2 years 9 months ago
Certolizumab pegol untuk rawatan mengekalkan penyakit Crohn yang tidak aktif Apakah matlamat ulasan ini? Ulasan Cochrane ini bertujuan untuk mengetahui sama ada penggunaan jangka panjang certolizumab pegol (CZP) adalah rawatan yang berkesan dan selamat untuk penghidap penyakit Crohn (CD) berbanding dengan plasebo. Kami mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini. Apakah penyakit Crohn? CD adalah penyakit kronik yang menyebabkan keradangan pada saluran gastrousus seperti usus kecil dan besar. Gejala biasa CD adalah cirit-birit kronik, sakit perut, demam,...
2 years 9 months ago
Latihan mobiliti untuk meningkatkan mobiliti dan fungsi orang tua yang lemah Latar belakang Kelemahan adalah biasa dalam kalangan orang tua. Kelemahan menyebabkan peningkatan kemungkinan terjatuh, kesukaran bergerak (contoh berjalan) dan fungsi, kemasukan ke hospital, dan kematian. Dianggarkan bahawa 21% daripada penduduk yang tinggal dalam komuniti berusia lebih 65 tahun adalah lemah. Latihan mobiliti melibatkan pergerakan terkawal badan anda untuk melaksanakan tugas tertentu. Contoh-contoh latihan mobiliti termasuk latihan berdiri dan duduk, berjalan di sepanjang trek berjalan kaki, atau...
2 years 10 months ago
Apakah faedah dan kemudaratan aktiviti fizikal untuk orang yang mengalami sindrom usus rengsa Mesej utama – Intervensi aktiviti fizikal antara enam dan 24 minggu boleh menambahbaik gejala pada orang yang mengalami sindrom usus rengsa tetapi buktinya adalah sangat tidak pasti. – Mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara intervensi aktiviti fizikal dan penjagaan biasa untuk kualiti hidup dan kesakitan perut. – Tiada bukti yang mencukupi untuk menilai kesan buruk yang berkaitan dengan intervensi aktiviti fizikal kerana kekurangan pelaporan bagi kajian yang dijalankan.. Apakah...
2 years 10 months ago
Aktiviti pernafasan spontan dalam kegagalan paru-paru berkaitan COVID-19 Adakah pernafasan spontan awal bermanfaat dalam rawatan kegagalan paru-paru pada individu dengan COVID-19? Orang yang mempunyai COVID-19 yang teruk boleh mengalami kegagalan paru-paru, yang dikenali sebagai sindrom sukar bernafas akut (ARDS). Ini memerlukan ventilasi mekanikal invasif melalui tiub pernafasan. Adalah mungkin untuk membolehkan pernafasan, yang dicetuskan oleh pesakit (dipanggil pernafasan spontan), semasa menggunkan ventilator. Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada ini bermanfaat untuk individu...
2 years 10 months ago
Terapi asid-asid lemak daripada hidupan laut sebagai rawatan bagi strok Soalan ulasan Apakah kesan asid lemak omega-3 daripada hidupan laut bagi rawatan strok selepas temujanji susulan untuk jangka waktu singkat (sehingga tiga bulan) dan lebih panjang (lebih daripada tiga bulan). Latar belakang Istilah strok merujuk kepada kumpulan penyakit yang melibatkan saluran darah di dalam otak. Strok boleh disebabkan oleh pendarahan atau penyumbatan saluran-saluran darah ini yang mengakibatkan kehilangan fungsi sel-sel otak. Serangan iskemia sementara (TIA), juga dikenali sebagai 'strok mini',...
2 years 10 months ago
Merawat semua gigi (seluruh mulut) dalam masa 24 jam untuk penyakit gusi (periodontitis) di kalangan orang dewasa Latar belakang Penyakit gusi berpanjangan (periodontitis) ialah penyakit radang kronik yang lazim menyebabkan kerosakan tisu lembut (gusi) dan tulang di sekeliling gigi, dan boleh mengakibatkan kehilangan gigi. Rawatan bukan pembedahan digunakan untuk menghentikan dan mengawal penyakit ini. Ia adalah berdasarkan 'instrumentasi subgingiva', iaitu, penyingkiran mekanikal bakteria di bawah gusi pada permukaan akar gigi yang dijangkiti. Rawatan konvensional dijalankan dalam dua...
2 years 10 months ago
Bronkodilator sedutan tindakan pendek untuk fibrosis sistik Soalan ulasan Kami menyemak bukti untuk penggunaan bronkodilator sedutan tindakan pendek (rawatan yang meluaskan dan membuka saluran pernafasan, dan menjadikannya lebih mudah untuk bernafas) pada orang yang mengalami fibrosis sistik. Bronkodilator tindakan pendek menunjukkan kesan dengan cepat dan biasanya bertahan untuk 4 hingga 6 jam. Kami berminat dengan sebarang jenis bronkodilator sedutan tindakan pendek, diberikan pada sebarang dos, dan melalui mana-mana jenis peranti (inhaler atau nebuliser). Kedua-dua nebuliser dan inhaler...
2 years 10 months ago
Shunting arteri karotid selektif atau rutin untuk endarterektomi karotid (dan kaedah pemantauan yang berbeza dalam shunting selektif) Persoalan Kami menyiasat bagaimana shunting akan mempengaruhi strok, kematian, dan komplikasi lain, dan bagaimana kaedah pemantauan yang berbeza untuk shunting selektif akan memberi impak kepada hasil ini pada orang yang menjalani endarterektomi karotid di bawah bius am. Latar belakang Kira-kira 20% daripada strok berpunca daripada penyempitan arteri karotid (arteri utama yang membekalkan darah ke otak). Endarterektomi karotid adalah pembedahan untuk membuang...
2 years 10 months ago
Antibiotik untuk diverticulitis yang tidak rumit Diverticulitis adalah keradangan diverticula. Divertikula adalah kelemahan pada dinding usus. Diverticula adalah perkara biasa dalam populasi, terutamanya pada orang tua berumur 60 tahun keatas, dan selalunya tanpa gejala. Diverticulitis mungkin muncul sebagai sakit perut dan kelembutan disertai dengan tanda-tanda jangkitan, seperti demam. Dalam kebanyakan kes, diverticulitis sembuh tanpa komplikasi. Walau bagaimanapun, sesetengah pesakit mengalami komplikasi dan kemungkinan memerlukan pembedahan kecemasan. Diverticulitis akut tidak rumit...
2 years 10 months ago
Apakah cara terbaik untuk merawat orang dewasa dengan bahu fraktur (patah)? Mesej utama - Tiada bukti yang mencukupi untuk memberitahu sama ada pergerakan awal lengan selepas seminggu dalam anduh boleh membuat perbezaan kepada fungsi bahu untuk jangkamasa panjang atau perkembangan masalah bahu berbanding dengan sokongan lengan dalam anduh selama tiga minggu atau lebih. - Pesakit melaporkan bahawa pembedahan tidak menghasilkan fungsi bahu yang lebih baik untuk kebanyakan jenis kepatahan ‘displaced’ (di mana bahagian yang patah telah terpisah) berbanding rawatan tanpa pembedahan. Walau...
2 years 10 months ago
Invensi untuk menambah baik air, sanitasi, dan kebersihan untuk mencegah jangkitan helminth yang tersebar melalui tanah Apakah matlamat ulasan ini? Ulasan ini meringkaskan kajian rawak terkawal (RCT) (kajian di mana peserta dibahagikan secara rawak kepada satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan) dan kajian bukan rawak (bukan RCT) yang menilai kesan intervensi air, sanitasi, dan kebersihan dalam mencegah jangkitan helminth yang tersebar melalui tanah. Jangkitan helminth yang tersebar melalui tanah (STHs) terdiri daripada sekumpulan parasit usus yang tersebar kepada manusia melalui...
2 years 10 months ago
Pyronaridine-artesunate untuk merawat malaria Plasmodium falciparum yang tidak rumit Apakah tujuan utama ulasan ini? Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada ubat antimalaria pyronaridine-artesunate berkesan dan selamat dalam merawat kes tidak rumit bagi jenis malaria yang penting ( Plasmodium falciparum). Kami mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini, dan menemui 10 kajian. Mesej utama Pyronaridine-artesunate berkesan dalam merawat malaria P falciparum yang tidak rumit. Pyronaridine-artesunate secara umumnya selamat, tetapi...
2 years 10 months ago
Kombinasi ubat yang mana adalah terbaik untuk pencegahan dan rawatan anemia dalam penghidap kanser? Mesej utama • Memberikan ubat yang merangsang sumsum tulang untuk menghasilkan sel darah merah (ESA) dengan suplemen zat besi mungkin mengurangkan bilangan pemindahan darah, tetapi juga menyebabkan lebih banyak kematian dan meningkatkan bilangan kesan yang tidak diingini, seperti pembekuan darah. • Disebabkan kehilangan data daripada kajian kami tidak dapat membandingkan pilihan rawatan yang berbeza antara satu sama lain dan menentukan kedudukannya. • Kami memerlukan lebih banyak kajian yang...
