Latest Malay Review translations

Subscribe to Latest Malay Review translations feed
Search on cochrane.org for:
Updated: 4 hours 23 min ago

Apakah faktor yang mempengaruhi pandangan dan amalan ibu bapa mengenai vaksin rutin zaman kanak-kanak?

Thu, 11/11/2021 - 04:01
Apakah faktor yang mempengaruhi pandangan dan amalan ibu bapa mengenai vaksin rutin zaman kanak-kanak? Matlamat ulasan Bukti kualitatif sintesis Cochrane ini bertujuan untuk meneroka faktor yang mempengaruhi pandangan dan amalan ibu bapa mengenai vaksin rutin zaman kanak-kanak. Untuk hal ini, kami telah mencari dan menganalisis kajian kualitatif tentang pandangan, pengalaman dan amalan ibu bapa. Sintesis ini melengkapkan Ulasan Cochrane lain yang menilai kesan strategi yang meningkatkan pengambilan vaksin zaman kanak-kanak. Mesej utama Banyak faktor yang mempengaruhi pandangan dan amalan...

Teknik, strategi dan reka bentuk kateter berselang-seli untuk menguruskan keadaan pundi kencing jangka panjang

Thu, 11/11/2021 - 04:01
Teknik, strategi dan reka bentuk kateter berselang-seli untuk menguruskan keadaan pundi kencing jangka panjang Soalan ulasan Terdapat teknik kateterisasi yang berbeza, strategi dan reka bentuk kateter yang boleh mempengaruhi jangkitan saluran kencing bergejala (UTI; jangkitan pundi kencing yang dikesan melalui ujian air kencing di mana seseorang mempunyai gejala jangkitan), komplikasi lain dan pilihan pengguna. Dalam ulasan ini, kami menumpukan pada hasil-hasil ini pada orang yang menggunakan teknik kateterisasi aseptik atau bersih, kateter sekali guna atau pelbagai guna dan reka bentuk...

Penerusan atau pemberhentian antikoagulan oral untuk orang dengan aritmia dan menjalani ablasi kateter

Thu, 11/11/2021 - 04:01
Penerusan atau pemberhentian antikoagulan oral untuk orang dengan aritmia dan menjalani ablasi kateter Soalan ulasan Patutkah doktor meneruskan atau menghentikan ubat pencair darah sebelum prosedur ablasi kateter dalam orang dengan aritmia? Latar belakang Orang yang mengalami aritmia (degupan jantung tidak selaras dan tidak teratur; juga dikenali fibrilasi atrium) berisiko mendapat strok dan oleh itu mereka memerlukan penggunaan ubat cair darah jangka panjang untuk mengelakkan pembekuan darah. Ramai pesakit ini mungkin perlu menjalani prosedur yang dipanggil ‘ablasi’ di mana doktor...

Rituximab untuk orang yang mempunyai multiple sclerosis

Sun, 11/07/2021 - 23:00
Rituximab untuk orang yang mempunyai multiple sclerosis Mesej utama – Rituximab mungkin menawarkan faedah yang sederhana hingga besar berbanding pelbagai ubat lain untuk pencegahan pengulangan dalam multiple sclerosis (MS) berulang. Berbanding dengan tanpa ubatan, kesan yang diingini adalah lebih besar. – Terdapat maklumat yang terhad untuk menentukan kesan rituximab dalam pencegahan ketidakupayaan yang semakin teruk untuk semua bentuk MS. – Kesan berbahaya yang serius agak jarang berlaku pada orang yang mempunyai MS yang menjadikan mereka sukar untuk dikaji, dan mereka juga tidak dilaporkan...

Pita kinesio untuk penyakit rotator cuff

Fri, 11/05/2021 - 03:01
Pita kinesio untuk penyakit rotator cuff Soalan ulasan Untuk menentukan faedah dan kemudaratan pita kinesio (KT) pada orang dewasa dengan sakit bahu seperti sindrom himpitan, penyakit rotator cuff dan tendinopati kalsifik. Latar belakang KT adalah salah satu rawatan konservatif yang dicadangkan untuk penyakit rotator cuff. KT adalah pita elastik, berpelekat, bebas getah yang diperbuat daripada kapas, tanpa agen farmakologi aktif. Doktor telah menggunakannya dalam rawatan pemulihan bagi keadaan yang menyakitkan, namun, tidak ada bukti kukuh mengenai manfaatnya. Ciri-ciri kajian Kami...

Penggunaan ubatan tambahan semasa pembedahan katarak untuk meningkatkan kejayaan berterusan pembedahan yang sedia ada (trabekulektomi)

Fri, 11/05/2021 - 03:01
Penggunaan ubatan tambahan semasa pembedahan katarak untuk meningkatkan kejayaan berterusan pembedahan yang sedia ada (trabekulektomi) Mengapakah soalan ini penting? Glaukoma dan katarak adalah masalah global yang boleh memberi kesan kepada keadaan ekonomi dan sosial seseorang. Kehilangan penglihatan akibat daripada glaukoma adalah kekal, kerana peningkatan tekanan dalam mata yang terjadi akibat glaukoma merosakkan saraf optik yang membawa isyarat dari mata ke otak. Tujuan utama rawatan untuk glaukoma adalah untuk mengurangkan tekanan ini, dan dengan itu, melambatkan kerosakan progresif pada...

Kesan pekerja peringkat primer pada orang yang mengalami gangguan mental dan kesusahan di negara berpendapatan rendah dan sederhana

Fri, 11/05/2021 - 03:01
Kesan pekerja peringkat primer pada orang yang mengalami gangguan mental dan kesusahan di negara berpendapatan rendah dan sederhana Ulasan Cochrane ini bertujuan untuk menilai kesan penglibatan pekerja komuniti, seperti pekerja penjagaan primer dan guru, untuk membantu orang dengan gangguan mental atau kesusahan. Ulasan ini bertumpu pada kajian dari negara berpendapatan rendah dan sederhana dan menemui 95 kajian untuk disertakan (termasuk 23 dari ulasan sebelumnya). Mesej utama Profesional kesihatan primer, pekerja kesihatan awam, guru, dan pekerja komuniti mungkin dapat menolong orang...

Degarelix untuk barah prostat peringkat lanjut yang baru didiagnosis

Fri, 11/05/2021 - 03:01
Degarelix untuk barah prostat peringkat lanjut yang baru didiagnosis Soalan ulasan Bagaimana degarelix, satu ubat baru yang merawat barah prostat dengan menurunkan paras hormon seks lelaki, berbanding dengan ubat yang sedia ada untuk barah prostat peringkat lanjut yang baru didiagnosis? Latar belakang Tidak ada penawar jika barah prostat telah merebak keluar daripada kelenjar prostat ke nodus limfa atau ke tulang. Dalam situasi seperti itu, terapi hormon yang menurunkan tahap testosteron hormon seks lelaki dapat melambatkan pertumbuhan barah. Tahap testosteron dikawal selia oleh satu...

Hydromorphone untuk rawatan kesakitan kanser

Fri, 11/05/2021 - 03:01
Hydromorphone untuk rawatan kesakitan kanser Latar belakang Lebih 75% pesakit kanser mengalami kesakitan. Sekitar 30% hingga 50% pesakit mengalami kesakitan yang sederhana hingga teruk, yang boleh memberi kesan negatif pada kehidupan seharian. Kesakitan kanser merupakan satu gejala yang menyusahkan yang berkemungkinan bertambah teruk apabila penyakit ini berkembang. Hydromorphone mungkin dapat membantu melegakan gejala ini. Kesakitan yang berkaitan dengan kanser biasanya dirawat dengan ubat-ubatan seperti morfin, oksikodon, fentanil atau hydromorphone. Ulasan ini melihat faedah dan mudarat...

Tolakan berbanding graviti untuk pemberian makan tiub gavaj bolus berjeda pada bayi yang lahir pramatang dan berat badan rendah

Fri, 11/05/2021 - 03:01
Tolakan berbanding graviti untuk pemberian makan tiub gavaj bolus berjeda pada bayi yang lahir pramatang dan berat badan rendah Soalan ulasan Pada bayi yang lahir pramatang atau rendah berat badan yang diberi makan secara tiub gavaj, adakah pemberian makan secara tiub tolak dibandingkan dengan pemberian makan secara tiub graviti mengakibatkan peningkatan kejadian buruk (ketepuan oksigen rendah, kadar denyutan jantung rendah, waktu hingga penyusuan penuh). Latar belakang Bayi yang lahir secara pramatang (sebelum 37 minggu) mungkin tidak dapat menyelaraskan aktiviti menghisap, menelan, dan...

Apakah kesan intervensi terapi fizikal sebelum, semasa, dan selepas rawatan kanser kanak-kanak?

Fri, 11/05/2021 - 03:01
Apakah kesan intervensi terapi fizikal sebelum, semasa, dan selepas rawatan kanser kanak-kanak? Soalan ulasan Kami mengulas bukti tentang kesan intervensi terapi fizikal, selain daripada intervensi latihan senaman umum, terhadap kualiti hidup kanak-kanak dan remaja yang didiagnosis dengan kanser berbanding dengan kumpulan kawalan kanak-kanak yang mendapat penjagaan piawai, tiada intervensi terapi fizikal atau satu intervensi perbandingan . Kami juga mengulas kejadian bahaya (kesan buruk) yang disebabkan oleh intervensi terapi fizikal. Untuk tujuan ulasan ini, intervensi terapi fizikal yang...

Masa terapi penggantian enzim pankreas dalam fibrosis sista

Fri, 11/05/2021 - 03:01
Masa terapi penggantian enzim pankreas dalam fibrosis sista Soalan ulasan Kami mengulas bukti mengenai pelbagai masa terapi penggantian enzim pankreas (PERT) pada orang (dari mana-mana umur) dengan fibrosis sista (CF). Latar belakang CF adalah keadaan yang diwarisi yang menjejaskan lebih daripada 70,000 individu di seluruh dunia. Antara 80% dan 90% orang dengan CF tidak dapat menghasilkan enzim pankreas yang cukup untuk mengurai dan menyerap lemak, protein dan vitamin larut lemak dari makanan. Ini boleh menyebabkan najis berlemak (kotoran) dan penurunan berat badan. Bahawasanya jika lemak...

Adakah langkah-langkah bukan perubatan mencegah atau mengurangkan jangkitan SARS-CoV-2 di fasiliti penjagaan jangka panjang?

Wed, 10/27/2021 - 13:01
Adakah langkah-langkah bukan perubatan mencegah atau mengurangkan jangkitan SARS-CoV-2 di fasiliti penjagaan jangka panjang? Mesej utama Langkah-langkah bukan perubatan (misalnya sekatan lawatan atau ujian yang kerap) dapat mencegah jangkitan SARS-CoV-2 (menyebabkan penyakit COVID-19) dalam kalangan penghuni dan kakitangan di fasiliti penjagaan jangka panjang, tetapi kami bimbang tentang kebolehpercayaan penemuan tersebut. Lebih banyak kajian berkualiti tinggi tentang pengalaman dunia nyata diperlukan secara khusus. Lebih banyak penyelidikan juga diperlukan tentang langkah-langkah di...

Adakah antibodi monoklonal khusus COVID-19 buatan makmal berkesan untuk rawatan COVID-19?

Wed, 10/27/2021 - 13:01
Adakah antibodi monoklonal khusus COVID-19 buatan makmal berkesan untuk rawatan COVID-19? Mesej utama - Kami tidak tahu sama ada antibodi (pertahanan semulajadi tubuh terhadap penyakit) yang dibuat di makmal yang sama antara satu sama lain (monoklonal) dan direka bentuk untuk mensasarkan COVID-19, adalah rawatan yang berkesan untuk COVID-19 kerana kami hanya menilai enam kajian yang meneroka rawatan yang berbeza dalam kalangan jenis pesakit yang berlainan. - Kami mengenal pasti 36 kajian yang sedang berlangsung yang akan memberi lebih banyak bukti apabila lengkap. - Kami akan mengemas kini...

Penilaian menggunakan Kognitif Montreal (MoCA) untuk mengesan demensia

Wed, 10/27/2021 - 03:01
Penilaian menggunakan Kognitif Montreal (MoCA) untuk mengesan demensia Soalan Ulasan Kami telah mengkaji bukti mengenai ketepatan ujian Montreal Cognitive Assessment (MoCA) untuk mengesan demensia. Latar belakang Demensia adalah keadaan yang biasa dalam kalangan orang tua, dengan sekurang-kurangnya 7% orang berusia lebih dari 65 tahun di UK terjejas, dan jumlahnya semakin meningkat di seluruh dunia. Dalam tinjauan ini, kami ingin mengetahui sama ada menggunakan ujian kognitif yang mampan, MoCA, dapat mengesan demensia dengan tepat jika dibandingkan dengan ujian diagnostik standard. MoCA...

Sel sumsum tulang dalam kardiomiopati terdilat bukan iskemik

Fri, 10/22/2021 - 07:01
Sel sumsum tulang dalam kardiomiopati terdilat bukan iskemik Soalan ulasan Adakah sel sumsum tulang selamat dan berkesan sebagai rawatan untuk kardiomiopati terdilat bukan iskemik (DCM)? Latar belakang DCM adalah gangguan otot jantung dengan dilatasi jantung (otot jantung menjadi regang) dan kontraksi terganggu, tanpa tekanan darah tinggi, injap jantung yang rosak atau berpenyakit, atau penyakit jantung semasa lahir atau berkait dengan infarksi miokardium (serangan jantung) . Standard rawatan semasa adalah berdasarkan ubat-ubatan dan peranti jantung. Walau bagaimanapun, DCM masih merupakan...

Ketepatan penilaian telekesihatan untuk mendiagnos demesia dan gangguan kognitif ringan

Fri, 10/22/2021 - 07:01
Ketepatan penilaian telekesihatan untuk mendiagnos demesia dan gangguan kognitif ringan Latar belakang Demensia adalah penyakit di mana memori dan kemahiran berfikir lain merosot sehingga seseorang tidak lagi dapat mengurus aktiviti harian tanpa bantuan. Jika memori dan masalah berfikir adalah lebih ringan, di mana kehidupan berdikari tidak terjejas, keadaan ini dijelaskan sebagai gangguan kognitif ringan (MCI). Kedua-dua keadaan biasanya mempengaruhi orang tua. Penting bagi orang dengan demensia atau MCI mendapat diagnosis yang tepat pada masa dan tempat yang sesuai agar mereka dan keluarga...

Pendekatan-pendekatan bukan ubat untuk mencegah delirium dalam kalangan dewasa yang menerima rawatan di hospital di luar unit-unit penjagaan intensif dan rawatan separa rapi

Fri, 10/22/2021 - 07:01
Pendekatan-pendekatan bukan ubat untuk mencegah delirium dalam kalangan dewasa yang menerima rawatan di hospital di luar unit-unit penjagaan intensif dan rawatan separa rapi Soalan ulasan Kami mengulas bukti untuk pendekatan bukan farmakologi (bukan berasaskan ubat) untuk mencegah delirium dalam kalangan dewasa di hospital, tidak termasuk mereka yang dirawat di unit penjagaan intensif (ICU, wad khusus untuk merawat pesakit-pesakit kritikal). Latar belakang Delirium adalah penyakit penting yang lazim dalam kalangan dewasa, terutama orang tua di hospital. Kadangkala ia dirujuk sebagai ‘keadaan...

Makanan tambahan berkhasiat untuk orang dengan penyakit hati berlemak tidak berkaitan dengan alkohol

Fri, 10/22/2021 - 07:01
Makanan tambahan berkhasiat untuk orang dengan penyakit hati berlemak tidak berkaitan dengan alkohol Apakah tujuan Ulasan Cochrane ini? Untuk mengetahui jika sebarang bentuk makanan tambahan berkhasiat mengurangkan kesan-kesan penyakit hati berlemak tidak berkaitan dengan alkohol terhadap jangka hayat, kualiti hidup berkaitan kesihatan, penyakit hati kronik, dan komplikasinya, dan sama ada makanan tambahan berkhasiat menyebabkan sebarang mudarat. Penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD) adalah pengumpulan lemak dalam hati orang yang tidak mempunyai sejarah pengambilan alkohol yang...

Membandingkan rawatan untuk kerosakan gigi lanjut

Fri, 10/22/2021 - 06:01
Membandingkan rawatan untuk kerosakan gigi lanjut Mesej utama Untuk gigi bayi (primer) yang rosak, meletakkan mahkota logam tersedia pada gigi atau hanya mengeluarkan sebahagian daripada kerosakan sebelum meletakkan tampalan mungkin lebih baik daripada rawatan konvensional mengeluarkan semua kerosakan sebelum tampalan. Untuk gigi dewasa (kekal) yang rosak, mengeluarkan sebahagian kerosakan sebelum menampal gigi, atau menambah tahap kedua rawatan ini yang mana lebih banyak kerosakan dikeluarkan selepas beberapa bulan, mungkin lebih baik daripada rawatan konvensional. Apakah keadaannya? Karies...

Pages