Latest Malay Review translations

Subscribe to Latest Malay Review translations feed
Search on cochrane.org for:
Updated: 4 hours 42 min ago

Kesan-kesan latihan senaman bagi orang dewasa penerima paru-paru gantian

Thu, 10/21/2021 - 09:01
Kesan-kesan latihan senaman bagi orang dewasa penerima paru-paru gantian Apakah isunya? Pemindahan paru-paru sering menjadi pilihan rawatan terakhir bagi mereka yang mempunyai penyakit paru-paru kronik. Penerima paru-paru gantian ini dicadangkan supaya menjalani latihan senaman untuk mempercepatkan kadar pemulihan mereka. Perkara ini sepatutnya dapat membantu mereka kembali melakukan aktiviti biasa, disamping meningkatkan kualiti kehidupan. Walau bagaimanapun, manfaat sebenar latihan senaman terhadap pesakit-pesakit ini adalah tidak jelas dan pada masa ini, tiada garis panduan yang jelas...

Pemberitahuan kelahiran dan kematian melalui peranti mudah alih: ulasan kaedah campuran

Thu, 10/21/2021 - 09:01
Pemberitahuan kelahiran dan kematian melalui peranti mudah alih: ulasan kaedah campuran Apakah tujuan ulasan ini? Dalam Ulasan Cochrane ini, kami bertujuan untuk menilai kesan penggunaan peranti mudah alih untuk memaklumkan kelahiran dan kematian. Kami juga bertujuan untuk menerangkan bagaimana penyelesaian mudah alih ini digunakan secara praktikal dan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaannya. Kami mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan-soalan ini. Mesej utama Kami hanya mengetahui sedikit sahaja tentang kesan-kesan penggunaan peranti mudah alih untuk...

Sejauh mana toksin botulinum (jenis A; sering disebut 'Botox') merawat kedutan di wajah?

Thu, 10/21/2021 - 09:01
Sejauh mana toksin botulinum (jenis A; sering disebut 'Botox') merawat kedutan di wajah? Mesej utama Menyuntik toksin botulinum jenis A (rawatan seperti Botox) mengurangkan kedutan di antara alis, dan secara relatif selamat digunakan. Kesan kedut dilihat apabila diukur pada empat minggu selepas suntikan. Menyuntik toksin botulinum jenis A mungkin meningkatkan risiko drup kelopak mata. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menilai manfaat jangka panjang dan mudarat rawatan berulang dengan toksin botulinum. Merawat kedutan wajah Pergerakan otot yang berterusan di wajah boleh...

Kesan pengujian untuk kanser (pada kematian dan penyakit yang berkaitan dengan kanser dan pembekuan darah) pada orang dengan pembekuan darah yang tidak diprovokasi di kaki dan paru-paru?

Wed, 10/13/2021 - 15:01
Kesan pengujian untuk kanser (pada kematian dan penyakit yang berkaitan dengan kanser dan pembekuan darah) pada orang dengan pembekuan darah yang tidak diprovokasi di kaki dan paru-paru? Mesej utama Ulasan ini mendapati bahawa terlalu sedikit kajian untuk menentukan sama ada pengujian untuk kanser yang tidak didiagnos pada orang dengan tromboemboli vena (VTE) pertama yang tidak diprovokasi adalah berkesan untuk mengurangkan kanser serta kematian dan penyakit berkaitan VTE. Kajian yang lebih berkualiti dan berskala besar adalah diperlukan. Mangapa soalan ini penting? Tromboemboli vena (VTE)...

Pembaikan hibrid berbanding pembaikan terbuka konvensional untuk kelaran lengkungan aorta

Tue, 10/12/2021 - 09:01
Pembaikan hibrid berbanding pembaikan terbuka konvensional untuk kelaran lengkungan aorta Latar belakang Kelaran aorta adalah pemisahan atau koyakan intima dari media. Koyakan ini memungkinkan darah mengalir bukan hanya melalui saluran aliran aorta yang asal (dikenali sebagai lumen sejati), tetapi juga melalui saluran kedua antara intima dan media (dikenali sebagai lumen palsu). Kelaran kemudian dapat berkembang di sepanjang arteri, sekunder dengan darah yang mengalir ke dalam ruang tersebut. Kelaran aorta adalah keadaan yang mengancam nyawa yang boleh membawa maut dengan cepat. Kelaran...

Termoterapi mikro transurethral untuk gejala saluran kencing pada lelaki dengan hiperplasia prostat benign

Tue, 10/12/2021 - 09:01
Termoterapi mikro transurethral untuk gejala saluran kencing pada lelaki dengan hiperplasia prostat benign Soalan ulasan Adakah termoterapi gelombang mikro transurethral (TUMT) memperbaiki gejala kencing yang mengganggu tanpa kesan sampingan yang tidak diingini pada lelaki dengan prostat yang membesar? Latar belakang Prostat yang membesar boleh menyebabkan gejala saluran kencing yang mengganggu seperti sering membuang air kecil pada waktu siang atau malam, mempunyai aliran air kencing yang lemah, dan mempunyai perasaan tidak mengosongkan pundi kencing sepenuhnya. Apabila gaya hidup berubah...

Penyusuan nasogastrik berterusan berbanding penyusuan bolus berselang untuk bayi pramatang kurang daripada 1500 gram

Tue, 10/12/2021 - 09:01
Penyusuan nasogastrik berterusan berbanding penyusuan bolus berselang untuk bayi pramatang kurang daripada 1500 gram Soalan ulasan Adakah penyusuan berterusan melalui tiub yang dimasukkan ke dalam perut melalui hidung atau mulut lebih baik daripada penyusuan setiap dua hingga tiga jam melalui tiub, pada bayi dengan berat lahir pramatang? Latar belakang Bayi pramatang yang lahir dengan berat kurang dari 1500 gram tidak dapat menyelaraskan menghisap, menelan, dan bernafas. Pemberian makan ke dalam perut (pemberian secara enteral) membantu perkembangan dan pertumbuhan saluran gastrousus. Oleh...

Ubat-ubatan untuk mencegah penyumbatan akses vaskular selepas pembedahan bagi pembentukan fistula arteriovena atau graf

Tue, 10/12/2021 - 07:01
Ubat-ubatan untuk mencegah penyumbatan akses vaskular selepas pembedahan bagi pembentukan fistula arteriovena atau graf Latar belakang Orang dengan penyakit buah pinggang lanjutan (disebut penyakit ginjal terminal ) perlukan dialisis untuk melaksanakan fungsi buah pinggang. Dalam hemodialisis, darah ditapis melalui mesin. Untuk membolehkan aliran darah yang cukup besar antara pesakit dan mesin, arteri dan vena boleh disambung secara pembedahan (untuk membentuk fistula arteriovena) atau graf arteriovena prostetik (pengganti vena) diguna untuk menyambung arteri dengan vena. Titik akses ini...

Lawatan ke rumah pada awal tempoh selepas kelahiran bayi

Tue, 10/12/2021 - 07:01
Lawatan ke rumah pada awal tempoh selepas kelahiran bayi Apakah isunya? Masalah kesihatan bagi ibu dan bayi lazim berlaku atau menjadi jelas dalam minggu-minggu selepas kelahiran. Bagi ibu-ibu, ini termasuklah perdarahan postpartum (pengganti kehilangan darah berlebihan), demam dan jangkitan, sakit abdomen dan belakang, discaj abnormal (discaj faraj berlebihan atau berbau), tromboembolisme (klot darah), dan komplikasi saluran kencing (tidak dapat mengawal desakan untuk kencing), serta masalah kesihatan psikologi dan mental seperti depresi postnatal. Ibu juga mungkin perlukan sokongan untuk...

Rawatan opioid untuk sarak opioid dalam kalangan bayi baru lahir

Tue, 10/12/2021 - 05:01
Rawatan opioid untuk sarak opioid dalam kalangan bayi baru lahir Soalan ulasan Untuk menentukan efikasi dan keselamatan menggunakan opioid berbanding sedatif atau rawatan bukan farmakologi untuk rawatan sindrom abstinens neonat (NAS) akibat sarak dari opioid. Latar belakang Penggunaan opioid (dipreskrib atau sulit) oleh wanita hamil boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami gejala sarak, yang secara kolektif disebut sebagai sindrom abstinens neonat (NAS). Gejala ini boleh mengakibatkan gangguan hubungan ibu-bayi, kesukaran tidur dan makan, susut berat badan dan sawan. Rawatan untuk bayi...

Rawatan bisfosfonat untuk memperbaik kesihatan tulang dalam kalangan kanak-kanak dengan palsi serebrum

Tue, 10/12/2021 - 05:01
Rawatan bisfosfonat untuk memperbaik kesihatan tulang dalam kalangan kanak-kanak dengan palsi serebrum Mengapakah ulasan ini penting? Kekuatan tulang yang lemah adalah lazim dalam kalangan orang dengan palsi serebrum (CP). Penyebabnya termasuk: kurang aktiviti galas berat yang membina kekuatan tulang, seperti berjalan atau berlari, terutama dalam kalangan orang yang memerlukan peranti bantuan mobiliti; kurang pengambilan vitamin dan mineral yang meningkatkan kekuatan tulang, termasuk kalsium dan vitamin D; dan peningkatan penggunaan ubat-ubatan yang mencegah pembentukan tulang, seperti ubat...

Adakah terapi sawan magnetik merupakan rawatan tambahan yang berkesan untuk orang mengalami kemurungan rintangan rawatan?

Tue, 10/12/2021 - 04:01
Adakah terapi sawan magnetik merupakan rawatan tambahan yang berkesan untuk orang mengalami kemurungan rintangan rawatan? Soalan ulasan Adakah terapi sawan magnetik (magnetic seizure therapy, MST) berkesan dan boleh diterima untuk merawat kemurungan rintangan rawatan (treatment-resistant depression, TRD). Mengapakah ini penting Lebih daripada 30% pesakit dengan kemurungan tidak memberi tindak balas terhadap perubatan dan psikoterapi. Kami mengenali orang seperti ini sebagai pesakit dengan TRD. Mereka mengalami tahap kecacatan dan beban ekonomi yang jauh lebih tinggi berbanding dengan pesakit...

Pengurusan ubat profilaksis untuk kejang demam pada kanak-kanak

Tue, 10/12/2021 - 03:01
Pengurusan ubat profilaksis untuk kejang demam pada kanak-kanak Latar belakang Kejang yang berlaku dengan demam (kejang demam) pada kanak-kanak adalah perkara biasa dan terlibat kira-kira satu daripada 30 kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Secara purata, satu daripada tiga kanak-kanak yang mengalami kejang demam akan mengalami sekurang-kurangnya satu kali lagi. Kami mengkaji bukti tentang kesan ubat-ubatan untuk mencegah kejang (antiepileptik), ubat-ubatan untuk menurunkan suhu badan (antipiretik), dan zink pada kanak-kanak dengan kejang demam. Objektif Kami ingin mengetahui berapa...

Merawat blepharitis yang berpanjangan (kelopak mata bengkak dan gatal): seberapa baik antibiotik (ubat-ubatan yang membunuh bakteria) berfungsi jika diambil melalui mulut (oral)?

Tue, 10/12/2021 - 02:01
Merawat blepharitis yang berpanjangan (kelopak mata bengkak dan gatal): seberapa baik antibiotik (ubat-ubatan yang membunuh bakteria) berfungsi jika diambil melalui mulut (oral)? Mesej utama - Kami tidak menemui bukti yang cukup untuk menunjukkan seberapa baik antibiotik diambil melalui mulut dapat merawat blepharitis yang berpanjangan. - Satu antibiotik yang dikaji mungkin dapat meningkatkan beberapa aspek klinikal (simptom dan perkembangan penyakit), tetapi kami tidak pasti tentang manfaatnya dalam hal ini, serta ia mungkin akan menyebabkan jumlah kesan yang tidak diingini semakin...

Penilaian perubahan memori dan fungsi harian dalam kalangan warga emas menggunakan soal selidik berstruktur, IQCODE

Thu, 10/07/2021 - 16:01
Penilaian perubahan memori dan fungsi harian dalam kalangan warga emas menggunakan soal selidik berstruktur, IQCODE Memperbaik penilaian orang yang mungkin ada demensia adalah keutamaan penjagaan kesihatan dan sosial, inisiatif terkini untuk meningkatkan kadar diagnosis demensia telah menarik perhatian. Kini, kami tidak mempunyai pendekatan yang dipersetujui untuk menguji demensia. Terdapat banyak ujian yang boleh membantu mengenal pasti orang dengan masalah memori dan berfikir yang mencadangkan demensia, tetapi tiada persetujuan tentang ujian terbaik. Mungkin sesetengah ujian adalah lebih...

Pembaikan hibrid berbanding pembedahan terbuka konvensional untuk aneurisme arkus aorta torasik

Thu, 10/07/2021 - 16:01
Pembaikan hibrid berbanding pembedahan terbuka konvensional untuk aneurisme arkus aorta torasik Latar belakang Aneurisme aorta adalah bonjolan atau kebengkakan abnormal yang terjadi di dinding aorta. Aneurisme boleh dikelas berdasarkan bentuk, lokasi (kadang-kadang dilaporkan sebagai zon) dan saiznya. Aneurisme arkus aorta torasik (TAA) adalah kebengkakan di bahagian atas aorta torasik. Anggaran insiden tahunan (bilangan kes baharu dalam populasi dalam jangka masa tertentu) TAA adalah antara 5.6 dan 10.4 kes setiap 100,000 ‘patient-years’. TAA mempengaruhi kebanyakan orang dalam dekad keenam...

Terapi surfaktan melalui kateter tipis pada bayi prematur dengan atau berisiko sindrom gangguan pernafasan

Thu, 10/07/2021 - 16:01
Terapi surfaktan melalui kateter tipis pada bayi prematur dengan atau berisiko sindrom gangguan pernafasan Soalan ulasan Adakah pemberian surfaktan melalui teknik invasif minimum yang melibatkan penempatan kateter nipis di trakea bayi yang bernafas secara spontan berkesan dan selamat? Latar belakang Sindrom gangguan pernafasan (RDS) adalah penyebab penting penyakit dan kematian pada bayi prematur. Biasannya dirawat dengan ubat yang dikenali sebagai surfaktan, surfaktan ini diberikan. melalui tiub dipanggil tiub endotrakeal, atau ETT) ETT diletakkan di saluran udara (trakea). Walau...

Ivermectin untuk mencegah dan merawat COVID-19

Thu, 10/07/2021 - 14:01
Ivermectin untuk mencegah dan merawat COVID-19 Adakah ivermectin berkesan untuk COVID-19? Mesej utama Kami tidak menemui bukti untuk menyokong penggunaan ivermectin untuk merawat atau mencegah jangkitan COVID-19, tetapi asas bukti adalah terhad. Penilaian terhadap penggunaan ivermectin adalah berterusan dalam 31 kajian yang sedang dijalankan dan kami akan mengemaskini ulasan ini dengan keputusan mereka apabila ianya tersedia. Apa itu ivermectin? Ivermectin adalah ubat yang digunakan untuk merawat parasit seperti parasit usus pada haiwan dan kudis buta pada manusia. Ia murah dan digunakan...

Intervensi untuk mengelak penambahan berat badan selepas berhenti merokok

Tue, 10/05/2021 - 22:00
Intervensi untuk mengelak penambahan berat badan selepas berhenti merokok Apakah cara terbaik untuk mengelakkan kenaikan berat badan setelah berhenti merokok? Mesej utama Kami tidak pasti program atau rawatan mana yang paling sesuai untuk membantu orang mengelakkan kenaikan berat badan dalam jangka masa panjang (sehingga 12 bulan) selepas berhenti merokok, atau bagaimana ia mempengaruhi kejayaan berhenti merokok. Ini adalah kerana bukti menunjukkan kesan yang berbeza dan tidak jelas terhadap kenaikan berat badan. Kajian lebih lanjut harus terus melihat bagaimana membatasi kenaikan berat...

Intervensi bukan farmakologi untuk ketakutan bersalin (tokofobia) sewaktu kehamilan

Tue, 10/05/2021 - 11:01
Intervensi bukan farmakologi untuk ketakutan bersalin (tokofobia) sewaktu kehamilan Mesej utama Walaupun rawatan bukan ubatan mungkin mengurangkan tahap tinggi ketakutan bersalin dalam wanita mengandung berbanding penjagaan bersalin standard, penurunan ini mungkin tidak menggambarkan tahap perubahan yang bermakna. Rawatan bukan ubatan mungkin mengurangkan bilangan wanita yang menjalani pembedahan caesarean, iaitu keadaan yang memerlukan bayi dilahirkan melalui pembedahan. Penyelidikan pada masa hadapan dalam bidang ini harus memfokuskan kepada penilaian tahap kegelisahan wanita dengan...

Pages