2 years 10 months ago
Adakah antibodi monoklonal buatan makmal yang khusus COVID-19 berkesan dalam pencegahan COVID-19 dalam kalangan pesakit dewasa? Mesej utama Profilaksis pra-pendedahan COVID-19: – tixagevimab/cilgavimab mungkin mengurangkan bilangan orang yang dijangkiti COVID-19 dan perkembangan gejala COVID-19, dan boleh mengurangkan bilangan orang yang dimasukkan ke hospital; – casirivimab/imdevimab boleh mengurangkan bilangan orang yang dijangkiti COVID-19 dan perkembangan gejala COVID-19, dan boleh meningkatkan sedikit bilangan kesan yang tidak diingini (sebarang keterukan). Profilaksis selepas...
2 years 10 months ago
Mengapakah penambahbaikan diagnosis demensia penting? Demensia merujuk kepada sekumpulan keadaan otak yang membawa kepada masalah progresif dengan ingatan, menyelesaikan masalah, atau berfungsi dalam kehidupan seharian. Doktor menggunakan pelbagai ujian untuk mendiagnosis penyakit demensia. Orang ramai sering melaporkan bahawa ia boleh mengambil masa yang lama untuk mendapatkan diagnosis demensia dari pada mula ia dikemukakan kepada penyedia penjagaan kesihatan dengan gejala yang menunjukkan demensia. Kemerosotan kognitif adalah istilah yang lebih luas yang merangkumi orang yang otaknya...
2 years 10 months ago
Apakah faedah dan risiko rituximab (ubat yang mengurangkan keradangan) untuk rawatan oftalmopati berkaitan dengan tiroid (penyakit yang menjejaskan tisu sekeliling mata) Mesej utama - Kami tidak menemui bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa orang dengan oftalmopati tiroid tahap sederhana hingga teruk yang mendapat rawatan dengan rituximab mempunyai hasil berbeza dari segi tanda dan gejala penyakit berbanding rawatan dengan steroid atau plasebo (rawatan dummy). - Rituximab boleh menyebabkan lebih banyak kesan buruk (tidak diingini) berbanding steroid atau plasebo, tetapi kami tidak...
2 years 10 months ago
Kaedah untuk penggalak tidur pada kanak-kanak dan orang muda di hospital tanpa menggunakan ubat-ubatan (bukan ubatan) Mesej utama Pengulas tidak pasti keberkesanan kaedah penggalak tidur bukan ubatan untuk kanak-kanak dan orang muda di hospital. Kajian yang menggunakan kaedah penyelidikan yang mapan dan boleh dipercayai diperlukan untuk menyiasat penggalak tidur bukan ubatan dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda yang dimasukkan ke hospital, untuk mengenal pasti kaedah yang berkesan. Mengapa tidur penting untuk kanak-kanak di hospital? Tidur adalah bahagian penting dalam perkembangan...
2 years 10 months ago
Adakah perencat Janus kinase sistemik merupakan rawatan yang berkesan untuk penghidap COVID-19? Mesej utama Kami menemui bukti kepastian sederhana hingga tinggi daripada 6 kajian untuk menyimpulkan bahawa perencat Janus kinase (JAK) sistemik adalah rawatan yang berkesan untuk penyakit coronavirus 2019 (COVID-19) pada orang yang dimasukkan ke hospital, kerana ia mengurangkan kematian dan kemerosotan status klinikal. Penilaian perencat JAK sistemik sedang dijalankan dalam 13 kajian sementara keputusan 9 kajian lanjutan sedang menunggu penerbitan. Kami akan mengemas kini ulasan ini dan mungkin...
2 years 10 months ago
Teknologi digital untuk membantu penghidap asma mengambil ubat mereka seperti yang ditetapkan Latar belakang soalan Asma adalah salah satu keadaan jangka panjang yang paling biasa di seluruh dunia. Terdapat ubat yang berkesan untuk merawat gejala, seperti penyedut yang mengandungi steroid. Walau bagaimanapun, untuk kesan terbaik, ubat penyelenggaraan perlu diambil seperti yang ditetapkan. Ramai orang tidak mengambil ubat mereka, kerana jadual yang sibuk dan kepercayaan bahawa ubat hanya diperlukan untuk jangka pendek. Ini dikenali sebagai 'tidak mematuhi', yang boleh menyebabkan lebih banyak...
2 years 10 months ago
Perencat rho kinase untuk glaukoma sudut terbuka primer dan hipertensi okular Soalan Apakah manfaat dan risiko ubat titis mata perencat rho kinase dalam merawat penghidap glaukoma atau tekanan mata yang tinggi? Mesej utama Ubat titis mata anti glaukoma seperti latanoprost dan timolol mungkin mengurangkan tekanan mata dengan lebih banyak berbanding rawatan dengan perencat rho kinase, tetapi perbezaan dengan timolol adalah kecil. Apabila perencat rho kinase digabungkan dengan jenis ubatan lain, tekanan mata mungkin dikurangkan dengan lebih banyak. Mereka yang dirawat dengan perencat rho kinase...
Checked
45 minutes 2 seconds ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed