Latest Malay Review translations

Subscribe to Latest Malay Review translations feed
Search on cochrane.org for:
Updated: 4 hours 12 min ago

Berapa tepatkah ujian mini-cog apabila diguna untuk menilai demensia dalam amalan umum?

Mon, 11/29/2021 - 14:01
Berapa tepatkah ujian mini-cog apabila diguna untuk menilai demensia dalam amalan umum? Latar belakang dan rasional ulasan Di kebanyakan tempat di dunia terdapat peningkatan bilangan orang tua, dengan itu aduan dan keadaan memori seperti penyakit Alzheimer dan bentuk demensia lain menjadi lebih lazim. Kebanyakan individu dengan kesukaran memori akan terlebih dahulu mencari penjagaan atau dikenalpasti dalam sistem penjagaan kesihatan melalui penyedia penjagaan kesihatan primer mereka, yang mungkin termasuk doktor keluarga atau jururawat. Oleh itu, perlu alat yang dapat mengenal pasti individu...

Intervensi berasaskan kesedaran untuk gangguan penggunaan bahan

Tue, 11/23/2021 - 11:01
Intervensi berasaskan kesedaran untuk gangguan penggunaan bahan Apakah matlamat ulasan ini? Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk menentukan sama ada intervensi berasaskan kesedaran (MBIs) iaitu intervensi yang melibatkan latihan meditasi kesedaran untuk memperbaiki gejala gangguan penggunaan bahan (SUD) (iaitu penggunaan alkohol dan/atau dadah, tetapi tidak termasuk gangguan penggunaan tembakau). Penyelidik Cochrane telah mengumpul, memilih dan menganalisa semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini. Kami menemui 40 kajian rawak terkawal, yang menilai MBI sebagai rawatan untuk...

Adakah colchicine merupakan rawatan yang berkesan untuk pesakit COVID-19?

Tue, 11/23/2021 - 11:01
Adakah colchicine merupakan rawatan yang berkesan untuk pesakit COVID-19? Mesej utama ○ Pada orang yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-19 sederhana hingga teruk, colchicine mungkin mempunyai sedikit atau tiada faedah; kami tidak pasti tentang kesan sampingannya. ○Pada orang yang tidak dimasukkan ke hospital tanpa gejala COVID-19 atau gejala COVID-19 ringan, kami tidak pasti sama ada colchicine menghalang kematian atau kesan sampingan, namun ia mungkin sedikit mengurangkan keperluan untuk masuk ke hospital atau kematian dan kesan sampingan yang serius. ○ Kajian masa depan harus menilai...

Senaman untuk rawatan sakit belakang yang kronik

Tue, 11/23/2021 - 11:01
Senaman untuk rawatan sakit belakang yang kronik Adakah senaman adalah terapi yang berkesan untuk merawat sakit belakang yang berpanjangan? Mesej utama - Senaman mungkin mengurangkan kesakitan berbanding tanpa rawatan, penjagaan biasa atau plasebo pada orang dengan sakit belakang yang berpanjangan (kronik). - Senaman boleh mengurangkan kesakitan dan memperbaiki kehilangan upaya berbanding dengan rawatan biasa seperti elektroterapi atau pendidikan. - Terdapat banyak penyelidikan dalam bidang ini tetapi kami memerlukan kajian yang lebih besar dan dirancang dengan lebih baik untuk membolehkan...

Antibiotik untuk radang paru-paru yang diperolehi di hospital dalam kalangan bayi baru lahir dan kanak-kanak

Tue, 11/23/2021 - 10:01
Antibiotik untuk radang paru-paru yang diperolehi di hospital dalam kalangan bayi baru lahir dan kanak-kanak Soalan ulasan Rejimen antibiotik manakah yang lebih selamat dan berkesan untuk merawat neonat (bayi baru lahir) dan kanak-kanak dengan radang paru-paru yang diperolehi di hospital? Latar belakang Pneumonia yang diperoleh di hospital ialah radang tisu satu atau kedua-dua paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan yang berlaku semasa berada di hospital (iaitu 48 jam atau lebih selepas kemasukan ke hospital). Ia adalah salah satu jangkitan yang paling biasa diperolehi di hospital dalam...

Mengurangkan ketumpatan payudara berikutan terapi endokrin sebagai penunjuk risiko kanser payudara

Tue, 11/23/2021 - 10:01
Mengurangkan ketumpatan payudara berikutan terapi endokrin sebagai penunjuk risiko kanser payudara Apakah isunya? Kanser payudara adalah kanser biasa dan punca kematian di kalangan wanita di seluruh dunia. Pilihan rawatan untuk kanser payudara termasuk terapi endokrin. Terapi endokrin juga boleh digunakan untuk mencegah kanser payudara bagi wanita yang belum didiagnosis dengan kanser payudara. Ia akan membantu doktor dan pesakit mereka untuk memahami sama ada sesetengah pesakit berkemungkinan mendapat manfaat yang lebih besar daripada terapi endokrin berbanding yang lain. Struktur payudara...

Kesan perencat DPP-4, agonis reseptor GLP-1 dan perencat SGLT-2 untuk orang yang mempunyai penyakit kardiovaskular

Tue, 11/23/2021 - 10:01
Kesan perencat DPP-4, agonis reseptor GLP-1 dan perencat SGLT-2 untuk orang yang mempunyai penyakit kardiovaskular Mesej utama - GLP-1RA dan SGLT2i (dua ubat diabetes baharu) berkemungkinan mengurangkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular dan kematian daripada sebarang sebab pada penghidap diabetes dan penyakit kardiovaskular (penyakit jantung dan saluran darah). - Ubat SGLT2i berkemungkinan mengurangkan risiko kemasukan ke hospital untuk kegagalan jantung dan ubat GLP-1RA boleh mengurangkan strok yang membawa maut dan tidak membawa maut. - Kami memerlukan kajian lanjut untuk...

Program keibubapaan untuk ibu bapa yang mengalami skizofrenia atau penyakit mental serius yang berkaitan

Tue, 11/23/2021 - 10:01
Program keibubapaan untuk ibu bapa yang mengalami skizofrenia atau penyakit mental serius yang berkaitan Soalan ulasan Sejauh manakah keberkesanan program keibubapaan untuk penghidap skizofrenia atau penyakit mental serius yang berkaitan? Latar belakang Sekitar satu pertiga daripada penghidap skizofrenia adalah ibu bapa. Program keibubapaan bertujuan untuk menyediakan sokongan dan latihan kepada ibu bapa untuk membantu menguruskan tingkah laku anak mereka. Program keibubapaan yang disasarkan untuk kumpulan ini boleh memberi kesan positif kepada ibu bapa dan anak-anak mereka. Ulasan ini...

Selang penyusuan pendek berbanding panjang untuk penyusuan bolus pada bayi yang sangat pramatang

Tue, 11/23/2021 - 10:01
Selang penyusuan pendek berbanding panjang untuk penyusuan bolus pada bayi yang sangat pramatang Soalan ulasan Adakah selang penyusuan yang pendek (contohnya, dua jam atau kurang) lebih baik penerimaannya berbanding selang penyusuan yang lebih panjang (tiga jam atau lebih) bagi aturan penyusuan pada bayi yang sangat pramatang? Latar belakang Penyusuan bayi yang sangat pramatang, dilahirkan kurang daripada 32 minggu tempoh kehamilan, adalah satu cabaran yang besar. Mereka mempunyai usus belum matang yang boleh membawa masalah yang pelbagai, daripada ringan (tidak menerima pemakanan) kepada...

Apakah faedah dan risiko katil, tilam dan pelapik untuk mencegah dan merawat ulser tekanan?

Tue, 11/23/2021 - 10:01
Apakah faedah dan risiko katil, tilam dan pelapik untuk mencegah dan merawat ulser tekanan? Gambaran keseluruhan menunjukkan banyak data dari kajian rawak terkawal dan mengandungi analisis lanjutan yang dikenali sebagai 'meta-analisis rangkaian'. Analisis ini memungkinkan perbandingan semua jenis permukaan sokongan untuk mencegah atau merawat ulser tekanan. Alat interaktif ini dapat membantu dalam pemanduan data https://stopthepressure.shinyapps.io/Cochrane_support_surface_reviews/. Mesej utama Tilam udara statik atau pelapik, tilam atau pelapik udara bertekanan bergantian, dan pelapik gel...

Sekiranya kita melakukan RALP pembentukan semula posterior atau RALP standard untuk kanser prostat setempat yang klinikal?

Tue, 11/23/2021 - 10:01
Sekiranya kita melakukan RALP pembentukan semula posterior atau RALP standard untuk kanser prostat setempat yang klinikal? Soalan ulasan Dalam lelaki dengan kanser prostat dengan prostat yang dibuang melalui pembedahan yang dibantu oleh alat robotik (dipanggil prostatektomi laparoskopik dibantu robot atau RALP), bagaimana menghubungkan tisu di belakang uretra (dipanggil pembentukan semula posterior) berbanding dengan pembedahan di mana sambungan ini tidak dibuat (RALP standard)? Latar belakang Ahli urologi sering menggunakan robot untuk membuang prostat dalam lelaki dengan kanser prostat....

Penggunaan saliran selepas pembedahan apendik untuk keradangan apendik yang rumit

Tue, 11/23/2021 - 09:01
Penggunaan saliran selepas pembedahan apendik untuk keradangan apendik yang rumit Soalan ulasan Adakah pengaliran mengurangkan abses intra-peritoneal (suatu koleksi nanah dalam perut dan pelvis) akan berlaku selepas appendektomi (penghapusan apendiks oleh laparotomi (luka kecil melalui dinding perut) atau apendektomi terbuka (penghapusan apendiks melalui sayatan besar di bahagian bawah perut)) untuk radang pendik? Mengapakah hal ini penting? 'Apendisitis' merujuk pada keradangan (reaksi bahagian tubuh terhadap kecederaan atau jangkitan, yang ditandai dengan pembengkakan, panas, dan sakit)...

Adakah pengawalan yang diselia selepas pemulihan pulmonari berkesan berbanding dengan penjagaan biasa pada orang dengan penyakit paru-paru obstruktif kronik?

Tue, 11/23/2021 - 09:01
Adakah pengawalan yang diselia selepas pemulihan pulmonari berkesan berbanding dengan penjagaan biasa pada orang dengan penyakit paru-paru obstruktif kronik? Latar belakang Pemulihan pulmonari sangat berguna bagi orang yang mempunyai penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD). Pemulihan pulmonari dapat memberikan peningkatan yang ketara dalam pemulihan gejala, kualiti hidup, toleransi bersenam, dan mengurangkan kemasukan ke hospital. Ulasan ini mempertimbangkan sama ada program pengawalan pemulihan adalah bermanfaat. Pengawalan pemulihan adalah latihan senaman yang diselia yang ditawarkan...

Tiub pemakanan enteral untuk orang yang mengalami demensia yang teruk

Tue, 11/23/2021 - 09:01
Tiub pemakanan enteral untuk orang yang mengalami demensia yang teruk Apa kelebihan dan masalah tiub pemakanan kepada orang yang mengalami demensia yang teruk? Mesej utama Tiub pemakanan mungkin tidak meningkatkan jangka hayat orang yang mengalami demensia yang teruk berbanding tanpa tiub pemakanan. Risiko mengalami kudis tekanan mungkin lebih tinggi dengan tiub pemakanan berbanding tanpa tiub. Tiada kajian yang melihat kualiti hidup. Kami memerlukan lebih banyak kajian yang lebih baik untuk mengkaji tiub pemakanan dalam orang yang mengalami demensia yang teruk. Kajian masa depan harus...

Suplemen vitamin C untuk pencegahan dan rawatan radang paru-paru (pneumonia)

Thu, 11/18/2021 - 10:01
Suplemen vitamin C untuk pencegahan dan rawatan radang paru-paru (pneumonia) Soalan ulasan Apakah peranan suplemen vitamin C dalam pencegahan dan rawatan radang paru-paru dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak berbanding tanpa suplemen? Latar belakang Radang paru-paru adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus, bakteria, dan kulat. Vitamin C berperanan dalam sistem imunisasi, oleh itu suplemen adalah penting dalam mencegah dan merawat radang paru-paru dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Kami telah menilai peranan vitamin C untuk pencegahan dan rawatan radang paru-paru. Tarikh carian Kami...

Ketamine dan lain-lain modulator reseptor glutamat untuk kemurungan dalam kalangan orang dewasa

Thu, 11/11/2021 - 08:01
Ketamine dan lain-lain modulator reseptor glutamat untuk kemurungan dalam kalangan orang dewasa Mengapakah ulasan ini penting? Kemurungan adalah salah satu gangguan mental yang paling kerap dialami, dianggarkan dialami oleh 350 juta orang di seluruh dunia. Ubat antikemurungan cenderung diberikan sebagai rawatan pertama bagi orang yang mengalami kemurungan major. Walau bagaimanapun, ubat ini hanya berkesan pada sekitar satu daripada empat orang dalam setahun. Ubat-ubatan alternatif yang berkesan untuk mengatasi kemurungan sangat diperlukan, terutamanya untuk rawatan yang cepat. Satu kumpulan...

Suntikan glukokortikoid berpandukan imej berbanding suntikan glukokortikoid secara buta untuk sakit bahu

Thu, 11/11/2021 - 08:01
Suntikan glukokortikoid berpandukan imej berbanding suntikan glukokortikoid secara buta untuk sakit bahu Latar belakang Kesakitan bahu sering kali disebabkan oleh penyakit rotator cuff, atau capsulitis melekat ('bahu beku'). Rotator cuff adalah sekumpulan tendon yang memegang sendi bahu pada setempat yang membolehkan orang mengangkat lengan. Kesakitan bahu boleh dikaitkan dengan kehausan atau keradangan pada tendon bahu, dan tekanan tulang yang terlaluu banyak pada tendon ketika mengangkat lengan (penyekatan). Kedua-dua keadaan menyebabkan kesakitan dengan pergerakan dan sering kali...

Adakah pembuangan bulu sebelum pembedahan dapat mencegah jangkitan setelah pembedahan?

Thu, 11/11/2021 - 08:01
Adakah pembuangan bulu sebelum pembedahan dapat mencegah jangkitan setelah pembedahan? Mesej-mesej Utama? Dibandingkan dengan tanpa pembuangan bulu: · kemungkinan terdapat lebih banyak jangkitan kawasan pembedahan apabila bulu dibuang melalui kaedah mencukur dengan pisau cukur; · pembuangan bulu dengan mesin gunting rambut dan krim mungkin hanya membawa sedikit perbezaan pada jumlah jangkitan; Mesin gunting rambut dan krim pembuangan bulu mungkin menyebabkan pengurangan jangkitan berbanding bercukur menggunakan pisau cukur. Pembuangan bulu pada hari pembedahan dan bukannya sehari sebelum...

Colchicine untuk merawat serangan gout akut

Thu, 11/11/2021 - 07:01
Colchicine untuk merawat serangan gout akut Latar belakang Gout adalah penyebab yang lazim bagi artritis keradangan (sakit, kemerahan, kepansan dan bengkak pada sendi yang terlibat) dan disebabkan pembentukan kristal-kristal urate sama ada di dalam ataupun di sekeliling sendi-sendi. Asid urik adalah bahan kumuhan yang biasanya dibuang bersama air kencing. Walaubagaimanapun, dalam kes gout, terdapat sama ada penghasilan asid urik yang berlebihan ataupun badan tidak mampu membuangnya dengan cukup pantas, atau kedua-duanya sekali. Serangan gout biasanya berlaku dengan cepat dan biasanya reda...

Apakah faedah dan risiko terapi cahaya untuk merawat ekzema atopik (juga dikenali sebagai ekzema atau dermatitis atopik)?

Thu, 11/11/2021 - 04:01
Apakah faedah dan risiko terapi cahaya untuk merawat ekzema atopik (juga dikenali sebagai ekzema atau dermatitis atopik)? Mesej utama Ultraviolet B (UVB) jalur sempit (NB), berbanding plasebo (rawatan palsu), mungkin memperbaiki tahap keparahan ekzema (termasuk gatal) dan mungkin tidak mempengaruhi bilangan orang yang meninggalkan kajian kerana kesan yang tidak diingini. Kami tidak dapat membuat kesimpulan dengan yakin untuk rawatan fototerapi (terapi cahaya) yang lain. Penyelidikan masa depan perlu menilai keberkesanan dan keselamatan NB-UVB dan bentuk fototerapi yang lain untuk ekzema....

Pages