Latest Malay Review translations

Apakah manfaat dan risiko rawatan neoadjuvant (rawatan ubat sebelum pembedahan untuk membuang tumor) untuk melanoma, sejenis kanser kulit?

2 years 3 months ago
Apakah manfaat dan risiko rawatan neoadjuvant (rawatan ubat sebelum pembedahan untuk membuang tumor) untuk melanoma, sejenis kanser kulit? Apakah yang kami ingin mengetahui? Melanoma kulit adalah jenis kanser kulit yang sangat agresif. Ia biasanya membawa maut jika dikesan pada peringkat lanjut. Rawatan awal mungkin membolehkan pembedahan pembuangan ketumbuhan dan meningkatkan peluang untuk kelangsungan hidup jangka panjang. Rawatan neoadjuvant merupakan rawatan ubat yang diberikan sebelum pembedahan untuk mengurangkan saiz ketumbuhan supaya lebih mudah dikeluarkan untuk mengurangkan...

Rawatan yang berbeza untuk esotropia (mata beralih ke dalam) yang terjadi dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan

2 years 3 months ago
Rawatan yang berbeza untuk esotropia (mata beralih ke dalam) yang terjadi dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan Apakah tujuan ulasan ini? Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada sebarang rawatan (contohnya pembedahan atau tanpa pembedahan) lebih baik daripada yang lain untuk merawat esotropia (mata beralih ke dalam) yang terjadi terhadap kanak-kanak dalam enam bulan pertama kehidupan. Keadaan ini dipanggil sebagai esotropia infantil. Kami mencari semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini, dan menemui dua. Apa yang dikaji dalam ulasan ini? Esotropia infantil...

Adakah tempoh singkat menghalang aliran darah secara buatan ke anggota badan pada orang yang menjalani pembedahan vaskular mengurangkan kematian dan kecederaan organ?

2 years 3 months ago
Adakah tempoh singkat menghalang aliran darah secara buatan ke anggota badan pada orang yang menjalani pembedahan vaskular mengurangkan kematian dan kecederaan organ? Mesej utama • Kami mendapati bahawa melakukan halangan aliran darah anggota badan dalam tempoh singkat dengan mengembungkan cuff tekanan darah sebelum pembedahan (pralatihan iskemik jauh, RIPC) mungkin tidak mengurangkan kematian, kecederaan organ, tempoh tinggal di hospital, atau tempoh pembedahan pada orang yang menjalani pembedahan vaskular (cth kaedah rawatan untuk membaiki penyempitan atau pembengkakan arteri). • Kajian...

Adakah mengurangkan pengambilan garam membantu mencegah dan merawat penyakit buah pinggang kronik pada penghidap diabetes?

2 years 3 months ago
Adakah mengurangkan pengambilan garam membantu mencegah dan merawat penyakit buah pinggang kronik pada penghidap diabetes? Apakah isunya? Terdapat bukti kukuh bahawa kita semua makan terlalu banyak garam, yang meningkatkan risiko tekanan darah tinggi (BP). Ini amat penting bagi penghidap diabetes kerana diabetes meningkatkan risiko strok, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang, dan juga mempunyai BP yang tinggi akan meningkatkan lagi risiko ini. Mengurangkan pengambilan garam boleh membantu dengan mengurangkan BP dan seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung dan memburukkan...

Ubat yang meningkatkan kandungan hemoglobin janin dan mengurangkan keperluan untuk transfusi darah dalam kalangan pesakit talasemia yang tidak bergantung kepada transfusi

2 years 3 months ago
Ubat yang meningkatkan kandungan hemoglobin janin dan mengurangkan keperluan untuk transfusi darah dalam kalangan pesakit talasemia yang tidak bergantung kepada transfusi Persoalan ulasan Adakah ubat-ubatan yang meningkatkan paras hemoglobin janin (HbF) dalam kalangan pesakit β-talasemia yang tidak bergantung pada transfusi (NTDβT) mampu mengurangkan keperluan mereka untuk transfusi darah? Apakah itu talasemia? Talasemia ialah gangguan darah genetik (warisan) yang menyebabkan kecacatan pada hemoglobin dewasa (iaitu komponen yang berfungsi membawa oksigen dalam sel darah merah) dan hal ini...

Baclofen untuk gangguan penggunaan alkohol

2 years 3 months ago
Baclofen untuk gangguan penggunaan alkohol Mesej utama dari ulasan Kami mengulas bukti tentang keberkesanan dan keselamatan baclofen untuk merawat orang dengan gangguan penggunaan alkohol (AUD), untuk mencapai dan mengekalkan abstinens (berhenti minum), atau untuk mengurangkan pengambilan alkohol. Bukti semasa mencadangkan ia dapat membantu orang dengan AUD untuk mengekalkan abstinens, terutama dalam kalangan orang yang telah menyahtoksik. Keputusan perbandingan dengan ubat-ubatan lain berdasarkan hanya satu kajian dan tidak membolehkan kami membuat kesimpulan. Topik ulasan dan matlamat AUD...

Telerehabilitasi untuk orang yang kurang penglihatan

2 years 3 months ago
Telerehabilitasi untuk orang yang kurang penglihatan Apakah matlamat ulasan ini? Matlamat ulasan ini adalah untuk menilai faedah menyediakan perkhidmatan pemulihan penglihatan dari jauh (melalui telerehabilitasi) untuk orang yang kurang penglihatan. Dalam telerehabilitasi penyedia pemulihan penglihatan menggunakan pendekatan berasaskan internet dan bukannya penjagaan biasa di pejabat untuk melatih orang yang mempunyai penglihatan rendah untuk memperbaiki penggunaan fungsi visual yang masih ada. Minat utama kami ialah perubahan dalam kualiti hidup berkaitan penglihatan yang dicapai oleh...

Adakah vitamin D berkesan dan selamat sebagai rawatan tambahan kepada antibiotik untuk merawat kanak-kanak dengan radang paru-paru akut?

2 years 3 months ago
Adakah vitamin D berkesan dan selamat sebagai rawatan tambahan kepada antibiotik untuk merawat kanak-kanak dengan radang paru-paru akut? Apakah radang paru-paru, dan bagaimana ia boleh dirawat? Pneumonia adalah keradangan (bengkak) pada paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan. Rawatan bagi radang paru-paru termasuklah antibiotik, pemberian oksigen melalui topeng, dan terapi sokongan lain. Vitamin D meningkatkan daya tahan imun badan dan mengurangkan keradangan yang berlebihan: kesan ini boleh membantu kanak-kanak pulih daripada episod radang paru-paru. Apakah yang ingin kami ketahui? Kami...

Penggunaan intervensi psikologi pada wanita yang didiagnosis dan di bawah rawatan untuk kanser payu dara bukan metastatik

2 years 3 months ago
Penggunaan intervensi psikologi pada wanita yang didiagnosis dan di bawah rawatan untuk kanser payu dara bukan metastatik Soalan ulasan Kami mengulas bukti untuk kesan intervensi psikologi terhadap kesan psikologi dan kualiti hidup pada wanita yang menghidap kanser payu dara bukan metastatik (kanser yang tidak merebak di luar payu dara). Penulis Ulasan Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini dan mendapati 60 kajian. Latar belakang Kanser payudara adalah kanser yang paling banyak menjejaskan wanita di seluruh dunia. Sebagai diagnosis yang...

Ubat-ubatan diabetes untuk mencegah penyakit strok dan saluran darah lain pada orang yang mengalami serangan strok sebelumnya atau serangan iskemia

2 years 3 months ago
Ubat-ubatan diabetes untuk mencegah penyakit strok dan saluran darah lain pada orang yang mengalami serangan strok sebelumnya atau serangan iskemia Soalan Kami ingin menilai keberkesanan dan keselamatan ubat diabetes baru (agonis gamma reseptor yang diaktifkan oleh peroxisome proliferator (PPAR-γ)) dalam pencegahan penyakit strok dan saluran darah yang berkaitan dengan orang yang telah mengalami strok atau serangan iskemia sementara. Latar belakang Agonis gamma reseptor yang diaktifkan oleh peroxisome proliferator adalah ubat-ubatan yang meningkatkan cara insulin kerja dalam tubuh manusia....

Glucocorticoids untuk croup dalam kalangan kanak-kanak

2 years 3 months ago
Glucocorticoids untuk croup dalam kalangan kanak-kanak Soalan ulasan Apakah keberkesanan dan keselamatan glukokortikoid semasa merawat kanak-kanak yang mengalami croup? Latar belakang Virus pernafasan adalah punca utama croup pada kanak-kanak. Croup membawa kepada pembengkakan tekak dan saluran pernafasan, yang boleh menyukarkan pernafasan. Kanak-kanak juga mengalami sejenis batuk khas yang dipanggil batuk menyalak. Glukokortikoid adalah jenis steroid yang membantu mengurangkan bengkak, dengan itu memudahkan kanak-kanak dengan croup bernafas. Ini ialah kemas kini ulasan yang pertama kali...

Terapi berasaskan air untuk ketidakcukupan vena kronik

2 years 3 months ago
Terapi berasaskan air untuk ketidakcukupan vena kronik Mesej utama • Berbanding tanpa rawatan, balneoterapi (terapi berasaskan air) mungkin sedikit menambahbaik keterukan penyakit, dan boleh menambahbaik kesakitan dan perubahan warna kulit, pada orang yang mengalami ketidakcukupan vena kronik (apabila darah tidak dapat mengalir kembali ke jantung dengan betul dan berkumpul di dalam kaki). • Balneoterapi berbanding tanpa rawatan boleh meningkatkan kualiti hidup, tetapi kami sangat tidak pasti tentang hasilnya. Kami mendapati sedikit atau tiada bukti tentang perbezaan kesan sampingan, ulser...

Iridotomi untuk memperlambatkan perkembangan kehilangan medan visual pada glaukoma sudut tertutup

2 years 3 months ago
Iridotomi untuk memperlambatkan perkembangan kehilangan medan visual pada glaukoma sudut tertutup Apakah yang kami kaji dalam ulasan ini? Glaukoma adalah sekumpulan penyakit mata yang menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan terhadap saraf optik mata. Jika tidak dirawat, glaukoma boleh menyebabkan kebutaan. Glaukoma sudut tertutup primer ialah sejenis glaukoma yang berlaku apabila saluran saliran ("sudut") di mata tersumbat, seperti singki dengan sesuatu yang menutupi longkang. Sekatan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan mata, mengakibatkan pengurangan jumlah kawasan di mana...

Adakah senaman untuk menguatkan otot pernafasan berkesan untuk orang yang mempunyai penyakit paru-paru obstruktif kronik?

2 years 3 months ago
Adakah senaman untuk menguatkan otot pernafasan berkesan untuk orang yang mempunyai penyakit paru-paru obstruktif kronik? Mesej utama • Senaman yang digabungkan dengan senaman khusus untuk menguatkan otot pernafasan mungkin tidak menambahbaik kesesakan nafas, kecergasan fizikal dan kualiti hidup. Kekuatan otot pernafasan dan daya tahan meningkat tetapi tidak mencukupi untuk memberi impak kepada pesakit. • Senaman khusus untuk menguatkan otot pernafasan berbanding tanpa senaman boleh menambahbaik kesesakan nafas, kecergasan fizikal dan kualiti hidup. Kekuatan otot pernafasan dan daya tahan...

Senaman fizikal untuk penghidap penyakit Parkinson: apakah jenis senaman yang paling berkesan?

2 years 3 months ago
Senaman fizikal untuk penghidap penyakit Parkinson: apakah jenis senaman yang paling berkesan? Latar belakang Penyakit Parkinson (PD) adalah gangguan progresif sistem saraf yang kebanyakannya berlaku kepada orang yang berusia 60 tahun ke atas. Gejala bermula secara beransur-ansur dan simptomnya termasuklah masalah pergerakan, seperti menggeletar, kekakuan, pergerakan dan keseimbangan yang perlahan, dan masalah koordinasi. Orang yang mempunyai PD juga boleh mengalami masalah emosi dan mood, keletihan, masalah tidur dan kesukaran berfikir. Keadaan ini tidak dapat disembuhkan, tetapi...

Apakah faedah dan risiko kepingan gel silikon dalam rawatan parut keloid?

2 years 3 months ago
Apakah faedah dan risiko kepingan gel silikon dalam rawatan parut keloid? Mesej utama Kami tidak pasti sama ada kepingan gel silikon menambahbaik rupa parut lebih daripada: - tanpa rawatan; - rawatan dengan pembalut seakan kepingan gel silikon yang tidak mengandungi silikon; - suntikan triamcinolone acetonide (sejenis ubatan) terus ke dalam lesi atau di bawah kulit. Kami tidak pasti tentang kesan kepingan gel silikon terhadap rasa sakit berbanding dengan tanpa rawatan. Kami tidak tahu sama ada kepingan gel silikon mempunyai kesan terhadap rasa sakit berbanding dengan kepingan gel bukan...

Intervensi bukan ubatan untuk masalah tidur terhadap pengidap demensia

2 years 3 months ago
Intervensi bukan ubatan untuk masalah tidur terhadap pengidap demensia Apakah masalah-masalah tidur dalam individu yang mempunyai demensia? Individu yang mempunyai demensia sering mempunyai masalah tidur seperti peningkatan dalam tempoh dan bilangan terjaga daripada tidur serta peningkatan bilangan tidur ringan. Hal ini menyebabkan pelbagai masalah terhadap individu yang terjejas dan saudara-mara mereka, juga berkemungkinan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penjaga dan kemasukan individu yang mempunyai demensia ke rumah jagaan atau jagaan di rumah untuk jangka panjang. Bolehkah...

Diet rendah protein untuk orang dewasa yang mengalami penyakit buah pinggan diabetik

2 years 3 months ago
Diet rendah protein untuk orang dewasa yang mengalami penyakit buah pinggan diabetik Apakah isunya? Bagi orang yang mengalami penyakit buah pinggang diabetik (DKD) tidak memerlukan dialisis dan mungkin disarankan untuk menghadkan jumlah protien dalam diet untuk memperlahankan perkembangan penyakit buah pinggang kronik. Namun, ketidakpastian kekal tentang berapa banyak protein yang perlu diambil. Apakah yang telah kami lakukan? Kami mengkaji bukti tentang kesan diet rendah protein terhadap berkembangan penyakit buah pinggang dalam pesakit orang dewasa dengan DKD, bukan pada dialisis. Bukti...

Apakah faedah dan risiko paracetamol (acetaminophen) untuk duktus arteriosus paten (PDA, saluran darah yang diperlukan untuk kelangsungan hidup janin) pada bayi pramatang dan berat lahir rendah?

2 years 4 months ago
Apakah faedah dan risiko paracetamol (acetaminophen) untuk duktus arteriosus paten (PDA, saluran darah yang diperlukan untuk kelangsungan hidup janin) pada bayi pramatang dan berat lahir rendah? Latar belakang Satu komplikasi yang biasa untuk bayi pramatang atau sangat kecil adalah duktus arteriosus paten (PDA). Peredaran darah ke paru-paru (yang sebelum ini) tidak berfungsi adalah tidak diperlukan sebelum kelahiran. Ini kerana plasenta menghantar oksigen ke bekalan darah janin. PDA adalah saluran darah janin sementara yang menghubungkan arteri pulmonari (saluran yang, selepas kelahiran,...

Apakah manfaat NSAID untuk merawat pengumpulan cecair di dalam pusat retina (makula) selepas pembedahan katarak?

2 years 4 months ago
Apakah manfaat NSAID untuk merawat pengumpulan cecair di dalam pusat retina (makula) selepas pembedahan katarak? Mesej utama • Kami mengemas kini bukti tentang kesan ubat anti-radang bukan steroid (NSAID, seperti ibuprofen) dalam kalangan individu yang mengalami pengumpulan cecair yang akut atau kronik di dalam pusat retina (makula) selepas pembedahan katarak. • Terdapat hanya bukti yang sangat tidak pasti bahawa NSAID mampu meningkatkan penglihatan atau mengurangkan pengumpulan cecair di dalam makula. • Kebanyakan penyelidikan diperlukan untuk menyediakan bukti yang berkualiti. Apakah itu...
Checked
9 hours 23 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed