Meraikan Akses Nasional Satu Tahun ke Perpustakaan Cochrane
Minggu ini Cochrane Malaysia meraikan Hari EBHC Sedunia (World Evidence-based healthcare Day). Baru setahun yang lalu akses teks penuh ke perpustakaan Cochrane tersedia untuk semua orang di Malaysia. Kami amat bersukacita mengumumkan bahawa rakyat Malaysia telah memanfaatkan akses ini. Dalam tahun 2021, penduduk Malaysia telah mengakses Perpustakaan Cochrane hampir 150,000 kali.