Latest Malay Review translations

Subscribe to Latest Malay Review translations feed
Search on cochrane.org for:
Updated: 5 hours 2 min ago

Cahaya matahari untuk pencegahan dan rawatan hiperbilirubinemia pada bayi baru lahir

Tue, 10/05/2021 - 11:01
Cahaya matahari untuk pencegahan dan rawatan hiperbilirubinemia pada bayi baru lahir Soalan ulasan Seberapa selamat dan berkesan cahaya matahari bagi merawat atau mencegah jaundis (kekuningan pada kulit yang dipanggil hiperbilirubinemia) pada bayi baru lahir? Latar belakang Bayi yang menghidap jaundis sering dirawat menggunakan lampu fototerapi yang memancarkan cahaya biru-hijau yang mengubah bilirubin (bahan berwarna kuning semula jadi dalam darah bayi) bagi memudahkan ia disingkirkan. Matahari memancarkan cahaya dalam spektrum yang serupa. Walau bagaimanapun, cahaya matahari turut...

Perbandingan terapi ubat intravena tunggal dan gabungan untuk penghidap fibrosis sista yang dijangkiti Pseudomonas aeruginosa

Tue, 10/05/2021 - 09:01
Perbandingan terapi ubat intravena tunggal dan gabungan untuk penghidap fibrosis sista yang dijangkiti Pseudomonas aeruginosa Soalan ulasan Kami mengulas bukti mengenai kesan-kesan yang berbeza menggunakan antibiotik intravena tunggal (diberikan terus ke dalam urat) berbanding menggunakan kombinasi antibiotik intravena untuk penghidap fibrosis sista yang dijangkiti Pseudomonas aeruginosa. Latar belakang Fibrosis sista ialah sejenis penyakit genetik yang memberi kesan terhadap kelenjar eksokrin (kelenjar peluh dan lain-lain). Penghidap fibrosis sista mempunyai risiko jangkitan paru-paru...

Pengubahsuaian gaya hidup untuk pesakit dengan penyakit hati berlemak bukan alkohol

Tue, 10/05/2021 - 09:01
Pengubahsuaian gaya hidup untuk pesakit dengan penyakit hati berlemak bukan alkohol Apakah matlamat Ulasan Cochrane ini? Untuk mengetahui sama ada pengubahsuaian gaya hidup mengurangkan kesan penyakit hati berlemak bukan alkohol pada jangka hayat, kualiti hidup berkaitan kesihatan, penyakit hati kronik dan komplikasinya, dan sama ada ia merbahaya. Penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD) adalah pengumpulan lemak di hati orang yang tidak mempunyai sejarah pengambilan alkohol yang signifikan, penggunaan ubat-ubatan, penyakit seperti jangkitan virus hepatitis C, atau keadaan lain seperti...

Pemeriksaan visual atau visual-taktil untuk diagnosis karies gigi

Tue, 10/05/2021 - 08:01
Pemeriksaan visual atau visual-taktil untuk diagnosis karies gigi Mengapakah penting untuk meningkatkan pengesanan karies gigi (kerosakan gigi)? Doktor gigi sering menyasarkan untuk mengenalpasti kerosakan gigi yang telah sampai ke tahap yang memerlukan tampalan. Jika doktor gigi dapat menemui kerosakan gigi ketika ia hanya menjejaskan lapisan luar gigi (enamel) maka adalah mungkin untuk menghentikan kerosakan daripada merebak dan mencegah daripada keperluan untuk tampalan. Ianya juga penting untuk mengurangkan jumlah keputusan positif palsu iaitu rawatan mungkin diberikan ketika tiada...

Bolehkah ujian untuk mengenal pasti nodus limfa utama pada wanita dengan kanser endometrium dapat mendiagnosis dengan tepat jika barah itu merebak ke nodus limfa?

Tue, 10/05/2021 - 07:01
Bolehkah ujian untuk mengenal pasti nodus limfa utama pada wanita dengan kanser endometrium dapat mendiagnosis dengan tepat jika barah itu merebak ke nodus limfa? Isunya Wanita yang menghidap kanser endometrium (kanser yang berpunca daripada lapisan rahim) mungkin mempunyai sel kanser yang tersebar ke nodus limfa di pelvis dan/atau kawasan para-aorta (saluran darah utama dalam rongga abdominal atas) dan memerlukan rawatan radioterapi tambahan, dengan atau tanpa kemoterapi, setelah histerektomi permulaan. Kajian terdahulu melihat kesan membuang sebanyak mungkin nodus limfa pelvis...

Kecederaan endometrium pada wanita yang menjalani persenyawaan in vitro (IVF)

Mon, 10/04/2021 - 06:01
Kecederaan endometrium pada wanita yang menjalani persenyawaan in vitro (IVF) Soalan ulasan Untuk menilai sama ada selamat dan berkesan untuk melakukan kecederaan endometrium (juga dikenali sebagai calar endometrium), pada wanita yang menjalani persenyawaan in vitro (IVF), termasuk suntikan sperma intrasitoplasma (ICSI) dan pemindahan embrio beku. Latar belakang Pasangan yang menghadapi masalah untuk hamil boleh mendapatkan rawatan kesuburan untuk membantu mereka menjadi hamil, seperti IVF. Dalam kitaran IVF, telur dikumpulkan dari wanita tersebut dan digabungkan dengan sperma di makmal...

Ubat penahan sakit seperti ibuprofen yang diberikan sebelum memotong kulit dalam pembedahan berbanding dengan ubat diberikan selepas memotong kulit pada orang dewasa yang menjalani semua jenis pembedahan

Mon, 10/04/2021 - 04:01
Ubat penahan sakit seperti ibuprofen yang diberikan sebelum memotong kulit dalam pembedahan berbanding dengan ubat diberikan selepas memotong kulit pada orang dewasa yang menjalani semua jenis pembedahan Kami bertujuan untuk menilai kesan pemberian satu dos ubat anti-radang nonsteroid (NSAID: misalnya, ibuprofen) sebelum membuat potongan pertama dalam pembedahan (NSAID pre-emptif) atau diberikan sebelum pemotongan pertama dan diteruskan selepas pembedahan (NSAID pencegahan) untuk mengurangkan kesakitan pada orang dewasa. Soalan ulasan Kami mengulaskan bukti tentang ubat penahan sakit NSIAD...

Apakah ketepatan ujian dalam mengukur tahap feritin (protein yang menyimpan zat besi) dalam darah untuk mendiagnosis kekurangan zat besi dan zat besi berlebihan?

Fri, 09/24/2021 - 09:01
Apakah ketepatan ujian dalam mengukur tahap feritin (protein yang menyimpan zat besi) dalam darah untuk mendiagnosis kekurangan zat besi dan zat besi berlebihan? Mesej utama - Ujian yang mengukur tahap feritin dalam darah mungkin cukup tepat untuk mendiagnosis kekurangan zat besi (tahap zat besi rendah) dalam kalangan orang yang: - mencari rawatan perubatan; dan - yang doktornya mengesyaki kekurangan zat besi. - Ketepatan ujian darah feritin untuk mendiagnosis kelebihan zat besi (tahap zat besi tinggi) tidak jelas, kerana kurangnya bukti yang kukuh. - Untuk mengukuhkan lagi bukti, kami...

Ubat untuk mengantuk pada waktu siang pada individu dengan hipersomnia idiopatik

Fri, 09/24/2021 - 07:01
Ubat untuk mengantuk pada waktu siang pada individu dengan hipersomnia idiopatik Soalan ulasan Kami mengkaji bukti kesan ubat-ubatan yang berbeza pada waktu mengantuk pada orang dengan hipersomnia idiopatik. Latar belakang Kami ingin mengetahui ubat mana yang berguna untuk merawat orang dengan hipersomnia idiopatik, penyakit yang menyebabkan mengantuk pada waktu siang yang teruk, dan kadang-kadang boleh menyebabkan orang tidur dalam jangka masa yang lama dan mengalami kesukaran untuk bangun dan berfikir atau berkonsentrasi. Ia dikenali sebagai hipersomnia 'idiopatik' kerana punca atau...

Adakah ubat azole yang diambil sebagai krim atau titisan berfungsi untuk merawat otomikosis (jangkitan telinga kulat)?

Fri, 09/24/2021 - 07:01
Adakah ubat azole yang diambil sebagai krim atau titisan berfungsi untuk merawat otomikosis (jangkitan telinga kulat)? Mesej-mesej utama Disebabkan oleh bukti yang lemah, kami tidak tahu sama ada: - azoles yang diambil sebagai krim atau titisan lebih baik daripada tanpa rawatan atau rawatan plasebo; - beberapa azole lebih baik untuk berhenti jangkitan daripada yang lain. Terdapat keperluan untuk kajian yang dijalankan dengan baik yang menyiasat risiko dan faedah rawatan-rawatan ini untuk otomikosis. Apa itu otomikosis? Otomikosis adalah jangkitan telinga yang disebabkan oleh mikro-organisma...

Manfaat capecitabine dalam kanser payudara positif reseptor hormon berbanding dengan negatif reseptor hormon

Fri, 09/24/2021 - 06:01
Manfaat capecitabine dalam kanser payudara positif reseptor hormon berbanding dengan negatif reseptor hormon Apakah tujuan ulasan ini? Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada capecitabine lebih berguna dalam kanser payudara positif atau negatif reseptor hormon, dan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan bergantung pada seberapa maju kanser. Kami mengumpul dan meneliti semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini. Apakah yang dikaji dalam ulasan ini? Capecitabine adalah ubat anti kanser payudara dalam bentuk tablet yang mempunyai sedikit kesan sampingan pada...

Merawat tekanan darah tinggi dengan ubat-ubatan untuk mencegah demensia pada masa depan atau masalah dengan ingatan dan pemikiran

Fri, 09/24/2021 - 06:01
Merawat tekanan darah tinggi dengan ubat-ubatan untuk mencegah demensia pada masa depan atau masalah dengan ingatan dan pemikiran Kenapa ulasan ini penting Kajian pemerhatian yang mengikuti peserta selama bertahun-tahun menunjukkan bahawa tekanan darah tinggi dikaitkan dengan demensia kemudiannya atau masalah baru dengan ingatan dan pemikiran (gangguan kognitif). Adalah penting untuk menentukan apakah dengan merawat tekanan darah tinggi dapat mengurangkan risiko demensia dan masalah dengan ingatan dan pemikiran. Sudah ada bukti yang jelas untuk menyokong rawatan tekanan darah tinggi selepas...

Antidepresan generasi baru untuk kemurungan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja: analisis meta rangkaian

Fri, 09/24/2021 - 05:01
Antidepresan generasi baru untuk kemurungan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja: analisis meta rangkaian Sejauh manakah formulasi antidepresan yang lebih baru berfungsi untuk kanak-kanak dan remaja dengan kemurungan klinikal? Kanak-kanak dan remaja (6 hingga 18 tahun) dengan kemurungan (juga dikenali sebagai ‘gangguan kemurungan utama’) mengalami pelbagai kesan negatif dalam semua aspek kehidupan mereka dan mempunyai risiko yang tinggi untuk membunuh diri, berfikir tentang membunuh diri dan cubaan bunuh diri. Antidepresan telah terbukti dapat mengurangkan gejala kemurungan, tetapi ia juga...

Rejimen antibiotik untuk sepsis neonatal lewat

Fri, 09/24/2021 - 05:01
Rejimen antibiotik untuk sepsis neonatal lewat Soalan ulasan Kami mengulas bukti yang ada mengenai rejimen antibiotik yang berbeza untuk bayi baru lahir (dari 72 jam kehidupan hingga satu bulan kehidupan), dengan sepsis lewat. Latar belakang Sepsis pada bayi baru lahir adalah keadaan yang serius dan berpotensi mengakibatkan kematian, disebabkan oleh tindak balas badan terhadap jangkitan. Sepsis neonatal adalah penyebab utama yang ketiga bagi kematian neonatal secara global . Walaupun terdapat beban yang tinggi pada sepsis dalam bayi yang baru lahir, bukti berkualiti tinggi dalam diagnosis...

Meramalkan relaps atau ulangan kemurungan

Fri, 09/24/2021 - 05:01
Meramalkan relaps atau ulangan kemurungan Apakah tujuan ulasan ini? Relaps dan ulangan (menjadi kembali tidak sihat setelah menunjukkan penambahbaikan) adalah biasa dalam kemurungan dan menyebabkan peningkatan kehilangan upaya dan penurunan kualiti hidup pesakit. Relaps adalah kemunculan semula episod awal kemurungan setelah beberapa penambahbaikan awal, sedangkan ulangan adalah permulaan episod baru kemurungan setelah pemulihan. Hasilnya, seperti relaps dan ulangan, kadang-kadang dapat diramalkan ketika orang sedang sihat, menggunakan maklumat yang ada pada waktu itu. Pengiraan matematik...

Penggunaan rawatan anti-IgE untuk aspergilosis bronkopulmonari alergi pada orang dengan fibrosis sistik

Thu, 09/23/2021 - 05:01
Penggunaan rawatan anti-IgE untuk aspergilosis bronkopulmonari alergi pada orang dengan fibrosis sistik Soalan ulasan Kami mengulas bukti berkenaan kesan terapi anti-IgE untuk merawat aspergilosis bronkopulmonari alergi pada orang dengan fibrosis sistik. Latar belakang Fibrosis sistik adalah penyakit genetik yang diwarisi yang tidak biasa berlaku di dunia barat. Aspergilosis bronkopulmonari alergi adalah penyakit paru-paru yang disebabkan oleh kepekaan melampau kepada aspergilus (kulat) dan mungkin berlaku dalam 2 hingga 15% orang dengan fibrosis sistik. Terapi kortikosteroid dan antikulat...

Keluar hospital postnatal awal untuk ibu dan bayi yang sihat

Tue, 09/21/2021 - 09:01
Keluar hospital postnatal awal untuk ibu dan bayi yang sihat Kami ingin tentukan daripada kajian rawak terkawal kesan polisi keluar hospital awal untuk ibu dan bayi yang sihat (lahir pada 37 minggu atau lebih) terhadap kesihatan ibu, bayi dan bapa serta hasil-hasil yang berkaitan. Apa isunya? Masalah boleh berlaku atau menjadi jelas selepas bayi lahir. Misalnya, wanita boleh mengalami perdarahan berlebihan dan jangkitan, bermasalah memulakan penyusuan, dan kurang yakin tentang penjagaan bayi mereka, dan bayi mungkin terganggu pembesaran. Pada masa lampau, wanita dimasukkan ke hospital untuk...

Pembaikan hibrid berbanding pembedahana terbuka konvensional untuk aneurisme arkus aorta torasik

Tue, 09/21/2021 - 08:01
Pembaikan hibrid berbanding pembedahana terbuka konvensional untuk aneurisme arkus aorta torasik Latar belakang Aneurisme aorta adalah bonjolan atau kebengkakan abnormal yang terjadi di dinding aorta. Aneurisme boleh dikelas berdasarkan bentuk, lokasi (kadang-kadang dilaporkan sebagai zon) dan saiznya. Aneurisme arkus aorta torasik (TAA) adalah kebengkakan di bahagian atas aorta torasik. Anggaran insiden tahunan (bilangan kes baharu dalam populasi dalam jangka masa tertentu) TAA adalah antara 5.6 dan 10.4 kes setiap 100,000 ‘patient-years’. TAA mempengaruhi kebanyakan orang dalam dekad...

Apakah pilihan pengurusan terbaik apabila wanita mengalami keguguran awal?

Tue, 09/21/2021 - 08:01
Apakah pilihan pengurusan terbaik apabila wanita mengalami keguguran awal? Apakah isunya? Keguguran adalah penyebab utama kegagalan kehamilan dan merupakan salah satu komplikasi paling lazim di awal kehamilan. Dianggarkan 15% kehamilan akan berakhir dengan keguguran, dengan 25% wanita mengalami satu kali keguguran di sepanjang hayatnya. Keguguran boleh mengakibatkan komplikasi serius termasuk perdarahan, jangkitan malah kematian, terutama di negara berpendapatan rendah. Keguguran umumnya didefinisi sebagai kehilangan spontan kehamilan sebelum 24 minggu gestasi. Kebanyakan keguguran berlaku...

Adakah meletakkan tiub kecil (sten mikro) di bawah permukaan mata melegakan tekanan tinggi yang berpanjangan di dalam mata (glaukoma)?

Tue, 09/21/2021 - 08:01
Adakah meletakkan tiub kecil (sten mikro) di bawah permukaan mata melegakan tekanan tinggi yang berpanjangan di dalam mata (glaukoma)? Apa itu glaukoma sudut terbuka? Glaukoma adalah keadaan mata yang lazim disebabkan oleh penumpukan cecair di bahagian depan mata, yang meningkatkan tekanan di dalam mata. Tekanan yang meningkat merosakkan saraf yang menghubungkan mata ke otak (saraf optik), menyebabkan hilang penglihatan. Glaukoma boleh menyebabkan hilang penglihatan kekal (rabun) jika tidak didiagnosis dan dirawat lebih awal. Glaukoma sudut terbuka adalah jenis glaukoma yang paling lazim dan...

Pages