2 years 11 months ago
Penggunaan antibiotik dalam rawatan kolitis ulseratif Apakah matlamat ulasan ini? Ulasan Cochrane ini bertujuan untuk menentukan sama ada penggunaan antibiotik, berguna dan selamat bagi penghidap penyakit kolitis ulseratif (“ulcerative colitis” UC) untuk mencapai atau mengekalkan remisi/keredaan penyakit. Mesej utama Kami mendapati bahawa antibiotik, apabila ditambah kepada terapi standard, kesannya sama sahaja seperti plasebo kerana ianya kerap kali gagal mencapai remisi/keredaan ataupun meningkatkan pemulihan bagi penghidap UC, perkara ini dinilai sehingga tiga bulan selepas pengambilan...
2 years 11 months ago
Memasukkan implan kontraseptif semasa sesi rawatan pengguguran kandungan atau semasa rawatan susulan Soalan ulasan Kami membandingkan kadar pengambilan, keberkesanan dan kesan sampingan pemasukan implan kontraseptif (implan perancang keluarga) semasa sesi rawatan pengguguran kandungan dengan penangguhan pemasukan implan semasa rawatan susulan. Latar belakang Implan kontraseptif adalah suatu kaedah yang sangat berkesan untuk merancang keluarga dan ianya adalah kaedah boleh dikawal dan dapat mencegah kehamilan dalam jangka masa yang panjang. Kaedah ini sesuai untuk hampir semua wanita,...
2 years 11 months ago
Rawatan endovaskular untuk stenosis arteri vertebra Soalan Adakah rawatan endovaskular ditambah rawatan perubatan bermanfaat untuk mereka yang mengalami stenosis arteri vertebra bergejala berbanding rawatan perubatan sahaja? Latar belakang Arteri vertebra adalah saluran darah yang membekalkan bahagian belakang otak. Penyempitan saluran ini (stenosis arteri vertebra) adalah punca utama strok, tetapi tidak semua orang yang mempunyai stenosis arteri vertebra akan mengalami gejala. Rawatan perubatan (terutamanya termasuklah mengawal faktor risiko dan rawatan ubat), pembedahan, dan rawatan...
2 years 11 months ago
Adakah fisioterapi menambahbaikkan kesakitan dan ketidakupayaan pada orang dewasa dengan sindrom kesakitan serantau yang kompleks? Mesej utama Kami sangat tidak pasti jika rawatan fisioterapi akan menambah baik kesakitan dan ketidakupayaan yang berkaitan dengan sindrom kesakitan serantau kompleks (complex regional pain syndrome, CRPS). Kami sangat tidak pasti kerana percubaan klinikal yang kami menjumpai: - tidak dijalankan atau dilaporkan sebaik mungkin (atau kedua-duanya); - menyertakan sejumlah kecil pesakit dengan CRPS; - menguji pelbagai jenis rawatan fisioterapi yang berbeza; dan -...
2 years 11 months ago
Berapa tepatkah pengimejan dada untuk mendiagnos COVID-19? Mengapa soalan ini penting? Orang yang disyaki COVID-19 perlu tahu dengan segera sama ada mereka dijangkiti supaya mereka dapat menerima rawatan yang sesuai, mengasingkan diri, dan memaklum kontak rapat. Pada masa ini, diagnosis formal jangkitan COVID-19 memerlukan ujian makmal (RT-PCR) sampel hidung dan tekak. RT-PCR memerlukan peralatan khusus dan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk menghasilkan keputusan. Ia bukan benar-benar tepat dan RT-PCR yang kedua atau ujian lain mungkin perlu untuk mengesahkan diagnosis....
2 years 11 months ago
Pengurusan kesakitan untuk pengguguran perubatan sebelum 14 minggu kehamilan Mesej utama • Ibuprofen mempunyai bukti terbaik untuk menguruskan kesakitan semasa pengguguran perubatan dalam 14 minggu pertama kehamilan, tetapi dos terbaik tidak jelas. • Kajian lanjut diperlukan bersama-sama dengan cara merekod kesakitan yang teguh dan konsisten. Apakah pengguguran perubatan? Terdapat dua jenis pengguguran utama - pembedahan atau perubatan. Pengguguran pembedahan dilakukan oleh doktor pakar di klinik. Dalam pengguguran perubatan, wanita mengambil ubat ('pil pengguguran' yang terdiri daripada...
2 years 11 months ago
Sel stem untuk merawat pesakit yang tidak menunjukkan tindak balas terhadap rawatan penyakit Crohn Persoalan Adakah sel stem (SC) merupakan pilihan yang berkesan dan selamat untuk pesakit dengan penyakit Crohn (CD) apabila mereka tidak menunjukkan tindak balas terhadap rawatan perubatan standard mereka? Mesej utama Sel stem apabila digabungkan dengan rawatan perubatan standard boleh menjadi lebih baik daripada rawatan perubatan sahaja atau dengan plasebo (rawatan dummy) dalam penyembuhan pembukaan di kawasan perianal sambung ke usus yang disebabkan oleh CD (perianal fistula). Sel stem...
2 years 11 months ago
Ubat yang diberikan kepada wanita hamil dan bayi mereka untuk memastikan mereka tidak bergerak semasa pembedahan janin dan prosedur invasif lain pada bayi Kami mencari bukti daripada kajian rawak terkawal tentang keberkesanan ubat bius dan ubat tahan sakit untuk mencegah pergerakan janin (imobilisasi janin) untuk membolehkan pembedahan dan prosedur invasif lain dilakukan dengan selamat pada janin yang belum lahir semasa masih dalam rahim ibu. Apakah isunya? Penggunaan ultrasound semasa kehamilan telah membawa kepada kemajuan besar iaitu peningkatan diagnosis masalah dengan perkembangan pada...
2 years 11 months ago
Apakah faedah dan risiko tocilizumab (ubat yang mengurangkan keradangan) untuk merawat arteritis sel raksasa (penyakit saluran darah)? Mesej utama Orang dengan arteritis sel raksasa yang menerima suntikan tocilizumab setiap minggu atau setiap dua minggu mempunyai peluang yang lebih baik untuk bebas dari gejala selepas setahun. Orang yang dirawat dengan tocilizumab setiap empat minggu mungkin mempunyai peluang yang lebih baik untuk bebas dari gejala selepas setahun. · Tocilizumab mungkin menyebabkan jumlah kesan buruk (tidak diingini) yang hampir sama dengan plasebo (rawatan dummy). · Lebih...
2 years 11 months ago
Antibiotik untuk mencegah endokarditis bakteria (jangkitan teruk atau keradangan lapisan ruang-ruang jantung) dalam bidang pergigian Soalan ulasan Ulasan Cochrane ingin tahu sama ada orang yang lebih berisiko untuk endokarditis bakteria (suatu jangkitan atau keradangan lapisan ruang jantung teruk yang boleh menjadi fatal) patut diberi antibiotik secara rutin sebelum sebarang prosedur pergigian invasif untuk mengurangkan insidens endokarditis, bilangan kematian, dan jumlah penyakit serius yang dialami oleh pesakit dalam kumpulan ini. Latar belakang Endokarditis bakteria adalah jangkitan yang...
2 years 11 months ago
Terapi muzik untuk pesakit gangguan penggunaan bahan terlarang Apakah matlamat ulasan ini? Kami menyasarkan untuk menilai sama ada terapi muzik yang diberikan sebagai tambahan kepada penjagaan standard efektif untuk pesakit penggunaan bahan terlarang, dari segi memberi kesan kepada keinginan bahan terlarang, motivasi untuk rawatan dan motivasi untuk kekal sedar/bersih. Kami juga berminat dengan bukti tentang kesan ke atas depresi dan keresahan, kerana ini adalah faktor risiko untuk kambuh. Mesej utama Terapi muzik sebagai rawatan 'tambahan' kepada penjagaan standard mungkin mengurangkan...
2 years 11 months ago
Sokongan kesihatan mental dalam komuniti untuk kanak-kanak pelarian dan remaja di negara berpendapatan tinggi Kanak-kanak pelarian dan remaja yang telah menetap di negara berpendapatan tinggi berisiko mengalami masalah kesihatan mental disebabkan oleh cabaran-cabaran yang mereka hadapi sebelum, semasa, dan selepas penghijrahan. Mesej utama Bukti setakat ini tidak mempunyai kuantiti atau kualiti yang mencukupi untuk mengesyorkan intervensi yang perlu dilaksanakan dalam amalan. Program sokongan kesihatan mental dan intervensi sedia ada untuk kanak-kanak pelarian dan pencari suaka perlu...
2 years 11 months ago
Doppler trans-thoracic echocardiography untuk pengesanan hipertensi pulmonari dalam kalangan orang dewasa Apakah yang telah dikaji dalam ulasan ini? Hipertensi pulmonari adalah tekanan darah tinggi dalam saluran darah yang membekalkan darah dari bahagian kanan jantung ke paru-paru. Ia adalah keadaan serius yang boleh merosakkan bahagian kanan jantung. Dinding dalam saluran darah menjadi tebal dan kaku yang menyebabkan darah lebih sukar untuk mengalir. Ini boleh menyebabkan kegagalan jantung. Gejala boleh merangkumi kesesakan nafas, keletihan, sakit dada, degupan jantung yang kencang atau...
2 years 11 months ago
Apakah faedah dan risiko terapi luka tekanan negatif untuk menguruskan abdomen terbuka pada orang yang bukan pesakit trauma? Mesej utama - Kami tidak tahu sama ada terapi luka tekanan negatif (negative pressure wound therapy, NPWT, ditakrifkan sebagai tekanan yang lebih rendah daripada tekanan rujukan, secara amnya menyebabkan sedutan) membantu luka perut sembuh dengan lebih cepat atau mengurangkan potensi kesan bahaya berbanding dengan menggunakan beg Bogota (beg cecair steril yang digunakan untuk menutup luka perut). - Kami tidak tahu sama ada sistem Suprasorb CNP (sejenis NPWT) membantu...
2 years 11 months ago
Seberapa tepat imbasan pengimejan resonans magnetik (magnetic resonance imaging, MRI) untuk mengesan kanser hati? Mesej utama Pada pesakit penyakit hati kronik, pengimejan resonans magnetik (MRI: imbasan keratan rentas di dalam badan) mungkin terlepas kanser hati pada 16% orang, dimana mereka tidak akan menerima rawatan tepat pada masanya atau sesuai, dan secara salah mengesan kanser hati pada 6% orang, dimana mereka akan menerima rawatan yang tidak perlu. MRI mungkin terlepas kanser hati pada 16% pesakit kanser hati yang boleh menjalani pembedahan untuk membuang sebahagian daripada hati...
2 years 11 months ago
Intervensi untuk mengurangkan risiko jangkitan coronavirus SARS-CoV-2 (sindrom pernafasan akut teruk coronavirus-2) di kalangan pekerja di luar tetapan penjagaan kesihatan Apakah matlamat utama ulasan ini? Coronavirus (COVID-19) adalah penyakit respiratori berjangkit yang telah merebak ke seluruh dunia. Orang yang dijangkiti SARS-CoV-2 (sindrom pernafasan akut teruk coronavirus-2) boleh menghidap penyakit kritikal dan menyebabkan kematian, terutamanya orang tua, dan individu yang mempunyai masalah perubatan sebelumnya. Intervensi berbeza yang cuba menghalang atau mengurangkan pendedahan...
2 years 11 months ago
Penilaian Geriatrik Komprehensif untuk warga emas dalam komuniti yang berisiko untuk mendapat hasil kesihatan yang buruk Dengan peningkatan jangka hayat di seluruh dunia, terdapat keperluan yang mendesak untuk megetahui cara yang berbeza untuk menerokai penjagaan kesihatan yang sesuai kepada orang tua yang memerlukannya dalam persekitaran yang paling sesuai. Lebih ramai orang tua kini hidup dengan kelemahan, sindrom klinikal yang dicirikan oleh kerentanan kepada hasil kesihatan yang buruk termasuk kematian awal, kemasukan ke rumah jagaan atau kehilangan kehidupan yang berdikari. Kami ingin...
2 years 11 months ago
Intervensi pendidikan untuk profesional kesihatan yang menguruskan orang dengan COPD di penjagaan primer Latar belakang: Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) adalah penyakit paru-paru yang biasa, boleh dicegah dan dirawat. COPD menjadikannya lebih sukar bagi seseorang untuk membolehkan udara masuk dan keluar daripada paru-paru. Gejala-gejalanya termasuklah sesak nafas, batuk, serta lebihan kahak dan bunyi berdehit. COPD boleh menyebabkan kesan yang besar kepada kehidupan seseorang dan menjurus kepada kemorosotan kesihatan. Soalan: Apakah bukti yang wujud untuk intervensi pendidikan...
2 years 11 months ago
Kanabis dan kanabinoid untuk pesakit multiple sklerosis Mesej utama • Rawatan dengan nabiximols berkemungkinan menghasilkan peningkatan spastik dan mungkin tidak meningkatkan kesan bahaya yang serius dibandingkan dengan plasebo • Dibandingkan dengan plasebo, kanabinoid (nabiximols, ekstrak C annabis, kanabinoid sintetik) berkemungkinan meningkatkan kesejahteraan apabila diukur dengan hasil yang dilaporkan pesakit • Disebabkan oleh kekurangan bukti kukuh, manfaat ubat-ubatan ini untuk merawat sakit neuropatik kronik adalah tidak jelas. Apakah isunya? Ramai pesakit multiple sklerosis (multiple...
2 years 11 months ago
Kesan polisi yang mengawal selia insurans untuk ubat Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada skim insurans ubat mengubah orang ramai menggunakan ubat-ubatan, jumlah wang yang mereka belanjakan untuk ubat-ubatan, kesihatan mereka, dan penggunaan perkhidmatan penjagaan kesihatan mereka. Penulis Ulasan Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini. Mereka menemui 58 kajian. Kebanyakan kajian ini adalah dari AS yang menilai satu perubahan polisi (Medicare Bahagian D) yang dilaksanakan pada Januari 2006. Mesej utama Medicare...
Checked
21 minutes 17 seconds ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed