di hospital dalam...
3 years 5 months ago
Rawatan sawan pada orang dengan neurosistiserkosis Latar belakang Neurosistiserkosis adalah jangkitan biasa pada otak. Ia disebabkan oleh larva cacing pita babi yang berhijrah ke otak dan membentuk kantung tertutup di sekeliling mereka (dipanggil sista). Sawan adalah gejala yang paling biasa, walaupun sesetengah orang mungkin mempunyai gejala lain seperti sakit kepala, muntah atau gejala lain pembengkakan otak. Ulasan ini menyiasat kegunaan ubat-ubatan antiepileptik (AEDs) untuk mencegah sawan pada orang yang tidak mempunyai sawan tetapi dibentangkan dengan gejala-gejala lain. Kami juga...
3 years 6 months ago
Pembedahan pemuliharaan payudara onkoplastik (O-BCS) untuk wanita dengan kanser payudara primer Latar belakang Pembedahan tradisional bagi kanser payudara awal adalah pembedahan pemuliharaan payudara standard (S-BCS) yang bertujuan untuk mengekalkan sebanyak mungkin payudara. Bagi wanita yang mempunyai tumor yang lebih besar berbanding saiz payudara mereka mungkin sukar untuk memulihara payudara sambil memastikan semua tumor dibuang dan ini mungkin bermakna mastektomi diperlukan. Bahagian yang paling penting dalam rawatan pembedahan untuk kanser payudara adalah untuk membuang semua kanser....
3 years 6 months ago
Apakah faedah dan risiko terapi cahaya untuk merawat ekzema atopik (juga dikenali sebagai ekzema atau dermatitis atopik)? Mesej utama Ultraviolet B (UVB) jalur sempit (NB), berbanding plasebo (rawatan palsu), mungkin memperbaiki tahap keparahan ekzema (termasuk gatal) dan mungkin tidak mempengaruhi bilangan orang yang meninggalkan kajian kerana kesan yang tidak diingini. Kami tidak dapat membuat kesimpulan dengan yakin untuk rawatan fototerapi (terapi cahaya) yang lain. Penyelidikan masa depan perlu menilai keberkesanan dan keselamatan NB-UVB dan bentuk fototerapi yang lain untuk ekzema....
3 years 6 months ago
Apakah faktor yang mempengaruhi pandangan dan amalan ibu bapa mengenai vaksin rutin zaman kanak-kanak? Matlamat ulasan Bukti kualitatif sintesis Cochrane ini bertujuan untuk meneroka faktor yang mempengaruhi pandangan dan amalan ibu bapa mengenai vaksin rutin zaman kanak-kanak. Untuk hal ini, kami telah mencari dan menganalisis kajian kualitatif tentang pandangan, pengalaman dan amalan ibu bapa. Sintesis ini melengkapkan Ulasan Cochrane lain yang menilai kesan strategi yang meningkatkan pengambilan vaksin zaman kanak-kanak. Mesej utama Banyak faktor yang mempengaruhi pandangan dan amalan...
3 years 6 months ago
Teknik, strategi dan reka bentuk kateter berselang-seli untuk menguruskan keadaan pundi kencing jangka panjang Soalan ulasan Terdapat teknik kateterisasi yang berbeza, strategi dan reka bentuk kateter yang boleh mempengaruhi jangkitan saluran kencing bergejala (UTI; jangkitan pundi kencing yang dikesan melalui ujian air kencing di mana seseorang mempunyai gejala jangkitan), komplikasi lain dan pilihan pengguna. Dalam ulasan ini, kami menumpukan pada hasil-hasil ini pada orang yang menggunakan teknik kateterisasi aseptik atau bersih, kateter sekali guna atau pelbagai guna dan reka bentuk...
3 years 6 months ago
Mengurangkan ketumpatan payudara berikutan terapi endokrin sebagai penunjuk risiko kanser payudara Apakah isunya? Kanser payudara adalah kanser biasa dan punca kematian di kalangan wanita di seluruh dunia. Pilihan rawatan untuk kanser payudara termasuk terapi endokrin. Terapi endokrin juga boleh digunakan untuk mencegah kanser payudara bagi wanita yang belum didiagnosis dengan kanser payudara. Ia akan membantu doktor dan pesakit mereka untuk memahami sama ada sesetengah pesakit berkemungkinan mendapat manfaat yang lebih besar daripada terapi endokrin berbanding yang lain. Struktur payudara...
3 years 6 months ago
Pemberian anestetik setempat intraperitoneoum pada orang yang menjalani kolesistektomi laparoskopik Latar belakang Antara 10% dan 20% penduduk Barat didapati menghidap penyakit batu hempedu. Malahan, 1% hingga 4% daripada mereka akan mengalami gejala-gejala penyakit batu hempedu. Pembuangan pundi hempedu (kolesistektomi) adalah rawatan utama untuk pesakit yang mengalami gejala-gejala penyakit batu hempedu. Kolesistektomi laparoskopik (pembedahan lubang kunci untuk membuang pundi hempedu) adalah pilihan kaedah pembedahan yang lebih diterima. Kolesistektomi laparoskopik dianggap kurang sakit...
3 years 6 months ago
Kesan perencat DPP-4, agonis reseptor GLP-1 dan perencat SGLT-2 untuk orang yang mempunyai penyakit kardiovaskular Mesej utama - GLP-1RA dan SGLT2i (dua ubat diabetes baharu) berkemungkinan mengurangkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular dan kematian daripada sebarang sebab pada penghidap diabetes dan penyakit kardiovaskular (penyakit jantung dan saluran darah). - Ubat SGLT2i berkemungkinan mengurangkan risiko kemasukan ke hospital untuk kegagalan jantung dan ubat GLP-1RA boleh mengurangkan strok yang membawa maut dan tidak membawa maut. - Kami memerlukan kajian lanjut untuk...
3 years 6 months ago
Masa yang diluangkan dalam pemulihan dan kesan terhadap ukuran aktiviti selepas strok Soalan ulasan Adakah lebih banyak masa yang diluangkan dalam pemulihan meningkatkan aktiviti? Apa yang penting? Adakah jumlah masa yang diluangkan dalam pemulihan penting, atau adakah cara pemulihan disampaikan (jadual)? Adakah, sebagai contoh, jumlah masa yang diluangkan setiap minggu? Atau kekerapan sesi? Latar belakang Pemulihan strok membantu orang yang mengalami strok untuk pulih dan meneruskan aktiviti mereka. Negara yang berbeza mempunyai garis panduan yang berbeza tentang jumlah terapi yang perlu...
Checked
5 hours 29 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed