Latest Malay Review translations

Subscribe to Latest Malay Review translations feed
Search on cochrane.org for:
Updated: 5 hours 41 min ago

Adakah kortikosteroid (ubat anti-radang) yang diberikan secara oral atau melalui suntikan merupakan rawatan yang berkesan untuk pesakit COVID-19?

Wed, 09/01/2021 - 10:01
Adakah kortikosteroid (ubat anti-radang) yang diberikan secara oral atau melalui suntikan merupakan rawatan yang berkesan untuk pesakit COVID-19? Mesej utama • Kortikosteroid (ubat anti-radang) yang diberikan secara oral atau melalui suntikan (sistemik) mungkin merupakan rawatan yang berkesan bagi orang yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-19. Kami tidak tahu sama ada kortikosteroid menyebabkan kesan yang tidak diingini. • Kami tidak tahu kortikosteroid sistemik yang mana paling berkesan. Kami tidak menemui bukti mengenai pesakit tanpa gejala atau dengan penyakit COVID-19 yang ringan...

Rawatan pembedahan atau radiologikal untuk varikosel pada lelaki subfertil

Wed, 09/01/2021 - 05:01
Rawatan pembedahan atau radiologikal untuk varikosel pada lelaki subfertil Latar belakang Varikosel adalah dilatasi (pembesaran) urat di sepanjang tali spermatik (tali yang menggantung testis) di dalam skrotum. Dilatasi berlaku apabila injap di dalam vena di sepanjang tali spermatik gagal dan memungkinkan aliran darah mundur, menyebabkan sandaran darah. Rawatan pembedahan melibatkan penutupan saluran darah, biasanya dengan jahitan atau klip. Rawatan radiologikal melibatkan kedua-dua embolisasi, yang mana saluran darah disekat menggunakan zarah-zarah kecil, atau skleroterapi, yang mana agen...

Rangsangan magnetik transkranial untuk rawatan epilepsi

Wed, 09/01/2021 - 05:01
Rangsangan magnetik transkranial untuk rawatan epilepsi Latar belakang Epilepsi adalah gangguan neurologi biasa yang muncul dalam pelbagai bentuk. Ramai individu dengan epilepsi mempunyai kawalan sawan yang memuaskan dengan penggunaan ubat-ubatan antiepileptik. Namun, hampir sepertiga orang dengan epilepsi menderita sawan yang kerap dan tidak terkawal walaupun menggunakan ubat, atau tidak dapat bertoleransi dengan kesan sampingan ubat-ubatan tersebut. Pembedahan adalah satu pilihan bagi beberapa orang dengan sawan yang tidak terkawal, tetapi ianya invasif dan tidak sesuai untuk semua...

Ubat-ubatan yang manakah, diambil melalui mulut atau disuntik, paling sesuai untuk merawat keadaan kulit yang disebut psoriasis plak?

Wed, 09/01/2021 - 05:01
Ubat-ubatan yang manakah, diambil melalui mulut atau disuntik, paling sesuai untuk merawat keadaan kulit yang disebut psoriasis plak? Mesej-mesej utama - Setelah enam bulan menjalani rawatan, ubat-ubatan yang disebut 'biologics' berfungsi paling baik untuk membersihkan tompok-tompok psoriasis pada kulit. - Kajian yang lebih lama diperlukan untuk menilai faedah dan potensi bahaya rawatan yang lebih lama dengan ubat-ubatan yang disuntik atau diminum untuk merawat psoriasis. - Lebih banyak kajian diperlukan yang membandingkan jenis ubat ini secara langsung antara satu sama lain. Apa itu...

Intervensi digital untuk pesakit penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD)

Wed, 09/01/2021 - 04:01
Intervensi digital untuk pesakit penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) Soalan ulasan Adakah intervensi digital membantu orang meningkatkan pengurusan kendiri bagi COPD dan kesihatan mereka? Adakah ianya membantu mengubah tingkah laku mereka mengenai menguruskan gejala mereka? Apakah itu COPD? COPD adalah keadaan kronik dan progresif yang mempengaruhi saluran udara dan paru-paru. Biasanya, COPD berpunca dari pendedahan yang berpanjangan kepada bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam asap tembakau, yang menyebabkan keradangan saluran udara, dan juga pengembangan ruang udara paru-paru...

Intervensi untuk meningkatkan pendaftaran penderma organ pejal

Wed, 09/01/2021 - 04:01
Intervensi untuk meningkatkan pendaftaran penderma organ pejal Apakah isunya? Terdapat keperluan global untuk meningkatkan jumlah organ yang ada untuk transplantasi. Satu potensi strategi adalah menggalakkan lebih ramai individu untuk mendaftar sebagai penderma organ. Apa yang kami lakukan? Bagi menangani perkara ini, kami mengenal pasti 46 kajian yang menguji pelbagai strategi untuk menggalakkan orang mendaftar sebagai penderma organ. Enam belas daripada kajian-kajian ini menguji pendaftaran sebenar, 27 kajian menguji niat seseorang untuk mendaftar/menderma dan tiga kajian menguji...

Latihan senaman untuk bronkiektasis

Wed, 09/01/2021 - 04:01
Latihan senaman untuk bronkiektasis Soalan ulasan Kami ingin mengetahui jika latihan senaman memperbaik toleransi senaman, kualiti hidup, atau gejala, dan jika ia mengurangkan jumlah keradangan (‘eksaserbasi’) pada masa depan, untuk pengidap bronkiektasis berbanding dengan orang yang tidak melakukan latihan senaman. Kami melihat kepada kajian-kajian melibatkan orang dengan penyakit yang stabil dan pesakit-pesakit dalam tempoh berikutan keradangan yang terbaru. Kami bertujuan untuk menyertakan bukti berkaitan dengan kanak-kanak dan orang dewasa dengan bronkiektasis. Latar belakang Orang...

Pelbagai antibiotik untuk faringitis streptokokus kumpulan A

Fri, 08/27/2021 - 04:01
Pelbagai antibiotik untuk faringitis streptokokus kumpulan A Soalan ulasan Kami ingin tahu antibiotik mana lebih berkesan merawat sakit tekak akibat bakteria (streptokokus hemolitik beta kumpulan A (GABHS)). Latar belakang Kebanyakan sakit tekak adalah disebabkan oleh virus, tetapi ramai orang membawa bakteria tekak, yang kadangkala menyebabkan jangkitan bakteria tekak. Jangkitan GABHS boleh membawa komplikasi serius termasuk demam reumatik dan penyakit buah pinggang. Antibiotik kerap dipreskrib untuk mencegah komplikasi, tetapi memberi manfaat sederhana untuk sakit tekak, walaupun dengan...

Fludrocortisone untuk rawatan hipotensi ortostatik

Thu, 08/26/2021 - 09:01
Fludrocortisone untuk rawatan hipotensi ortostatik Soalan ulasan Pada orang dengan hipotensi ortostatik, adakah fludrocortisone mencegah atau mengurangkan gejala penurunan tekanan darah yang berlaku dengan perubahan kedudukan (misalnya, dari duduk hingga berdiri) dan adakah ia mempunyai kesan yang tidak diingini? Latar belakang Hipotensi ortostatik, atau postural, adalah keadaan di mana tekanan darah turun ketika bergerak dari posisi duduk atau berbaring ke posisi berdiri. Hipotensi postural bergejala yang boleh berulang-ulang adalah tindak balas badan yang tidak normal. Hipotensi ortostatik...

Perencat PARP untuk kanser payudara serius setempat atau metastatik

Thu, 08/26/2021 - 09:01
Perencat PARP untuk kanser payudara serius setempat atau metastatik Apakah matlamat ulasan ini? Perencat PARP adalah ubat baru yang menyekat pembaikan DNA dalam sel tumor dan menyebabkan kematian sel. Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui keberkesanan dan keselamatannya dalam merawat pesakit dengan kanser payudara serius setempat atau metastatik. Para penulis ulasan Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini dan menemui lima kajian untuk menangani topik ini. Tujuan utama kami adalah untuk melihat sama ada perencat PARP memanjangkan...

Keselamatan dan keberkesanan teknik untuk membantu batuk dalam kalangan orang dengan gangguan neuromuskular kronik

Thu, 08/26/2021 - 09:01
Keselamatan dan keberkesanan teknik untuk membantu batuk dalam kalangan orang dengan gangguan neuromuskular kronik Soalan ulasan Kami mengulas bukti keberkesanan dan keselamatan teknik yang diguna untuk membantu batuk dalam kalangan orang dengan gangguan neuromuskular kronik (teknik augmentasi batuk). Latar belakang Orang dengan gangguan neuromuskular (keadaan yang berkait dengan saraf yang mempengaruhi otot) mungkin mengalami kesukaran batuk dan membersihkan mukus dari saluran udara, membuat mereka berisiko tersedak, jangkitan dada berulang, dan penyakit paru-paru yang berterusan. Teknik...

Intervensi psikososial dalam kalangan dewasa yang memudaratkan diri sendiri

Thu, 08/26/2021 - 07:01
Intervensi psikososial dalam kalangan dewasa yang memudaratkan diri sendiri Kami mengulas literatur intervensi tentang kajian rawatan intervensi psikososial di lapangan. Sejumlah 76 kajian yang memenuhi kriteria kemasukan telah dikenal pasti. Mungkin ada kesan bermanfaat terapi psikologi berdasarkan pendekatan terapi tingkah laku kognitif (CBT) pada titik waktu tempoh susulan yang lebih lama, dan untuk terapi berdasarkan mentalisasi (MBT), dan psikoterapi peraturan emosi pada penilaian selepas intervensi. Mungkin juga ada beberapa bukti keberkesanan terapi tingkah laku dialektik standard...

Pemindahan sel induk pembentuk darah untuk orang dengan β-talasemia yang bersandar kepada transfusi

Thu, 08/26/2021 - 07:01
Pemindahan sel induk pembentuk darah untuk orang dengan β-talasemia yang bersandar kepada transfusi Soalan ulasan Kami mengulas sama ada pelbagai jenis pemindahan sel induk selamat dan berkesan dalam kalangan orang dengan β-talasemia yang bersandar kepada transfusi. Latar belakang Talasemia adalah gangguan yang berlaku kerana mutasi pada gen α- atau β-globin yang menyebabkan kurang pengeluaran hemoglobin (protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen) dan peningkatan pemusnahan sel darah merah. Kurang pengeluaran hemoglobin dan pemusnahan sel darah merah mengakibatkan anemia dan...

Adakah rawatan progestogen efektif untuk mencegah keguguran?

Thu, 08/26/2021 - 06:01
Adakah rawatan progestogen efektif untuk mencegah keguguran? Kami ingin tahu rawatan progestogen mana yang paling efektif, selamat, dan kurang kesan sampingan untuk mencegah keguguran dalam kalangan wanita yang terancam dengan keguguran berulang, menggunakan bukti dari kajian rawak terkawal. Kami melihat bilangan wanita yang bersalin, atau keguguran. Apakah isunya? Keguguran adalah penyebab paling lazim kehilangan kehamilan awal dalam 24 minggu pertama dan salah satu komplikasi paling lazim di awal kehamilan. Dianggarkan 15% hingga 20% kehamilan akan berakhir dengan keguguran, dengan 25%...

Adakah alat berkhatan lebih selamat atau lebih pantas jika dibandingkan dengan cara khatan pembedahan yang biasa dilakukan untuk lelaki yang berumur lebih dari 10 tahun?

Thu, 08/26/2021 - 06:01
Adakah alat berkhatan lebih selamat atau lebih pantas jika dibandingkan dengan cara khatan pembedahan yang biasa dilakukan untuk lelaki yang berumur lebih dari 10 tahun? Latar belakang Berkhatan pada lelaki telah dilakukan selama berabad-abad dan merupakan salah satu prosedur pembedahan yang paling biasa pada lelaki. Doktor perubatan biasanya melakukan khatan dengan membuang kulup yang terdapat pada bahagian atas zakar dalam prosedur pembedahan. Sebilangan doktor menggunakan alat berkhatan yang direka khas untuk khatan lelaki. Alatan dan kaedah ini dipercayai dapat menjimatkan masa, dan...

Ujian saringan kognitif ringkas (Mini-Cog) untuk penilaian kemungkinan demensia

Tue, 08/24/2021 - 11:01
Ujian saringan kognitif ringkas (Mini-Cog) untuk penilaian kemungkinan demensia Dengan peningkatan usia populasi kita, semakin ramai orang tua yang mengadu berkaitan masalah ingatan dan kemungkinannya adalah demensia. Mengenal pasti orang tua yang menghidap demensia adalah penting untuk membantu merancang keperluan penjagaan mereka dan memulakan rawatan khusus demensia. Untuk mendiagnosis demensia, kakitangan penjagaan kesihatan atau penyedia perkhidmatan lain bergantung pada ujian ingatan dan bidang kognisi lain dalam kombinasi dengan penyiasatan tambahan. Ujian memori ringkas, seperti...

Penggunaan hormon pertumbuhan rekombinan untuk membantu peertumbuhan dan kesihatan dalam kanak-kanak dan dewasa muda dengan sistik fibrosis

Tue, 08/24/2021 - 05:01
Penggunaan hormon pertumbuhan rekombinan untuk membantu peertumbuhan dan kesihatan dalam kanak-kanak dan dewasa muda dengan sistik fibrosis Soalan ulasan Kami mengulas bukti mengenai kesan hormon pertumbuhan rekombinan (rhGH) atas kesihatan pesakit dengan sistik fibrosis (CF). Latar belakang CF merupakan penyakit yang diwarisi yang menyebabkan penyakit di dalam paru-paru, sitem pencernaan dan pankreas. Pesakit dengan CF adalah kerap kurang berat badan dan mengalami pertumbuhan terbantut, yang mungkin menjejaskan fungsi paru-paru. Tambahan pemakanan mungkin tidak mencukupi dan cadangan telah...

Kesan strategi-strategi diagnostik untuk tuberkulosis menggunakan ujian lipoarabinomannan air kencing aliran lateral pada orang yang hidup dengan HIV

Thu, 08/19/2021 - 22:00
Kesan strategi-strategi diagnostik untuk tuberkulosis menggunakan ujian lipoarabinomannan air kencing aliran lateral pada orang yang hidup dengan HIV Apakah matlamat ulasan ini? Tuberkulosis adalah penyebab utama kematian pada orang yang hidup dengan HIV. Penyakit ini sangat sukar didiagnosis pada orang yang hidup dengan HIV, kerana sering kali mencabar untuk menghasilkan kahak untuk tujuan diagnosis. Ujian lipoarabinomannan air kencing aliran lateral (LF-LAM) adalah ujian pantas yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membantu dalam pengesanan tuberkulosis aktif pada...

Ujian saringan tuberkulosis pulmonari aktif dalam kalangan kanak-kanak

Thu, 08/19/2021 - 10:01
Ujian saringan tuberkulosis pulmonari aktif dalam kalangan kanak-kanak Mengapa penambahbaikan saringan tuberkulosis pulmonari dalam kalangan kanak-kanak penting? Tuberkulosis adalah salah satu penyebab utama kematian di seluruh dunia. Kebanyakan kematian kanak-kanak akibat tuberkulosis tidak pernah didiagnos atau dirawat. Ujian saringan mungkin berguna untuk mengenalpasti kanak-kanak dengan tuberkulosis dan merujuk mereka untuk ujian lanjut. Selain itu, ujian saringan juga boleh diguna untuk mengenalpasti kanak-kanak tanpa tuberkulosis yang perlu dipertimbang untuk rawatan pencegahan....

Adakah vitamin D rawatan yang berkesan dan selamat untuk COVID-19?

Thu, 08/19/2021 - 10:01
Adakah vitamin D rawatan yang berkesan dan selamat untuk COVID-19? Mesej-mesej utama - Kami tidak menemui cukup bukti berkualiti untuk menilai sama ada vitamin D adalah rawatan yang berkesan atau selamat untuk orang dewasa dengan COVID-19. - Kami perlukan lebih banyak penyelidikan tentang topik ini. Kajian masa hadapan perlu memfokus kajian-kajian dengan reka bentuk baik dengan kaedah-kaedah yang mantap. - Kami mengenalpasti 21 kajian tentang topik ini yang masih berlangsung. Kami akan mengemaskini ulasan ini apabila terdapat lebih banyak bukti. Apakah kaitan antara vitamin D dan COVID-19?...

Pages