3 years 2 months ago
Apakah rawatan terbaik untuk patah tulang pinggul pada orang tua? Mengapakah persoalan ini penting? Patah tulang pinggul adalah patah di bahagian atas tulang paha. Kami memasukkan orang yang mengalami patah di bahagian bawah sendi lesung. Jenis patah tulang pinggul ini biasa berlaku pada orang tua yang tulangnya mungkin rapuh kerana keadaan yang dikenali sebagai osteoporosis. Patah tulang pinggul sering berlaku selepas terjatuh dari posisi berdiri atau duduk. Patah tulang pinggul boleh dirawat dengan cara yang berbeza dan kami tidak tahu sama ada sesetengah rawatan lebih baik daripada yang...
3 years 2 months ago
Bahan pengapan untuk mencegah karies gigi susu Soalan ulasan Bolehkah dengan meletak bahan pengapan di permukaan kunyah gigi susu di bahagian belakang mulut mencegah terjadinya kerosakan gigi? Latar belakang Kerosakan gigi adalah salah satu penyakit yang paling lazim di zaman kanak-kanak yang boleh mempengaruhi kesejahteraan keseluruhan kanak-kanak. Gigi yang paling lazim dipengaruhi ialah gigi belakang yang mana permukaan kunyah tidak rata dan beralur (pit dan fisur) yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, menyebabkan pembentukan kaviti gigi (kerosakan). Tambahan pula, alur-alur...
3 years 2 months ago
Ubat-ubatan untuk mencegah gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) Mengapakah ulasan ini penting? Gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) adalah keadaan yang teruk dan melumpuhkan yang mungkin berlaku pada orang yang terdedah kepada peristiwa traumatik. Peristiwa sebegini boleh mempunyai kesan negatif yang berpanjangan terhadap kehidupan mereka yang pernah mengalaminya, serta kehidupan orang yang tersayang. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa perubahan dalam cara otak berfungsi kepada orang dengan PTSD. Sesetengah penyelidik telah mencadang menggunakan ubat-ubatan untuk...
3 years 2 months ago
Apakah rawatan terbaik untuk patah tulang pinggul pada orang dewasa yang lebih tua? Mesej utama - Tiada 'rawatan terbaik' untuk patah pinggul jenis ini. - Lebih ramai orang memerlukan pembedahan tambahan pada pinggul mereka yang patah selepas rawatan dengan paku (paku dimasukkan mengarah ke atas dari lutut ke sendi pinggul) atau plat statik bersudut tetap (pin atau skru melekatkan plat pada tulang yang patah). - Mungkin tiada perbezaan antara paku cephalomedullary yang pendek (paku dimasukkan mengarah ke bawah dari sendi pinggul ke lutut) dan plat dinamik bersudut tetap (pin atau skru yang...
3 years 2 months ago
Kesan ubat antiepileptik untuk pencegahan sawan primer dan sekunder selepas strok Soalan ulasan Adakah bukti yang menyokong penggunaan rutin ubat antiepileptik (antiepileptic drug, AED) dalam mencegah sawan primer dan sekunder selepas strok? Latar belakang Sawan selepas strok adalah penting secara klinikal. Ia adalah tidak jelas sama ada AED berkesan dalam mencegah sawan selepas strok di kalangan orang dewasa. Hasil kajian Kami menjumpai dua kajian berciri prospektif, rawak, dwi-buta serta plasebo-terkawal, yang menilai kesan AED dalam mencegah sawan primer selepas strok. Kajian pertama...
3 years 2 months ago
Rawatan untuk merangsang kerjasama mata berbanding tampalan standard atau rawatan kabur untuk amblyopia (mata malas) pada kanak-kanak berumur tiga hingga lapan tahun Soalan ulasan Binokular berbanding oklusi standard atau rawatan kabur untuk ambliopia unilateral pada kanak-kanak berumur tiga hingga lapan tahun. Latar belakang Pada masa ini, amblyopia (mata malas) pada kanak-kanak dirawat dengan cermin mata, diikuti sama ada menampal atau mengaburkan mata yang lebih melihat dengan ubat titisan mata atropin. Rawatan ini tidak popular antara kalangan kanak-kanak, dan jumlah tampalan atau ubat...
3 years 3 months ago
Adakah sarung kembung dan ubat efektif untuk mencegah trombosis vena dalam dan embolisme pulmonari selepas pembedahan? Mesej utama • Gabungan penggunaan sarung kembung yang dipakai pada kaki (pemampatan kaki pneumatik berselang) serta ubat boleh mengurangkan kadar kes baru pembekuan darah di paru-paru dan kaki berbanding sarung kembung sahaja. • Gabungan penggunaan sarung kembung dan ubat boleh mengurangkan kadar kes pembekuan darah baru di kaki dan mungkin mengurangkan pembekuan darah baru di paru-paru berbanding penggunaan ubat sahaja. • Penambahan ubat pada sarung kembung, boleh...
3 years 3 months ago
Diet karbohidrat rendah atau diet karbohidrat seimbang: yang manakah lebih berkesan untuk menurunkan berat dan risiko penyakit jantung? Mesej utama • Kemungkinan terdapat sedikit atau tiada perbezaan dalam penurunan berat oleh orang yang mengamalkan diet pengurangan berat karbohidrat rendah (juga dikenali sebagai ‘diet karbohidrat rendah’) berbanding penurunan berat oleh orang yang mengamalkan diet penurunan berat karbohidrat seimbang sehingga dua tahun. • Demikian juga, mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara kedua-dua diet tersebut untuk perubahan risiko penyakit jantung,...
3 years 3 months ago
Adakah ubat-ubatan yang menghalang interleukin‐1 (protein yang terlibat dalam tindak balas imun) rawatan berkesan untuk COVID‐19 dan adakah ubat ini menyebabkan kesan yang tidak diingini? Mesej utama • Secara keseluruhannya, kami tidak menemui bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa ubat-ubatan yang menghalang interleukin-1 (protein yang terlibat dalam tindak balas imun) adalah rawatan yang berkesan untuk penghidap COVID-19, atau sama ada ia menyebabkan kesan yang tidak diingini. • Kami menemui 16 kajian dengan keputusan yang tidak diterbitkan. Kami akan mengemas kini ulasan ini...
3 years 3 months ago
Implan logam digunakan untuk membaiki patah tulang pada sendi pinggul dalam orang tua Mesej utama - Implan ekstramedular menghasilkan hasil yang hampir sama secara keseluruhan dengan paku sefalomedular dalam rawatan jenis patah pinggul ini. - Terdapat pengurangan risiko jangkitan dan tidak bersatu (di mana tulang gagal sembuh) dengan paku sefalomedular, tetapi peningkatan risiko patah tulang berkaitan implan. Patah pinggul dalam orang tua Patah tulang pinggul adalah patah di bahagian atas tulang peha. Dalam ulasan ini, kami menyertakan orang yang mengalami kepatahan berhampiran sendi...
3 years 3 months ago
Ortos kaki untuk merawat kaki rata dalam kalangan kanak-kanak Soalan ulasan Apakah faedah dan kemudaratan menggunakan ortosis kaki (sisipan kasut) untuk merawat kaki rata pada kanak-kanak? Latar belakang Kanak-kanak dengan kaki rata mempunyai lengkungan kaki yang lebih rendah. Apabila kanak-kanak itu berdiri, lengkungan kaki kelihatan rata di atas lantai, dan mungkin berguling ke dalam, malah menyentuh lantai. Kadangkala, kaki rata boleh menyebabkan kesakitan. atau mengubah cara kanak-kanak berjalan. Terdapat banyak jenis rawatan tanpa pembedahan untuk kaki rata, tetapi melainkan...
3 years 3 months ago
Tiub endotrakeal yang dicuff berbanding yang tidak dicuff untuk neonat Latar belakang: bayi yang baru dilahir jarang memerlukan tiub yang diletakkan di dalam laluan pernafasan; bagaimanapun, ini mungkin berlaku sebelum prosedur atau untuk membantu pernafasan. Tiub mungkin atau mungkin tidak mempunyai cuff. Cara biasa penjagaan bayi yang baru lahir adalah tiub tanpa cuff. Tiub dicuff digunakan lebih kerap pada bayi dan kanak-kanak yang lebih tua untuk mengurangkan kebocoran gas di sekeliling tiub, risiko aspirasi (menyedut makanan, air liur, atau kandungan perut ke dalam saluran pernafasan...
3 years 3 months ago
Gabungan antihistamin oral-dekongestan-analgesik untuk selsema biasa Soalan ulasan Adakah formula gabungan yang mengandungi antihistamin (AH), dekongestan (DC), dan/atau analgesik (AN), yang dijual melalui kaunter, berkesan dalam merawat gejala selsema? Latar belakang Secara puratanya, kanak-kanak kecil boleh terkena selsema enam hingga lapan kali setahun, dan bagi orang dewasa dua hingga empat kali. Selsema disebabkan oleh virus, dan gejala-gejala adalah termasuk sakit tekak, hidung tersumbat dan berhingus, bersin dan batuk. Selsema biasanya sembuh dengan sendirinya dalam masa satu hingga...
3 years 3 months ago
Terapi penyingkiran cecair dalam kegagalan jantung akut Soalan ulasan Apakah kesan ultrafiltrasi (UF), terapi penyingkiran cecair, dalam kegagalan jantung akut (AHF)? Latar belakang AHF adalah keadaan biasa di mana jantung tidak boleh mengepam secara berkesan, menyebabkan cecair berkumpul di dalam paru-paru dan badan. Ini menyebabkan kesukaran bernafas, kerosakan pada jantung dan buah pinggang, kadar kemasukan semula ke hospital dan kadar kematian yang tinggi. Penjagaan biasa melibatkan ubat yang dipanggil diuretik untuk mengeluarkan cecair berlebihan, tetapi sesetengah orang mungkin...
3 years 3 months ago
Bagaimana kesan ke atas kesaksamaan kesihatan dinilai dalam ulasan sistematik keberkesanan Mesej utama Pengulas mendapati lima pendekatan metodologi untuk mempertimbangkan ekuiti kesihatan dalam tinjauan sistematik keberkesanan tetapi cara yang paling sesuai untuk menangani mana-mana pendekatan ini adalah tidak jelas. Soalan ulasan Kami menyemak kaedah yang digunakan oleh pengulas sistematik untuk mempertimbangkan ekuiti kesihatan dalam ulasan sistematik keberkesanan. Latar belakang Pengurangan ketaksaksamaan kesihatan, perbezaan kesihatan yang boleh dielakkan dan tidak adil, telah mencapai...
3 years 3 months ago
Menambahkan semburan sisa dalaman dalam komuniti menggunakan jaring yang dirawat dengan racun serangga untuk pencegahan malaria Apakah matlamat ulasan ini? Penyemburan sisa dalaman (indoor residual spraying, IRS) ialah penggunaan biasa racun serangga kimia ke atas dinding rumah. Racun serangga bertahan selama beberapa bulan, membunuh nyamuk yang hinggap diatasnya. Kelambu dirawat racun serangga (insecticide-treated net, ITN) ialah kelambu yang dirawat dengan racun serangga, menghalang nyamuk daripada menggigit orang dan mengurangkan populasi nyamuk. Kedua-dua intervensi membantu mengawal...
3 years 3 months ago
Langkah-langkah yang dilaksanakan dalam persekitaran sekolah untuk membendung wabak COVID-19 Apakah yang dikaji dalam ulasan ini? Untuk mengurangkan penularan virus yang menyebabkan COVID-19, banyak kerajaan dan masyarakat melaksanakan langkah mitigasi di sekolah. Walau bagaimanapun, kami tidak tahu sama ada langkah ini berkesan untuk mengurangkan penyebaran virus, atau bagaimana langkah ini mempengaruhi aspek kehidupan lain, seperti pendidikan, ekonomi atau masyarakat secara keseluruhan. Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan dalam persekitaran sekolah? Langkah-langkah dalam persekitaran...
3 years 3 months ago
Latihan senaman untuk orang dewasa yang menerima rawatan dialisis Apakah isunya? Orang yang menjalani rawatan dialisis berisiko tinggi dalam mengalami penyakit kardiovaskular dan kemurungan, mempunyai kualiti hidup yang lebih rendah dan kelangsungan hidup yang terhad berbanding dengan populasi umum. Selain itu, banyak orang yang menjalani rawatan dialisis mengalami kesukaran melakukan aktiviti harian kerana mereka tidak mempunyai keupayaan fizikal dan kekuatan untuk melakukannya. Pelbagai kajian telah dijalankan untuk menilai potensi latihan senaman untuk meningkatkan kesihatan orang dewasa...
3 years 3 months ago
Imunoglobulin intravena untuk neuropati motor multifokal Soalan ulasan Kami mengulas bukti berkenaan kesan imunoglobulin intravena (IVIg) dan imunoglobulin subkutaneus (SCIg) terhadap pesakit neuropati motor multifokal (MMN). Imunoglobulin adalah penyediaan antibodi tanpa sasaran khusus yang ditulenkan daripada darah dan selalunya diberi melalui vena (imunoglobulin intravena; IVIg); walaubagaimanapun, infusi di bawah kulit (SCIg) mungkin merupakan suatu alternatif. Latar belakang MMN adalah keadaan yang jarang berlaku yang menyebabkan kelemahan anggota badan, yang cenderung menjadi lebih...
3 years 3 months ago
Apakah manfaat dan risiko penyambungan semula usus bagi cara berbeza selepas pembedahan separa pankreas dan duodenum (bahagian pertama usus kecil)? Mesej utama - Penyambungan melalui hadapan usus besar selepas reseksi usus (antecolic bowel reconstruction) mungkin tidak mengurangkan pengosongan gastrik bertangguh selepas pembuangan kepala pankreas dan duodenum secara pembedahan. - Hasil ulasan kami tidak mencadangkan sebarang perbezaan yang berkaitan antara kedua-dua teknik dalam segi komplikasi lain, kematian, tempoh tinggal di hospital dan kualiti hidup. Latar belakang Pankreas ialah...
Checked
4 hours 26 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed