Latest Malay Review translations

Subscribe to Latest Malay Review translations feed
Search on cochrane.org for:
Updated: 5 hours 22 min ago

Ultrasound perut dan alpha-foetoprotein untuk diagnosis karsinoma hepatoselular

Tue, 09/21/2021 - 07:01
Ultrasound perut dan alpha-foetoprotein untuk diagnosis karsinoma hepatoselular Mengapa memperbaiki diagnosis karsinoma hepatoselular penting? Karsinoma hepatoselular (HCC), iaitu barah yang berasal dari hati, berada di tempat keenam dari segi kejadian barah global dan keempat dari segi kematian akibat barah pada lelaki. Kanser ini kebanyakannya berlaku pada orang dengan penyakit hati kronik tanpa mengira penyebabnya. Ultrasound (US), yang menggunakan gelombang ultrasound untuk menunjukkan kelainan pada hati, dapat mengesan kehadiran lesi hati yang disyaki sebagai HCC. Alpha-foetoprotein...

Berapa tepat Mini-Cog mengesan demensia dalam kalangan pesakit dalam dan pesakit luar di persekitaran hospital?

Mon, 09/13/2021 - 16:01
Berapa tepat Mini-Cog mengesan demensia dalam kalangan pesakit dalam dan pesakit luar di persekitaran hospital? Mengapakah mengenal demensia penting? Demensia adalah keadaan lazim yang penting, dan kebanyakan mereka dengan demensia tidak pernah didiagnos. Diagnosis memberi peluang untuk sokongan sosial, perancangan penjagaan lanjut dan dalam jenis-jenis penyakit tertentu, rawatan dengan ubat-ubatan. Walau bagaimanapun, tersilap mendiagnos demensia ketika ia tidak wujud (keputusan positif palsu) boleh menyebabkan distres individu dan keluarga mereka dan membazir sumber dalam ujian diagnostik....

Modulator reseptor estrogen terpilih (SERMS) untuk wanita dengan endometriosis yang terbukti dengan biopsi

Mon, 09/13/2021 - 15:01
Modulator reseptor estrogen terpilih (SERMS) untuk wanita dengan endometriosis yang terbukti dengan biopsi Soalan ulasan Penulis Cochrane Review mengkaji bukti keberkesanan dan keselamatan ubat-ubatan yang dikenali sebagai selektif reseptor estrogen selektif (SERM) untuk wanita dengan endometriosis yang terbukti dengan biopsi. Latar belakang Endometriosis adalah penyakit yang menyerang 1 daripada 10 wanita pada usia pembiakan. Endometriosis boleh menyebabkan sakit perut dan sakit semasa kedatangan haid serta kemandulan. Penyebaran dan aktivit penyakit ini bergantung pada hormon estrogen....

Memakai stoking untuk memberi pemampatan sebagai rawatan terhadap vena varikos

Mon, 09/13/2021 - 14:01
Memakai stoking untuk memberi pemampatan sebagai rawatan terhadap vena varikos Soalan ulasan Apakah keberkesanan stoking mampatan sebagai rawatan awal dan satu-satunya rawatan bagi vena varikos terhadap mereka yang tiada ulcer aktif (ulser kaki) ataupun yang pernah mempunyai ulser yang sudah sembuh? Latar belakang Vena varikos adalah saluran darah vena yang besar dan berpulas-pulas jelas kelihatan di bawah kulit di bahagian kaki. Ia biasanya tidak menyebabkan masalah perubatan, namun banyak orang meminta nasihat perubatan bagi keadaan ini. Gejala-gejala yang mungkin terjadi termasuklah...

Terapi surfaktan melalui krateter tipis pada bayi prematur dengan atau berisiko sindrom gangguan pernafasan

Mon, 09/13/2021 - 14:01
Terapi surfaktan melalui krateter tipis pada bayi prematur dengan atau berisiko sindrom gangguan pernafasan Soalan ulasan Adakah pemberian surfaktan melalui teknik invasif minimum yang melibatkan penempatan krateter nipis di trakea bayi yang bernafas secara spontan berkesan dan selamat? Latar belakang Sindrom gangguan pernafasan (RDS) adalah penyebab penting penyakit dan kematian pada bayi prematur. Biasannya dirawat dengan ubat yang dikenali sebagai surfaktan, surfaktan ini diberikan. melalui tiub ( dipanggil tiub endotrakeal, atau ETT) ETT diletakkan di saluran udara (trakea). Walau...

Pendekatan mana yang membantu penghidap COPD untuk terus mengambil ubat seperti yang ditetapkan?

Mon, 09/13/2021 - 12:01
Pendekatan mana yang membantu penghidap COPD untuk terus mengambil ubat seperti yang ditetapkan? Soalan ulasan Pendekatan manakah yang membantu orang untuk terus mengambil ubat yang ditetapkan, memperbaiki kualiti hidup dan mengurangkan kemasukan ke hospital bagi orang dengan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD)? Latar belakang COPD adalah keadaan paru-paru yang boleh menyebabkan masalah pernafasan jangka panjang dan merangkumi gejala seperti sesak nafas. Ubat-ubatan memang wujud bagi membantu tetapi kadang-kadang orang tidak mengambilnya seperti yang ditetapkan. Pendekatan yang...

Ventilasi tidak invasif (ventilator) digunakan pada waktu malam oleh orang dengan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD)

Mon, 09/13/2021 - 12:01
Ventilasi tidak invasif (ventilator) digunakan pada waktu malam oleh orang dengan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) Latar belakang: Ventilasi tidak invasif (NIV) adalah kaedah untuk membantu atau mengganti pernafasan spontan (atau pernafasan normal) dengan bantuan mesin yang disebut ventilator, menggunakan topeng yang dipasang di atas hidung atau kedua-dua hidung dan mulut. NIV boleh digunakan secara kronik (jangka panjang) di rumah orang tersebut sekiranya mereka mempunyai tahap karbon dioksida dalam darah mereka yang sentiasa terlalu tinggi. Kami ingin mengetahui sama ada...

Apa yang dapat dilakukan oleh individu, terutama mereka yang mengalami masalah pernafasan jangka panjang, untuk mengelakkan kesan pencemaran udara?

Mon, 09/13/2021 - 12:01
Apa yang dapat dilakukan oleh individu, terutama mereka yang mengalami masalah pernafasan jangka panjang, untuk mengelakkan kesan pencemaran udara? Soalan ulasan 1. Apa pilihan yang ada bagi orang dengan dan tanpa masalah pernafasan jangka panjang untuk mengurangkan pendedahan mereka terhadap pencemaran udara luar? 2. Adakah pilihan ini memberi kesan kepada kesihatan orang yang mengalami masalah pernafasan jangka panjang? Latar belakang soalan Pencemaran udara luar adalah masalah utama. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa lebih daripada 90% orang tinggal di tempat di mana...

Menggunakan soal selidik berstruktur (IQCODE) untuk mengesan individu-individu yang mungkin akan mendapat demensia

Mon, 09/13/2021 - 12:01
Menggunakan soal selidik berstruktur (IQCODE) untuk mengesan individu-individu yang mungkin akan mendapat demensia Latar belakang Mengenal pasti dengan tepat mereka yang mempunyai demensia adalah perkara penting yang melibatkan masyarakat umum dan profesional. Demensia sering didiagnosis lewat, dan ini mungkin menyebabkan akses kepada sokongan kesihatan dan sosial yang sesuai tepat pada waktunya menjadi terhad. Terdapat minat yang semakin meningkat terhadap ujian-ujian yang mengesan demensia pada peringkat awal, sebelum gejala-gejalanya membawa kepada masalah ataupun menjadi semakin ketara....

Temu ramah berstruktur kolateral tentang kognisi dan fungsi (IQCODE) untuk penilaian kemungkinan demensia

Mon, 09/13/2021 - 07:01
Temu ramah berstruktur kolateral tentang kognisi dan fungsi (IQCODE) untuk penilaian kemungkinan demensia Bilangan orang dengan demensia dan masalah kognitif lain semakin meningkat di seluruh dunia. Diagnosis awal demensia adalah disyorkan tetapi tiada persetujuan tentang pendekatan terbaik atau bagaimana pakar untuk menilai pesakit. Satu strategi berpotensi adalah menemu ramah rakan-rakan atau keluarga pesakit untuk menilai perubahan dalam fungsi atau kognisi. Terdapat pelbagai kaedah temu ramah kolateral dan yang paling lazim diguna ialah Soal Selidik Kemerosotan Kognitif dalam Golonngan...

Rawatan mana yang terbaik untuk gejala dalam kalangan pesakit COVID-19 di penghujung hayat?

Mon, 09/13/2021 - 06:01
Rawatan mana yang terbaik untuk gejala dalam kalangan pesakit COVID-19 di penghujung hayat? Beban gejala di penghujung hayat pesakit COVID-19 dan rawatan yang bermanfaat Pesakit COVID-19 mungkin menunjukkan gejala seperti sesak nafas atau kecelaruan di penghujung hayat. Tujuan perubatan paliatif adalah untuk melegakan gejala tersebut dengan rawatan khusus. Rawatan boleh berbentuk ubat-ubatan seperti opiod atau bukan ubat-ubatan seperti teknik pernafasan atau relaksasi. Apakah matlamat ulasan ini? Untuk mengetahui sejauh mana pelbagai intervensi (ubat dan bukan ubat) berkesan untuk rawatan...

Penilaian perubahan memori dan fungs harian dalam kalangan warga emas menggunakan soal selidik berstruktur, IQCODE

Mon, 09/13/2021 - 06:01
Penilaian perubahan memori dan fungs harian dalam kalangan warga emas menggunakan soal selidik berstruktur, IQCODE Memperbaik penilaian orang yang mungkin ada demensia adalah keutamaan penjagaan kesihatan dan sosial, inisiatif terkini untuk meningkatkan kadar diagnosis demensia telah menarik perhatian. Kini, kami tidak mempunyai pendekatan yang dipersetujui untuk menguji demensia. Terdapat banyak ujian yang boleh membantu mengenal pasti orang dengan masalah memori dan berfikir yang mencadangkan demensia, tetapi tiada persetujuan tentang ujian terbaik. Mungkin sesetengah ujian adalah lebih...

Prosedur manakah yang terbaik untuk merawat vena varikos di kaki?

Mon, 09/13/2021 - 05:01
Prosedur manakah yang terbaik untuk merawat vena varikos di kaki? Mesej utama Kami tidak pasti rawatan mana yang terbaik untuk vena varikos kerana kami hanya menemui sebilangan kecil kajian yang membandingkan pelbagai jenis rawatan, dan kerana kajian-kajian berbeza-beza dalam pengukuran keputusan. - Semua rawatan vena varikos sedia ada adalah serupa, sama ada rawatan tersebut merosakkan vena sepenuhnya, atau menghentikan darah daripada terkumpul di kaki, atau kedua-duanya (kejayaan teknikal). - Kami memerlukan kajian yang memberi lebih bukti tentang semua rawatan sedia ada. Apakah vena...

Intervensi untuk tofus dalam penyakit gout

Mon, 09/13/2021 - 05:01
Intervensi untuk tofus dalam penyakit gout Latar belakang Gout adalah disebabkan oleh kristal urat yang terbentuk dalam atau di sekitar sendi. Keradangan boleh menyebabkan sendi terlibat menjadi sakit, merah, bengkak dan sukar disentuh atau digerakkan. Beberapa sebab orang mendapat gout termasuk faktor genetik, berat badan berlebihan, pengambilan ubat-ubatan tertentu (contohnya siklosporin), fungsi buah pinggang yang terjejas dan gaya hidup seperti minum alkohol dan minuman manis berlebihan. Tofus ialah nodul yang terbentuk dalam kalangan orang dengan gout kronik yang tidak terkawal. Tofus...

Misoprostol dos rendah yang diberikan melalui mulut untuk induksi bersalin

Thu, 09/09/2021 - 14:01
Misoprostol dos rendah yang diberikan melalui mulut untuk induksi bersalin Kami melihat bukti dari ujian terkawal secara rawak untuk melihat adakah misoprostol dos rendah yang diberikan melalui mulut berkesan untuk memulakan kelahiran pada wanita dalam trimester ketiga mereka dengan bayi yang bernyawa. Kami membandingkan misoprostol dengan kaedah lain yang biasanya digunakan untuk induksi bersalin. Apakah isunya? Memulakan kelahiran secara buatan, atau induksi, adalah biasa pada masa kehamilan. Sebab-sebabnya termasuk ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil atau bayi yang lewat...

Rawatan helium-oksigen (heliox) untuk kanak-kanak dengan krup

Thu, 09/09/2021 - 13:01
Rawatan helium-oksigen (heliox) untuk kanak-kanak dengan krup Soalan ulasan Kami ingin tahu sama ada menyedut heliox adalah selamat dan bermanfaat dalam merawat kanak-kanak dengan krup berbanding rawatan palsu (plasebo) atau terapi lain seperti 30% oksigen lembap, atau 100% oksigen dengan epinefrin (adrenalin, sejenis ubat yang membantu membuka saluran pernafasan). Latar belakang Krup adalah penyakit jangka pendek yang mengakibatkan saluran pernafasan atas tersumbat. Krup adalah lazim dalam kalangan kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga tiga tahun, dan disebabkan oleh jangkitan virus;...

Penggunaan IQCODE dalam temubual berstruktur bagi menilai perubahan terhadap ingatan dan kemahiran berfikir yang lain untuk penilaian kemungkinan penyakit demensia

Thu, 09/09/2021 - 08:01
Penggunaan IQCODE dalam temubual berstruktur bagi menilai perubahan terhadap ingatan dan kemahiran berfikir yang lain untuk penilaian kemungkinan penyakit demensia Bilangan orang yang menghidapi penyakit demensia dan masalah ingatan dan pemikiran yang lain telah meningkat di peringkat global. Diagnosis awal demensia adalah disyorkan tetapi tiada persetujuan tentang pendekatan terbaik atau bagaimana pakar untuk menilai pesakit. Satu strategi yang berpotensi adalah menemubual rakan-rakan atau ahli keluarga pesakit untuk menilai perubahan dalam ingatan atau kemahiran berfikir yang lain....

Apakah faedah dan risiko suntikan tunggal ibuprofen (ubat anti-radang) untuk melegakan kesakitan jangka masa pendek selepas pembedahan pada orang dewasa?

Wed, 09/08/2021 - 22:00
Apakah faedah dan risiko suntikan tunggal ibuprofen (ubat anti-radang) untuk melegakan kesakitan jangka masa pendek selepas pembedahan pada orang dewasa? Mesej utama - Tidak ada bukti yang mencukupi untuk menentukan sama ada ibuprofen intravena (suntikan ke dalam vena) adalah rawatan yang berkesan untuk orang dewasa yang mengalami kesakitan selepas pembedahan atau jika ia boleh membahayakan mereka. - Ia akan bermanfaat sekiranya kajian masa depan mengenai topik ini dirancang dengan baik dengan bilangan pesakit yang ramai untuk menentukan sama ada ibuprofen adalah rawatan yang berkesan untuk...

Penenang untuk penghentian opioid pada bayi yang baru lahir

Thu, 09/02/2021 - 12:01
Penenang untuk penghentian opioid pada bayi yang baru lahir Soalan ulasan Untuk menentukan keberkesanan dan keselamatan menggunakan ubat penenang (ubat tidur) berbanding dengan ubat bukan opioid atau kawalan bukan ubat untuk rawatan sindrom pantang neonatal (NAS) kerana penghentian dari opioid. Latar belakang Penggunaan opioid (preskripsi atau terlarang) oleh wanita hamil boleh mengakibatkan bayi mereka yang baru lahir mengalami gejala penghentian secara kolektif disebut sebagai NAS, yang boleh mengakibatkan gangguan hubungan ibu-bayi, kesukaran tidur dan makan, penurunan berat badan dan...

Pencegahan pendarahan semula dari saluran darah yang membesar di saluran makanan (esofagus) akibat penyakit hati yang teruk

Thu, 09/02/2021 - 11:01
Pencegahan pendarahan semula dari saluran darah yang membesar di saluran makanan (esofagus) akibat penyakit hati yang teruk Apakah matlamat Ulasan Cochrane ini? Kami ingin mengetahui apakah teknik atau rawatan terbaik bagi mencegah berlakunya pendarahan berulang dari varises oesophageal (saluran darah yang membesar dalam saluran makanan) dikalangan mereka yang menghidap penyakit hati yang teruk dengan penyakit hati (sirosis hati, atau hati berparut tahap akhir dengan komplikasi). Mereka yang menghidap sirosis hati dan pernah mengalami pendarahan daripada varises oesophageal mempunyai risiko...

Pages