Latest Malay Review translations

Ubat pengawalan opioid untuk rawatan kebergantungan pada ubat sakit opioid

2 years 7 months ago
Ubat pengawalan opioid untuk rawatan kebergantungan pada ubat sakit opioid Mesej utama 1. Methadone mungkin boleh mengekalkan lebih ramai orang dalam rawatan daripada buprenorphine. 2. Orang melaporkan pengurangan penggunaan opioid dengan methadone daripada buprenorphine, walaupun tiada perbezaan antara kumpulan semasa pengujian air kencing untuk penggunaan opioid. 3. Pengawalan dengan buprenorphine, berbanding dengan rawatan bukan opioid, mungkin mengekalkan lebih ramai orang dalam rawatan dan mungkin lebih baik dalam membantu orang mengurangkan penggunaan opioid. Apa itu kebergantungan...

Intervensi untuk rawatan bagi gangguan bau berterusan (disfungsi olfaktori) selepas jangkitan COVID-19

2 years 7 months ago
Intervensi untuk rawatan bagi gangguan bau berterusan (disfungsi olfaktori) selepas jangkitan COVID-19 Mengapa ini penting Deria bau adalah kritikal untuk seseorang menikmati bau dan rasa, dan penting untuk keselamatan. Semasa pandemik COVID-19 terdapat peningkatan fokus pada perubahan deria bau sebagai salah satu gejala awal berkaitan dengan jangkitan. Ini boleh jadi pengurangan, perubahan atau kehilangan sepenuhnya deria bau. Bagi kebanyakan orang hal ini bersifat sementara, namun bagi sebilangan orang hal ini berlangsung selama beberapa minggu atau bulan. Sekiranya seseorang kehilangan...

Intervensi untuk pencegahan gangguan deria bau yang berterusan (disfungsi olfaktri) selepas jangkitan COVID-19

2 years 7 months ago
Intervensi untuk pencegahan gangguan deria bau yang berterusan (disfungsi olfaktri) selepas jangkitan COVID-19 Mengapakah ini penting COVID-19 didapati boleh mengakibatkan masalah dengan deria bau. Ada kalanya ia melibatkan pengurangan keupayaan untuk menghidu sesuatu, dan kadang-kadang ia ialah kehilangan deria bau sepenuhnya. Bagi kebanyakan orang gejala ini pulih dalam tempoh yang singkat, namun untuk sebilangan yang lain ia boleh berterusan sehingga beberapa minggu atau bulan. Ulasan ini mempertimbangkan sama ada terdapat rawatan yang mungkin diambil oleh orang sebaik sahaja mereka...

Sejauh mana ketepatan imbasan ultrasound dengan kontras yang dipertingkatkan untuk mengesan karsinoma hepatoselular?

2 years 7 months ago
Sejauh mana ketepatan imbasan ultrasound dengan kontras yang dipertingkatkan untuk mengesan karsinoma hepatoselular? Mesej utama Dalam kalangan orang dewasa dengan penyakit hati kronik, ultrasound dengan kontras yang dipertingkatkan (CEUS) boleh menyebabkan diagnosis karsinoma hepatoselular terlepas dalam kira-kira 22.2% orang yang kemudiannya tidak akan menerima rawatan yang tepat pada masanya atau sesuai, dan akan gagal untuk mendiagnosis karsinoma hepatoselular dalam 6.2% orang yang mungkin menerima ujian lanjut atau rawatan yang tidak diperlukan. Dalam subset orang yang boleh membuang...

IntervensI konservatif untuk merawat inkontinens kencing kepada wanita: Gambaran Keseluruhan ulasan sistematik Cochrane

2 years 7 months ago
IntervensI konservatif untuk merawat inkontinens kencing kepada wanita: Gambaran Keseluruhan ulasan sistematik Cochrane Apakah inkontinens kencing? Masalah pundi kencing adalah perkara biasa pada wanita. Terpaksa ke tandas dengan kerap, segera dan kadangkala tidak sampai tepat pada masanya dipanggil inkontinens kencing yang mendesak. Inkontinens kencing yang mendesak berlaku apabila, atas sebab tertentu, isyarat yang memberitahu wanita untuk mengosongkan pundi kencing mereka adalah lebih kuat dan berlaku lebih kerap daripada yang diperlukan. Bocor apabila bersin atau bersenam dipanggil...

Adakah penstabil faktor teraruh hipoksia berkesan untuk pengurusan anemia dalam kalangan orang dengan penyakit buah pinggang kronik?

2 years 7 months ago
Adakah penstabil faktor teraruh hipoksia berkesan untuk pengurusan anemia dalam kalangan orang dengan penyakit buah pinggang kronik? Apakah isunya? Anemia (pengurangan paras sel darah merah dalam edaran) adalah lazim dalam kalangan orang dengan penyakit buah pinggang kronik (CKD). Anemia dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, jangkitan dan kematian. Penstabil faktor teraruh hipoksia (HIF) kini tersedia untuk pengurusan anemia dan boleh diambil melalui mulut, oleh itu mengelakkan suntikan. Apa yang kami lakukan? Kami menilai sama ada penstabil HIF bermanfaat untuk kanak-kanak dan orang...

Rawatan untuk melawan jangkitan kulat yang menyebabkan alahan aspergillosis bronkopulmonari pada orang dengan fibrosis sistik

2 years 7 months ago
Rawatan untuk melawan jangkitan kulat yang menyebabkan alahan aspergillosis bronkopulmonari pada orang dengan fibrosis sistik Soalan ulasan Kami merancang untuk mengulas bukti tentang kesan rawatan untuk melawan jangkitan kulat yang menyebabkan alahan aspergillosis bronkopulmonari (ABPA) pada orang dengan fibrosis sistik. Latar belakang ABPA ialah tindak balas alahan paru-paru kepada sejenis kulat (biasanya Aspergillus fumigatus) pada sesetengah orang dengan fibrosis sistik. Ia menyebabkan batuk dan semput, dan kadangkala demam. Sekiranya tidak dirawat, ABPA boleh menyebabkan kerosakan...

Pemindahan membran amniotik untuk rawatan luka melecur okular

2 years 7 months ago
Pemindahan membran amniotik untuk rawatan luka melecur okular Bagaimana luka melecur okular merosakkan mata Kornea ialah tingkap lutsinar mata yang membantu memfokuskan cahaya untuk membentuk imej dunia luar. Untuk kornea kekal lutsinar, ia mesti mempunyai lapisan permukaan epitelium yang sihat, filem air mata yang stabil, dan ketiadaan saluran darah. Epitelium ialah lapisan selular lembap yang meliputi kornea, bahagian putih mata, dan bahagian dalam kelopak mata. Epitelium yang menutupi kornea adalah berbeza daripada epitelium konjunktiva. Ia dikekalkan dalam keadaan ini oleh populasi sel...

Hydroxyurea (juga dikenali sebagai hydroxycarbamide) untuk orang dengan penyakit sel sabit

2 years 7 months ago
Hydroxyurea (juga dikenali sebagai hydroxycarbamide) untuk orang dengan penyakit sel sabit Soalan ulasan Apakah kesan hydroxyurea terhadap hasil klinikal (perubahan dalam krisis sakit, penyakit yang mengancam nyawa, survival, tahap hemoglobin, kualiti hidup dan kesan sampingan) dalam kalangan orang dengan sebarang genotip penyakit sel sabit (SCD)? Latar belakang Penyakit sel sabit SCD adalah gangguan genetik warisan yang menimbulkan masalah dengan hemoglobin (bahan dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan). Penyakit ini boleh diwarisi dengan pelbagai cara; orang boleh...

Posisi ibu semasa bersalin apabila bayi berbaring telantang

2 years 7 months ago
Posisi ibu semasa bersalin apabila bayi berbaring telantang Apakah isunya? Malposisi adalah apabila bahagian belakang kepala bayi menghadap belakang ibu. Akibatnya, proses bersalin dan kelahiran boleh menjadi lama dan sukar, kadangkala menyebabkan kelahiran pembedahan (di mana bayi dilahirkan melalui pembedahan caesarean atau dengan alat khas untuk membantu bayi melalui saluran kelahiran) dan lebih banyak trauma perineum (kerosakan pada lantai pelvis). Bayi tersebut lebih berkemungkinan untuk dihantar ke unit penjagaan neonatal. Tambahan pula, wanita mungkin mengalami stres atau kekecewaan...

D-manosa (tablet gula) untuk mencegah atau merawat jangkitan saluran kencing dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak

2 years 7 months ago
D-manosa (tablet gula) untuk mencegah atau merawat jangkitan saluran kencing dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak Apakah isunya? Jangkitan saluran kencing (UTI) sangat biasa di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya 50% wanita akan mengalami UTI sekali seumur hidup mereka. Kira-kira 15% hingga 25% orang dewasa dan kanak-kanak mengalami UTI berulang dan jangka panjang. Dalam kebanyakan orang, antibiotik piawaian adalah tidak berkesan. D-manosa ialah gula yang merupakan sebahagian daripada diet biasa dan dipercayai menghasilkan permukaan tidak melekat pada dinding pundi kencing, serta di...

Pengurangan bilangan antipsikotik untuk penghidap skizofrenia

2 years 7 months ago
Pengurangan bilangan antipsikotik untuk penghidap skizofrenia Mesej utama - Mengurangkan bilangan antipsikotik mungkin dikaitkan dengan lebih ramai peserta meninggalkan kajian lebih awal, terutamanya disebabkan oleh ketidakberkesanan. - bilangan kajian dan peserta yang rendah tidak membenarkan kami membuat kesimpulan yang kukuh. Pengenalan Skizofrenia ialah penyakit mental yang serius. Orang yang menghidap penyakit ini berjuang untuk membezakan antara pemikiran, kepercayaan dan idea mereka sendiri berbanding realiti. Sebagai contoh, mereka mungkin mendengar suara dalam kepala mereka tetapi...

Pembedahan ultra-radikal (ekstensif) berbanding pembedahan standard untuk membuang tumor dalam kalangan wanita dengan kanser ovari peringkat lanjut

2 years 7 months ago
Pembedahan ultra-radikal (ekstensif) berbanding pembedahan standard untuk membuang tumor dalam kalangan wanita dengan kanser ovari peringkat lanjut Soalan ulasan Apakah faedah dan mudarat pembedahan ultra-radikal (ekstensif) berbanding pembedahan standard dalam rawatan kanser ovari? Latar belakang Ovari adalah kelenjar kecil yang terdapat pada kedua-dua belah rahim yang menghasilkan dan menyimpan telur, serta menghasilkan hormon yang mengawal kitaran haid (period). Kanser ovari adalah punca utama kematian dalam kalangan wanita dengan kanser sistem pembiakan. Terdapat pendapat berbeza tentang...

Memperbaik pelaksanaan polisi dan amalan berasaskan sekolah untuk memperbaik kesihatan murid

2 years 8 months ago
Memperbaik pelaksanaan polisi dan amalan berasaskan sekolah untuk memperbaik kesihatan murid Mesej utama • Sekolah dan kakitangan mereka melaksanakan intervensi untuk menangani pemakanan sihat pelajar, aktiviti fizikal, obesiti, dan penggunaan tembakau atau alkohol dengan lebih baik apabila strategi-strategi diguna untuk menyokong mereka berbuat demikian. • Intervensi berasaskan sekolah yang pelaksanaannya disokong mungkin sedikit lebih berkesan dalam memperbaik pemakanan sihat pelajar, aktiviti fizikal, obesiti atau penggunaan tembakau. • Kebanyakan kajian tidak melaporkan penilaian ekonomi...

Bolehkah ubat dementia (memantine) membantu penghidap gangguan spektrum autisme?

2 years 8 months ago
Bolehkah ubat dementia (memantine) membantu penghidap gangguan spektrum autisme? Latar belakang Gangguan spektrum autisme (autisme) adalah keadaan perubatan yang bermula pada zaman kanak-kanak. Gejala-gejala teras termasuk kesukaran berterusan dengan komunikasi sosial (contohnya, kesukaran dengan perbualan bolak-balik, komunikasi tanpa kata-kata, dan dalam membina dan mengekalkan perhubungan), dan minat dan tingkah laku yang berulang dan terhad (contohnya, ragam berulang, minat dan tingkah laku terhad, tentangan perubahan dan sensitiviti deria). Kira-kira 1% hingga 2% kanak-kanak menghidap...

Intervensi untuk mengelak dan mengurangkan penggunaan kekangan fizikal di kalangan orang-orang tua di hospital

2 years 8 months ago
Intervensi untuk mengelak dan mengurangkan penggunaan kekangan fizikal di kalangan orang-orang tua di hospital Apakah yang dikaji dalam ulasan ini? Kekangan fizikal ialah alat yang mengurangkan kebebasan seseorang untuk bergerak. Ini boleh merupakan pengadang katil, tali pinggang di kerusi atau katil, dan meja tetap, yang menghalang seseorang bangun dari katil atau kerusi, atau sarung tangan yang menghalang seseorang daripada bebas menggunakan tangan. Di sesetengah negara, kekangan fizikal digunakan dengan agak biasa untuk orang tua di wad-wad hospital umum. Sebab utama untuk ini adalah...

Bolehkah probiotik (mikroorganisma hidup) mencegah jangkitan saluran pernafasan atas seperti selesema biasa?

2 years 8 months ago
Bolehkah probiotik (mikroorganisma hidup) mencegah jangkitan saluran pernafasan atas seperti selesema biasa? Mesej utama Probiotik mungkin bermanfaat dalam pencegahan sekurang-kurangnya satu kejadian jangkitan saluran pernafasan atas akut (URTI), dan berkemungkinan bermanfaat dalam pencegahan sekurang-kurangnya tiga kejadian URTI. Lebih banyak kajian yang dijalankan ke atas warga emas diperlukan. Kajian lebih besar yang direka bentuk dengan baik diperlukan untuk memberikan anggaran yang lebih baik tentang faedah dan potensi bahaya penggunaan probiotik. Apakah jangkitan saluran pernafasan...

Muzik untuk insomnia pada orang dewasa

2 years 8 months ago
Muzik untuk insomnia pada orang dewasa Soalan ulasan Ulasan ini menilai kesan mendengar muzik pada insomnia (kesukaran tidur) pada orang dewasa dan impak faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kesannya. Mesej utama Kami mendapati muzik memberikan kesan berfaedah pada kualiti tidur. Untuk hasil yang lain, kami tidak menemui bukti berkualiti tinggi yang cukup kerana bilangan peserta yang terlalu sedikit dan mereka yang melakukan pemarkahan data juga sedar akan rawatan. Apakah insomnia? Di seluruh dunia, jutaan orang mengalami insomnia. Seseorang boleh mengalami kesukaran untuk tidur, tetap...

Impak kumulatif ubat-ubatan dengan kesan antikolinergik terhadap hasil klinikal buruk masa depan dalam kalangan orang dengan demensia

2 years 8 months ago
Impak kumulatif ubat-ubatan dengan kesan antikolinergik terhadap hasil klinikal buruk masa depan dalam kalangan orang dengan demensia Mesej utama Ubat antikolinergik boleh meningkatkan risiko kematian dalam kalangan dewasa yang lebih tua yang ada demensia. Walau bagaimanapun, bukti adalah berkepastian rendah, dan kami tidak boleh nyatakan dengan pasti jika ubat antikolinergik menyebabkan kematian, atau jika ianya lebih cenderung diguna oleh orang yang berisiko tinggi untuk mati akibat masalah kesihatan yang berterusan. Kami tidak dapat membuat kesimpulan kukuh untuk risiko akibat ubat...

Histerektomi dengan pengurusan perubatan untuk kanser serviks yang telah merebak ke tisu-tisu yang berdekatan sahaja

2 years 8 months ago
Histerektomi dengan pengurusan perubatan untuk kanser serviks yang telah merebak ke tisu-tisu yang berdekatan sahaja Isunya Kanser pangkal rahim (kanser serviks) adalah kanser yang paling biasa di kalangan wanita sehingga umur 65 tahun. Sebilangan besar wanita di negara miskin didiagnosis dengan kanser serviks lanjut setempat (yang telah merebak ke tisu-tisu yang berdekatan, tetapi tiada penyerebakkan jauh yang jelas). Mereka biasanya dirawat dengan radioterapi, dengan atau tanpa kemoterapi (rawatan perubatan). Histerektomi (pembedahan untuk membuang rahim dan serviks) dengan rawatan...
Checked
19 minutes 28 seconds ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed