Latest Malay Review translations

Subscribe to Latest Malay Review translations feed
Search on cochrane.org for:
Updated: 7 hours 31 min ago

Pengurusan penyakit bersepadu untuk pesakit dengan penyakit pulmonari obstruktif kronik

7 hours 54 min ago
Pengurusan penyakit bersepadu untuk pesakit dengan penyakit pulmonari obstruktif kronik Apakah kesan program pengurusan penyakit bersepadu (IDM) terhadap kualiti hidup, kemampuan untuk bersenam, dan jumlah serangan paru-paru dibandingkan dengan perawatan biasa pada orang dengan penyakit paru obstruktif kronik (COPD)? Latar belakang Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) adalah penyakit paru-paru kronik dan punca utama kesihatan terjejas di seluruh dunia. Orang dengan COPD merasakan kesan penyakit dalam kehidupan seharian mereka melalui gejala seperti sesak nafas dan batuk dan gejala...

Mesyuarat dan bengkel pendidikan berterusan: kesan ke atas amalan profesional penjagaan kesihatan dan kesihatan pesakit

8 hours 54 min ago
Mesyuarat dan bengkel pendidikan berterusan: kesan ke atas amalan profesional penjagaan kesihatan dan kesihatan pesakit Apakah matlamat ulasan ini? Ulasan Cochrane ini bertujuan menilai kesan mesyuarat pendidikan terhadap amalan profesional penjagaan kesihatan dan kesihatan pesakit. Para pengarang ulasan mencari kajian-kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini dan menyertakan 215 kajian dalam ulasan ini. Mesej utama Mesyuarat pendidikan sahaja atau sebagai bahagian utama strategi yang lebih besar mungkin lebih baik berbanding tiada strategi untuk meningkatkan amalan profesional penjagaan...

Apakah ujian paling tepat untuk mengesan kanser mulut atau bibir (kanser oral) dan keadaan-keadaan yang menjurus kepada kanser oral?

8 hours 54 min ago
Apakah ujian paling tepat untuk mengesan kanser mulut atau bibir (kanser oral) dan keadaan-keadaan yang menjurus kepada kanser oral? Mengapa penting untuk mempertingkat pengesanan kanser oral? Tompok atau luka abnormal yang berterusan di dalam mulut boleh mewakili kanser mulut atau gangguan oral berpotensi malignan (OPMD). OPMD kadang-kadang boleh berubah menjadi kanser mulut, tetapi jika dikenalpasti lebih awal, hasil pesakit dapat diperbaik. Apakah matlamat ulasan ini? Mendiagnos kanser mulut melibatkan pembuangan surgikal sedikit tisu yang terlibat (biopsi) dan dihantar ke makmal untuk...

Tampalan sewarna berbanding tampalan amalgam untuk gigi kekal di bahagian belakang mulut

9 hours 54 min ago
Tampalan sewarna berbanding tampalan amalgam untuk gigi kekal di bahagian belakang mulut Soalan ulasan Ulasan yang dibuat oleh Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane menjelaskan kesan tampalan sewarna gigi (resin komposit) berbanding tampalan amalgam apabila diletak terus ke dalam kaviti gigi kekal di bahagian belakang mulut. Latar belakang Secara tradisional, tampalan logam yang dibuat daripada bahan berwarna perak yang dikenali sebagai amalgam telah diguna untuk merawat kerosakan gigi dengan berkesan dan murah; walau bagaimanapun, akibat rasa tidak senang dengan penampilan logam dan kebimbangan...

Ubat penahan sakit (NSAIDs: ubat anti-radang bukan steroid) sekitar masa pembedahan di kalangan wanita yang menjalani pembedahan payu dara

10 hours 54 min ago
Ubat penahan sakit (NSAIDs: ubat anti-radang bukan steroid) sekitar masa pembedahan di kalangan wanita yang menjalani pembedahan payu dara Apakah matlamat utama ulasan ini? Matlamat ulasan ini adalah untuk mengetahui sama ada ubat penahan sakit NSAID mengurangkan kesakitan semasa sebarang pembedahan payu dara berbanding denagan tanpa ubat (plasebo) atau ubat tahan sakit yang lain (contoh opioid). Kesan-kesan sampingan yang mungkin daripada NSAIDS telah dikaji dan dibandingkan dengan kesan sampingan pesakit yang tidak diberi ubat atau kaedah melegakan kesakitan yang lain. Ubat penahan sakit...

Lamotrigine sebagai rawatan pencegah, pengulangan gangguan bipolar

10 hours 54 min ago
Lamotrigine sebagai rawatan pencegah, pengulangan gangguan bipolar Soalan ulasan Untuk menyiasat keberkesanan klinikal (faedah dan kemudaratan) lamotrigine sebagai terapi pengekalan bagi gangguan bipolar dibandingkan dengan plasebo, terapi kombinasi atau ubat-ubatan yang sedia ada (contohnya litium, olanzapine). Latar belakang Lamotrigine telah diluluskan untuk rawatan pengekalan (rawatan untuk mencegah pengulangan semula) gangguan bipolar. Ianya boleh menjadi strategi rawatan yang boleh dilakukan dan efektif sebagai rawatan kekal bagi gangguan bipolar, yang mana ia telah menunjukkan...

Rekonstruksi Roux-en-Y berbanding Billroth-I selepas pembedahan untuk barah gastrik

10 hours 54 min ago
Rekonstruksi Roux-en-Y berbanding Billroth-I selepas pembedahan untuk barah gastrik Soalan ulasan Kami mengkaji bukti kesan rekonstruksi Roux-en-Y berbanding dengan Billroth-I selepas pembedahan untuk barah gastrik. Kami telah menemui lapan kajian. Latar belakang Barah gastrik (perut) adalah salah satu kanser yang paling lazim di dunia. Pada masa ini, kadar pengesanan awal barah gastrik dan teknologi rawatan telah bertambah baik. Akibatnya, pesakit dapat hidup lebih lama selepas pembedahan, dan kepentingan kualiti hidup setelah pembedahan telah dibincangkan. Billroth-I dan Roux-en-Y adalah...

Rawatan tanpa ubat untuk gagap pada kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah

Tue, 11/30/2021 - 09:01
Rawatan tanpa ubat untuk gagap pada kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah Apakah matlamat ulasan ini? Matlamat ulasan ini adalah untuk mengetahui sekiranya rawatan tanpa ubat untuk gagap dapat meningkatkan kefasihan pertuturan, sikap komunikasi kanak-kanak dan kesannya terhadap kualiti hidup mereka, dan kemungkinan berlakunya kesan berbahaya pada anak berusia enam tahun ke bawah, dalam jangka masa pendek dan panjang. Kami mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini dan menjumpai empat kajian. Mesej utama Program Lidcombe mungkin mengakibatkan frekuensi...

Kemoterapi dos tinggi (HDC) dan pemindahan sel hematopoietik autologous (AHCT) untuk kanak-kanak, remaja, dan belia dengan pengulangan pertama sarkoma Ewing

Tue, 11/30/2021 - 09:01
Kemoterapi dos tinggi (HDC) dan pemindahan sel hematopoietik autologous (AHCT) untuk kanak-kanak, remaja, dan belia dengan pengulangan pertama sarkoma Ewing Soalan ulasan Kami mencari bukti mengenai sama ada HDC bersama AHCT memperbaiki kelangsungan hidup tanpa peristiwa, kelangsungan hidup keseluruhan, kelangsungan hidup yang disesuaikan dengan kualiti, dan kelangsungan hidup bebas perkembangan adalah lebih baik daripada kemoterapi konvensional dalam kanak-kanak, remaja, dan belia dengan pengulangan pertama sarkoma Ewing. Kami juga mencari kesan sampingan yang berlaku akibat rawatan ini....

Apakah faedah dan risiko tocilizumab (ubat yang mengurangkan keradangan) untuk merawat arteritis sel raksasa (penyakit saluran darah)?

Tue, 11/30/2021 - 09:01
Apakah faedah dan risiko tocilizumab (ubat yang mengurangkan keradangan) untuk merawat arteritis sel raksasa (penyakit saluran darah)? Mesej utama Orang dengan arteritis sel raksasa yang menerima suntikan tocilizumab setiap minggu atau setiap dua minggu mempunyai peluang yang lebih baik untuk bebas dari gejala selepas setahun. Orang yang dirawat dengan tocilizumab setiap empat minggu mungkin mempunyai peluang yang lebih baik untuk bebas dari gejala selepas setahun. · Tocilizumab mungkin menyebabkan jumlah kesan buruk (tidak diingini) yang hampir sama dengan plasebo (rawatan dummy). · Lebih...

Imbasan ultrasound rutin untuk bayi sebelum 24 minggu kehamilan.

Tue, 11/30/2021 - 08:01
Imbasan ultrasound rutin untuk bayi sebelum 24 minggu kehamilan. Kami berusaha untuk menentukan kesan imbasan ultrasound rutin pada awal kehamilan (sebelum 24 minggu). Ini dibandingkan dengan tidak ada imbasan sama sekali, atau imbasan hanya ketika ada masalah klinikal yang disyaki, seperti jika wanita itu mengalami pendarahan vagina, atau bayi berisiko tinggi mengalami kelainan. Apakah isunya? Imbasan ultrasound menghantar gelombang bunyi frekuensi tinggi yang diarahkan ke kawasan yang sedang diperiksa, dan menggunakan bunyi yang dipantulkan untuk membuat imej. Ulasan ini mempertimbangkan...

Flap trabekulektomi konjunktiva berdasarkan fornix berbanding berdasarkan limbal untuk glaukoma

Tue, 11/30/2021 - 08:01
Flap trabekulektomi konjunktiva berdasarkan fornix berbanding berdasarkan limbal untuk glaukoma Yang manakah berfungsi lebih baik pada orang dewasa dengan glaukoma: sayatan pembedahan berdasarkan fornix atau limbal untuk pembedahan saliran? Kami mengulas bukti untuk faedah dan risiko dua pendekatan utama (sayatan berdasarkan fornix berbanding berdasarkan limbal) untuk pembedahan saliran (trabekulektomi) pada orang dewasa dengan glaukoma. Mengapa soalan ini penting? Glaukoma merupakan salah satu penyebab utama buta yang boleh dicegah di dunia. Apabila rawatan perubatan dengan ubat titisan...

Adakah reka bentuk kanta pengganti yang digunakan dalam pembedahan katarak membantu menghentikan pengaburan kanta baru bila berada di dalam mata?

Tue, 11/30/2021 - 08:01
Adakah reka bentuk kanta pengganti yang digunakan dalam pembedahan katarak membantu menghentikan pengaburan kanta baru bila berada di dalam mata? Mesej utama Dalam pembedahan katarak, kanta pengganti yang mempunyai reka bentuk pinggir yang tajam kurang cenderung untuk kabur di permukaannya daripada kanta dengan pinggir yang bulat. Orang yang diberikan kanta baru dengan pinggir tajam mungkin mempunyai penglihatan yang lebih jelas, dan mungkin kurang memerlukan pembedahan laser, daripada orang yang diberikan kanta dengan pinggir bulat. Bagaimanakah katarak dirawat? Kanta ialah cakera kecil,...

Pentoxifylline untuk wanita dengan endometriosis

Tue, 11/30/2021 - 07:01
Pentoxifylline untuk wanita dengan endometriosis Soalan ulasan Kami mengkaji keberkesanan dan keselamatan merawat wanita dengan endometriosis yang diketahui dengan pentoxifylline untuk mengetahui sama ada ianya dapat membaikpulih gejala kesakitan dan hasil kesuburan. Pentoxifylline adalah imunomodulator (bahan yang mempunyai kesan pada sistem imun) yang mungkin menawarkan pendekatan alternatif untuk merawat keadaan ini. Kami bertujuan untuk membandingkan pentoxifylline dengan tiada rawatan atau plasebo (rawatan palsu), rawatan perubatan lain, atau rawatan pembedahan. Latar belakang...

Terapi penggantian faktor pembekuan berkala untuk mencegah kerosakan sendi pada orang yang hidup dengan hemofilia A atau B yang teruk

Tue, 11/30/2021 - 07:01
Terapi penggantian faktor pembekuan berkala untuk mencegah kerosakan sendi pada orang yang hidup dengan hemofilia A atau B yang teruk Soalan Ulasan Patutkah mereka yang sebelumnya telah dirawat untuk pendarahan sendi, diberikan rawatan pencegahan secara berkala dengan pekatan faktor pembekuan untuk menguruskan keadaan mereka? Latar belakang Hemofilia A dan B adalah gangguan pendarahan yang diwarisi berkaitan X yang mana pendarahan ke dalam sendi adalah masalah utama. Pendarahan sendi yang berulang boleh menyebabkan sendi yang terjejas (biasanya disebut sebagai 'sendi sasaran') menjadi rosak...

Rituximab untuk membasmi perencat pada orang dengan hemofilia A perolehan

Mon, 11/29/2021 - 15:01
Rituximab untuk membasmi perencat pada orang dengan hemofilia A perolehan Soalan ulasan Adakah ubat rituximab selamat dan berkesan untuk merawat penderita hemofilia A perolehan? Latar belakang Hemofilia A perolehan adalah penyakit pendarahan yang jarang berlaku tetapi teruk. Ia disebabkan oleh autoantibodi yang menentang faktor VIII (FVIII, sejenis protein pembekuan darah) pada pesakit-pesakit yang tidak mempunyai penyakit gangguan pembekuan darah sebelumnya. Gangguan pembekuan darah ini lebih kerap berlaku dalam kalangan orang tua dan mungkin berkait dengan beberapa keadaan lain (seperti...

Ujian tempat rawatan untuk mengesan molekul virus HIV pada bayi dan kanak-kanak berumur 18 bulan atau kurang

Mon, 11/29/2021 - 15:01
Ujian tempat rawatan untuk mengesan molekul virus HIV pada bayi dan kanak-kanak berumur 18 bulan atau kurang Mengapakah penambahbaikan diagnosis jangkitan HIV adalah penting? Dianggarkan 1.5 juta bayi masih terdedah kepada HIV setiap tahun. Sekiranya tidak dirawat, kira-kira 50% hingga 60% bayi yang dijangkiti HIV akan mati pada usia dua tahun. Kanak-kanak yang dijangkiti sebelum kelahiran sangat berisiko tinggi untuk mati. HIV tidak boleh disembuhkan; namun, ada ubat yang menahan HIV, yang dikenali sebagai ubat antiretroviral (ART). Apabila HIV dikesan lebih awal, penyakit yang teruk dan...

Tambahan eslicarbazepine acetate untuk epilepsi fokal tahan ubat

Mon, 11/29/2021 - 15:01
Tambahan eslicarbazepine acetate untuk epilepsi fokal tahan ubat Soalan ulasan Ulasan ini adalah kemaskini ulasan yang pertama kali diterbitkan pada 2011 dan dikemaskini pada 2017. Kami mengulas bukti tentang keberkesanan dan kesan sampingan eslicarbazepine acetate apabila diguna sebagai rawatan tambahan untuk epilepsi fokal tahan ubat. Latar belakang Eslicarbazepine acetate adalah ubat antiepileptik yang boleh ditambah (dipanggil rawatan 'tambahan') untuk merawat orang yang mengambil ubat antiepileptik lain tetapi berterusan mendapat sawan (dipanggil epilepsi tahan ubat). Ulasan ini melihat...

Berapa tepatkah ujian mini-cog apabila diguna untuk menilai demensia dalam amalan umum?

Mon, 11/29/2021 - 14:01
Berapa tepatkah ujian mini-cog apabila diguna untuk menilai demensia dalam amalan umum? Latar belakang dan rasional ulasan Di kebanyakan tempat di dunia terdapat peningkatan bilangan orang tua, dengan itu aduan dan keadaan memori seperti penyakit Alzheimer dan bentuk demensia lain menjadi lebih lazim. Kebanyakan individu dengan kesukaran memori akan terlebih dahulu mencari penjagaan atau dikenalpasti dalam sistem penjagaan kesihatan melalui penyedia penjagaan kesihatan primer mereka, yang mungkin termasuk doktor keluarga atau jururawat. Oleh itu, perlu alat yang dapat mengenal pasti individu...

Intervensi berasaskan kesedaran untuk gangguan penggunaan bahan

Tue, 11/23/2021 - 11:01
Intervensi berasaskan kesedaran untuk gangguan penggunaan bahan Apakah matlamat ulasan ini? Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk menentukan sama ada intervensi berasaskan kesedaran (MBIs) iaitu intervensi yang melibatkan latihan meditasi kesedaran untuk memperbaiki gejala gangguan penggunaan bahan (SUD) (iaitu penggunaan alkohol dan/atau dadah, tetapi tidak termasuk gangguan penggunaan tembakau). Penyelidik Cochrane telah mengumpul, memilih dan menganalisa semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini. Kami menemui 40 kajian rawak terkawal, yang menilai MBI sebagai rawatan untuk...

Pages